BEN ASHAARI

Tuesday, September 9, 2014

TUNA ROLL - SIGNATURE MAT GEBU?...

rsz_tunaa_roll

Assalammualaikum, salam semua. Hari ni che mat bersiaran lewat sikit. Siang tadi menerima kunjungan 2 orang blogger dan juga pasangan suami/isteri, Ady Budika dan Sunnah. Terima kasih lah sebab tak lupa datang singgah Sedenak. Dan che mat hanya masak biasa2 saja. Nasi ayam dan dalam masa yang sama buat juga tuna roll yang menjadi signature mat gebu....ehemm. Banyak kali dah buat dan banyak kali juga che mat hidangkan pada tetamu dan bekalkan mereka untuk dibawa pulang. Tatau kenapa ia menjadi kegemaran anak2, walaupun dalam bahan2nya ada yang anak2 tak suka terutama bawang. Mungkin disebabkan mayonnaise dan tuna menjadikan roti ini sedap di tekak mereka...
rsz_tunaa_roll1

Kali ini che mat buat dalam bekas kecil2 sedikit. Selalunya resipi ini akan menghasilkan 10 biji tuna roll bersaiz kurang lebih 4 inci (sebab che mat guna paper cup bersaiz 4 inci), Kali ni che mat guna bekas aluminum bersaiz 2 inci dan dapat 18 biji. Sesuai dihidangkan untuk jamuan rasmi mau pun santai. Untuk majlis hari lahir anak2 juga sesuai dihidangkan. Selain tuna, kalau anda nak guna sardine juga ok, cuma che mat rasa macam kurang sesuai pulak ikan sardine digandingkan dengan mayonnaise, kalau sardine mungkin anda boleh buat seperti inti sandwich. Satu lagi, kalau anda suka cinnamon roll, anda boleh guna resipi ini. Cuma ganti inti tuna dengan gula perang yang digaul dengan serbuk kayu manis....semuanya bergantung pada kreatif anda.... Kalau dah bersedia, kita semak resipi...

BAHAN DOH :-)
250 gram tepung berprotein tinggi
50 gram gula halus @ gula kastor
1/2 camca teh garam halus
10 g susu tepung (mat guna susu "everyday")
1/4 camca teh bread improver
1/4 camca teh bread softerner
30 g telur (pecahkan 1 biji, kacau sedikit dan timbang)
6 gram instant yeast
20 gram mentega
125 ml air suam (kalau guna Breadmaker guna air biasa)

BAHAN INTI TUNA :-)
2 camca besar mentega, dicairkan
1 tin tuna, ditoskan biar kering, lecek hancur
2 1/2 camca besar Mayonnaise
1 biji bawang besar, dadu kecil
1 pokok daun bawang (atau daun kuchai), hiris halus, asingkan sedikit untuk hiasan
1 biji limau kasturi, perah jusnya (optional)
1/2 camca teh lada hitam yang baru dikisar, asingkan sedikit untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK DOH :- Larutkan yis dalam air suam, biar berbuih. Satukan semua bahan lain kecuali mentega, masukkan bancuhan yis dan gaul rata hingga menjadi doh. Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang kenyal dan anjal (kurang lebih 20 minit). Bulat2kan doh, letak dalam bekas dan balut dengan plastik bersih, biarkan 45 minit hingga naik. KAEDAH LAIN :- Satukan semua bahan2 untuk doh dalam breadmaker, pilih setting untuk "DOH" dan tekan "ON", tunggu hingga siap (selalunya BM mengambil masa 30 minit menguli dan 1 jam memerap, ikut jenis BM masing2).
  2. UNTUK ROLL TUNA SANDWICH :- Satukan semua bahan untuk inti tuna kecuali mentega, kacau rata. Ketepikan. Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara, tabur sedikit tepung pada meja kerja, dan canai menjadi 4 persegi. Sapu permukaan doh tadi dengan mentega cair rata2. Tuang inti tuna dan ratakan. Tinggalkan sedikit ruang di hujung doh. Gulung seperti swissroll dan ketatkan. Kemas kan bahagian kiri dan kanan gulungan doh dan kerat kepada 10 bahagian sama besar.
  3. Susun dalam paper cup jenis bersaiz 4inci, sedikit biar rata. Buat hingga siap. Perap 45 minit hingga kembang. Sapu telur (baki dari 30 g tadi), tabur baki hirisan daun bawang (mat guna daun kuchai) dan lada hitam. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 25 minit atau hingga perang keemasan. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya.. (untuk cara2 menggunlung tuna roll bun, anda boleh rujuk di sini)

7 comments:

Cik Aann said...

cik maat..awat sedap sangat je nampak gambar tuna roll cikmat tu..
sedih betul kalau tgk blog cik mat ni ..sebab makanan dpt tengok je.. makannye tidak boleh.. nak masak sendiri jauh sekali..hehehe

Ostematrix Vs Susu

Mardiah Diana said...

Assalamualaikum dan singgah sini....singgah tengok masakkan yg menyelerakan dan resepi yg hebat....

Siti Rohaida Yusof said...

sedapnya...

Lynn Munir said...

Aduh sedapnya Tuna Roll.

naza tupperware said...

terus lapar...sedapnya cik mat

Marie Zain-Malik said...

Kita dah berkali kali buat tuna roll ni ikut resipi che mat dah kalau buat kecik memang akan dpt 18 biji..selalu kita pelbagaikan inti guna sosej atau buat cinnamon roll.dah jadi mcm roti wajib kat rumah ni.anak2 suka.

Nor Hashimah Ahmad said...

TQ Che Mat resepi yg marvelous. Saya dah cuba berkali-kali. Meletopsssss

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.