P1280881
Assalammualaikum, selamat petang semua, panas kan cuaca, kat sini mendung, tapi tak delah sejuk sangat cuaca, suam2 kuku macam tu. Hmmm nampak sedap kan ais krim tu, mat pun mula tak plan nak buat, tapi kan sebab nak menghabiskan baki whipping cream, jadi mat buat lah. Serius kata, kalau anda nak buat, ikut resipi yang ni, adalah lebih berbaloi anda beli ais krim yang dah siap, kecuali kalau ada whipping cream berlebihan. Untuk resipi ini mat guna whipping cream jenama "EMBORG". Mat beli yang 1 liter, guna pulak cuma 250 ml sahaja, baki dia tu kalau simpan lama2 nanti rosak, jadi dari membazir, baik kita oter jadikan sesuatu. Resipi asal kalau tak silap mat dapat dari satu buku masakan "Betty"..Ok jom semak resipi, tapi sebelum tu jangan lupa vote DTS di sini dan juga jiran mat di sini..terima kasihh yea..

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 cawan whipping cream, disejukkan
3/4 cawan gula halus
1 camca teh esen vanilla
5 keping biskut oreo, kisar kasar dengan krim2nya sekali
Hirisan strawberi untuk hiasan
Biskut orea, dipatah kecil2, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Sejukkan mangkuk pemukul dalam freezer selama 20 minit. Kemudian tuang whipping cream sejuk dan masukkan gula halus. Putar pada kelajuan tinggi hingga whipping cream kental. Alih dalam bekas atau tupperware, tutup dan simpan dalam peti sejuk selama 2 jam.
  2. Keluarkan, tabur biskut oreo yang dikisar tadi, gaul tapi jangan gaul lama2, sekejap saja. Tutup balik bekas tadi dan bekukan semalaman. Scoop ais krim ke dalam bekas sesuai, tabur strawberry yang didadu dan biskut oreo tadi. Hidangkan sejuk.....hmmm.. nice...