PARU GORENG BERLADO

rsz_peparu_berlado
Paru goreng berlado antara hidangan yang che mat suka (ke bukan che mat tu suka semua jenis hidangan yang dia masak?....pelik nihh...hmmm). Masak seperti ini popular di kalangan orang Minangkabau. Buatnya amat mudah dan untuk sambal pun ringkas sahaja. Cuma che mat kehabisan cili hidup, maka terpaksa ku guna cili kisar. Kalau anda buat, jangan lupa guna cili hidup (dalam resipi che mat akan tulis cili hidup). Che mat guna kurang lebih 600 gram paru untuk resipi ini. Kalau anda tak suka paru, boleh juga diganti dengan daging, pastikan daging dihiris nipis lebar2 dan rebus jika perlu. Kalau nak bess, anda ketuk daging tadi hingga nipis dan goreng sekejap, jangan garing sangat nanti keras. Lepas tu boleh masak seperti biasa...Boleh?...pasti boleh, resipi che mat kan senang2 dan mudah2, kalau tak, takkan dia ni pun dah boleh memasak!!...

BAHAN-BAHANNYA :-)
600 gram paru lembu, potong 2, cuci dan toskan*
3 ulas bawang putih, diketuk (tak perlu buang kulit)*
1 inci halia, diketuk*
1 batang serai, diketuk*
Air secukupnya*(*disatukan dan rebus hingga paru lembut)
1 camca teh serbuk kunyit
1 camca teh pes asam jawa
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN TUMBUK LUMAT :-)
7 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
3 biji buah keras
5 biji cili merah

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Tos dan sejukkan paru yang telah direbus. Kemudian hiris lebar, gaul dengan serbuk kunyit dan sedikit garam (anggaran 1/2 camca teh). Kemudian goreng hingga perang. Angkat dan toskan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali (anggaran 4 camca besar). Tumis bahan2 tumbuk lumat hingga harum dan garing, guna api kecil dan kacau selalu. Masukkan pes asam jawa, kacau dan tambah garam dan gula secukup rasa. Masak sekejap.
  3. Tambah paru goreng dan gaul rata. Masak hingga kering dan cili bersalut dengan paru goreng tadi. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi panas.

Post a Comment

10 Comments

  1. Ini lauk feveret saya tapi belum pernah buat sendiri. Insya Allah nnt nak cuba.

    ReplyDelete
  2. as salam...sy fatihah dr NONA TV3...nak tanya macamna ye nk contact En.mat? berkenaan dengan shooting....harap dapat beri kerjasama...TQ..:).

    ReplyDelete
  3. che mat.. saya xpernah makan paru..dahn takut nak makan paru.. saya nak ganti dengan isi daging boleh?
    hehehe

    Kelas dia Faizland & Golf Training di UPM

    ReplyDelete
  4. sedapnya....kalau nak melancong ke Bandung boleh tgk blog saya..
    http://bandungspecial.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. apa saja lauk fav CMG sume fav Kak Sari jugak.. nape ek???

    ReplyDelete
  6. cik mat kalau kc gi sedenak .. kc nak cik mat masak macam2 .. sebab cik mat telah buat kc teringin .. teringin dan teringin. hihihi.

    ReplyDelete
  7. hmm.. nampak sedap...

    ReplyDelete
  8. Kalau guna daging jadi daging dendemg kan che mat...arwah mak sama nenek kita selalu buat.daging tu tak goreng tapi mak jemur kat atap zink rumah pastu dah kering mak tumbuk kasi nipis

    ReplyDelete

Peringatan

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.