UMBUT KELAPA MASAK LEMAK PUTIH

rsz_santapan
Assalammualaikum, salam Isnin semua. Entri hari ni menu yang che mat masak tu hari...errr, hari Sabtu lepas. Jumaat sebelum tu che mat ke pasar lambak pagi di Simpang Renggam dan ternampak sorang akak ni jual umbut kelapa. Sebab Bak suka makan umbut, che mat pun beli. Besar juga saiznya, kurang lebih 1.5 kg beratnya. Umbut kelapa kalau dapat masak secepat mungkin untuk mengelakkan ia berubah warna. Che mat masak habis semua, kemudian bagi pada anak2 buah. Biasanya kalau umbut kelapa, kami akan masak lemak puith saja, sebab bak memang suka masak gaya macam ni. Ada dua kaedah, satu dicelur sekejap, toskan dan dimasak atau anda boleh rebus umbut tadi dengan santan kemancar atau santan cair hingga lembut. Maksudnya tak payah celur2, terus masak saja. Tapi sebab che mat nak cepat, maka ku pilih kaedah pertama, iaitu celur sekejap dalam air mendidih yang ditambah sedikit garam. 

rsz_santapan1rsz_santapan3rsz_santapan2
Bila masak lemak putih macam ni, ada 2 lagi yang wajib ada sebagai pelengkap hidangan. Memang regu masak lemak, sambal belacan dan ikan masin atau ikan goreng. Sambal belacan tu bonda che mat yang hempukkan dalam lesung batu hingga halus. Kalau selalunya che mat goreng ikan masin tenggiri jeruk, kali ni Bak tukar selera, suruh goreng ikan sepat masin pulak. Baekk boss, apa2 saja, asal tekak Bak selera makan. Menu macam ni boleh dikategorikan sebagai hidangan tradisi orang Melayu. Makan dengan nasi putih panas, duduk pulak di pangkin...aduhhh, silap2 habis nasi seperiuk!!...Resipi dibawah ini untuk umbut seberat 1+ kg...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1+ kg umbut kelapa
2 batang serai, diketuk
2 helai daun kunyit, disiat
1 biji bawang besar, hiris
4 ulas bawang putih, diketuk
1 kiub ikan bilis (optional)
1.5 liter santan cair
600 ml pati santan
1 1/2 camca besar udang kering, renda 10 minit, tos dan tumbuk kasar
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Umbut kelapa dihiris nipis, celur dalam air mendidih yang ditambah sedikit garam, selama 2 minit dan toskan. Masukkan umbut tadi ke dalam periuk bersama udang kering, bawang besar, bawang putih dan serai ketuk. Gaul rata dan tuang santan cair. Masak hingga mendidih, kalau selalu.
  2. Tambah daun kunyit dan tuang pati santan. Kacau perlahan dan biar mendidih dengan api kecil, kacau selalu. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi panas, sambal belacan dan ikan masin goreng/ikan goreng. Kalau anda nak tambah lada hitam kisar juga boleh..

Post a Comment

8 Comments

  1. sedap sangat ni mat oiiii.... lama tak jumpa umbut kelapa... akak suka buat kerabu... pernah pg kenduri kawin kat Pahang.. ada sayur lemak umbut ni aduiii.. rasa mcm nak lompat kegembiraan... hehehe...

    ReplyDelete
  2. alahai, teringinnya nak makan lemak umbut ni.. eh, org mengandung bole makan umbat ke tak yer huhu..

    ReplyDelete
  3. mkn mentah pun sedp ni...tringt msa kecik2 dlu..bila ada knduri khwin..msti ada gulai ni..rindu sgt2 suasana knduri zamn dlu..

    ReplyDelete
  4. Subhahanallah ... lama giler dh tak makan ni .. terliuq weiiii

    ReplyDelete
  5. as salam...sy fatihah dr NONA TV3...nak tanya macamna ye nk contact En.mat? berkenaan dengan shooting....harap dapat beri kerjasama...TQ..:)..

    ReplyDelete
  6. As salam. Selain masakan yg membuatkan kita menelan air liur, juga terpesona dengan koleksi pinggan mangkuk Che Mat.

    ReplyDelete
  7. salam che mat.. sy tak nak tanya pasal makanan.. sebab semuanya mmg sedap.. nk tanya pasal koleksi pinggan che mat.. macam2 design dan cantik2. yg penting sumenye nmpak klasik. che mat beli kat mana yea..

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.