Urap Daun Turi
Assalammualaikum semua, salam Isnin, panasnya cuaca...dah lah pak tuajenis tak tahan panas, kalau tak de kipas @ air con, ibarat putus nyawa guaaa... Hari ni nak share satu resipi yang ringkas, orang2 kampung terutama orang jawa, suka makan urap2 macam ni, ada banyak jenis urap di Malaysia ni, yang ni mat buat urap daun turi, ada setengah2 negeri panggil daun turi ni daun "geti" dan kalau tak silap mat daun turi ni ada 2 - 3 jenis, ada tu berbunga putih, biru kundang dan kemerahan (kalau tak silap lah), bunga dia pun boleh dimakan. Selain buat urap, masak lemak dengan keledek pun sedap, tak pun masak lemak dengan kacang hijau (tapi yang kacang hijau ni, kalau orang kalah, takut sakit perut...bahayaaa!!!), dengar cerita ada orang buat asam rebus, yang tu mat tak pernah cuba lagi. Rasa dia kan pahit2 lemak dan ada sedikit manis...kalau orang tak biasa mungkin tak reti makan.....

Ok, ni contoh pokok turi, yang ni jenis berbunnga putih. Baru tanam dalam 2 bulan macam tu. Pokok ni senang, kalau nak biar rendang, kita cantas, atau ambik bahagian atas jika nak masak. Tapikan sayur2 kampung macam ni di pasar tani, pasar malam atau pasar basah senang didapati...tak de masalah..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cekak daun turi (biar yang muda sedikit), diasingkan dari tangkai, cuci dan toskan
1 cawan padat, kelapa parut putih
1 camca besar udang kering, rendam 10 minit dan toskan*
1/2 inci belacan*
4 biji bawang merah*
1 biji bawang besar*
2 ulas bawang putih*
1 inci isi cekur*
1/2 inci kunyit hidup*
3 biji cili merah*(*ditumbuk hancur)
Garam dan gula seculup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Gaul kelapa parut putih tadi bersama bahan tumbuk halus. Tambah garam secukup rasa dan sedikit gula (sesiapa nak guna serbuk perasa pun ok saja), kemudian masukkan daun turi yang telah ditoskan. Gaul hingga rata.
  2. Panaskan kuali, masukkan urap tadi dan masak sekejap hingga daun turi lembut. Angkat dan hidangkan bersama nasi hangat. Kalau nak pedas boleh tambah cili padi dalam bahan tumbuk halus tadi....