BEN ASHAARI

Saturday, October 15, 2011

TUNA ROLL.....OHHH....TUNA ROLL!!..

rsz_dsc_3534
Mat tau, ada yang jemu kan..sebab mat suka sangat ulang tayang. Takpe..tak marah. Mat dah kata, DTS bukan tempat anda nak cari resipi 5 bintang..jadi sila lah berpuas hati ok. Kenapa mat suka buat tuna roll?...Jawapan dia senang saja..sebab SEDAP...nak angkat bakul masuk sendiri?. Hoo tidak, ini semua feedback yang mat dapat. Aku riak?...tak juga..cuma ini kenyataan. Ye ke sedap?...Laa cubalah buat, kalau asyik tanya jee...mana nak dapat jawapannya. Tak reti lah nak buat?...hmmm kena lah usaha sampai reti...Aku pun usaha gak sampai jadi reti, ingat masa lahir je terus jadi pandai ke buat tuna roll ni. Hmm, kurang minat lah buat2 benda ni semua... Hmm, yang tu mat gebu minta maaf lah..sebab kalau kurang minat memang susah nak kata. Takpe, insya Allah satu hari pasti kerajinan itu sampai jua. Kita sama2 berdoa yea...Allah itu kan maha mendengar..

rsz_dsc_3550
Kalau sapa nak mencuba untuk majlis hari jadi anak2 anda..yang ni sesuai, boleh buat kecil2 sedikit. Ianya agak muai. Kalau anda nak ganti sardine dalam dia pun ok, takde masalah. Doh untuk adunan ini pun sesuai dibuat cinnamon roll atau gulung kayu manis. Ganti kan inti tuna tu dengan bancuhan gula perang + serbuk kayu manis dan tabur sedikit kismis. Sapu mentega cair pada doh yang dicanai sebelum ditabur gula dan kismis. Hmmm, ini cuma idea saja. Kreativiti terletak ditangan anda, explore your self..mesti ada bakat yang terpendam....Mat gebu?...Bakat?...huhu...zero...cuma boleh memasak sikit2 saja....Oklah mat letak resipi dan juga gambar langkah demi langkah. Moga dapat membantu anda tak sikit banyak.... ^___^

BAHAN DOH :-)
250 gram tepung roti (high protein flour)
50 gram gula halus @ gula kastor
1/2 camca teh garam halus
10 g susu tepung (mat guna susu "everyday")
1/4 camca teh bread improver
1/4 camca teh bread softerner
30 g telur (pecahkan 1 biji, kacau sedikit dan timbang)
6 gram instant yeast
20 gram mentega
125 ml air suam (kalau guna Breadmaker guna air biasa)

BAHAN INTI TUNA :-)
1 camca besar mentega, dicairkan
1 tin tuna, ditoskan biar kering, lecek hancur
2 1/2 camca besar Mayonnaise
1 biji bawang besar, dadu kecil
1 pokok daun bawang (atau daun kuchai), hiris halus, asingkan sedikit untuk hiasan
1 biji limau kasturi, perah jusnya (optional)
1/2 camca teh lada hitam yang baru dikisar, asingkan sedikit untuk hiasan


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK DOH :- Larutkan yis dalam air suam, biar berbuih. Satukan semua bahan lain kecuali mentega, masukkan bancuhan yis dan gaul rata hingga menjadi doh. Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang kenyal dan anjal (kurang lebih 20 minit). Bulat2kan doh, letak dalam bekas dan balut dengan plastik bersih, biarkan 45 minit hingga naik. KAEDAH LAIN :- Satukan semua bahan2 untuk doh dalam breadmaker, pilih setting untuk "DOH" dan tekan "ON", tunggu hingga siap (selalunya BM mengambil masa 30 minit menguli dan 1 jam memerap, ikut jenis BM masing2).
  2. UNTUK ROLL TUNA SANDWICH :- Satukan semua bahan untuk inti tuna kecuali mentega, kacau rata. Ketepikan. Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara, tabur sedikit tepung pada meja kerja, dan canai menjadi 4 persegi. Sapu permukaan doh tadi dengan mentega cair rata2. Tuang inti tuna dan ratakan. Tinggalkan sedikit ruang di hujung doh. Gulung seperti swissroll dan ketatkan. Kemas kan bahagian kiri dan kanan gulungan doh dan kerat kepada 10 bahagian sama besar.
  3. Susun dalam paper cup jenis bersiaz 4 inci. Tekan sedikit biar rata. Buat hingga siap. Perap 45 minit hingga kembang. Sapu telur (baki dari 30 g tadi), tabur baki hirisan daun bawang (mat guna daun kuchai) dan lada hitam. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 25 minit atau hingga perang keemasan. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya...

13 comments:

Sunah Sakura said...

waaaaaaaaaaaaa..suka2 pcm letak cara2 secara detail! hehehe~ thanks pcm~

aima said...

ye la pic step by step tu mmg memudahkan penroti penroti junior...

Iffah Afeefah said...

Pnh wt.

Tp doh cm tebal. Mmg muakk huhu

JIJI YU said...

kalo taruk chesse camne

Mat Gebu said...

@ jiji - ok juga tapi kan nanti rasa ke muak kan, sebab ada mayonnaise, tapi boleh kurangkan penggunaan mayo itu...sekian terima kasih..

Kjee said...

Kenapalah kau tayang selalu sangat Che Mat! Unclepali dan nadia suka sangat lepas makan kat Sedenak hari tu. Dok tanya Kjee bila nak buat. Yesss kali ni boleh buat sebab ada step by step. thnx.

Ms Ef Abas said...

anything with tuna will be my hubby's favourite. boleh try ni :)

SelagiAdaGula said...

Tak pernah rasa jemu bg yg baru ikuti DTS....tk

Isteri Encek Bard said...

waaaa sangat senang... dan menarik... tq pcm..

Bila aku... said...

salam MG, suka sgt resepi roti kali ni..sbb ada step-by step. Dh try pun..mmg sedap. Cuma kejadiannya x bape nk cantik...antara inti ngan roti tu renggang..x mcm MG buat, cantik jer..Nape bleh jd camtu yek?

Anie said...

Hi Bro MatGebu,

Nak tanya, bread improver and bread softener macam mana beza nya? at phoon huat tak de bread softener. dia kata bread improver until french loaf, buat dia crispy. leh bantu saya explain? terima kasih

sue said...

Salam Mat..
sy sngt2 nk buat tuna roll versi Mat nie..tp bole tny ckit ke Mat...mcmna cara Mat susunkan kedalam paper cup selepas gulungan doh d kerat2 tu...maaf ye Mat sy kurang fhm kat step tu...

cuba memasak said...

sedap nye ... thanks ye mat gebu .. bagi resepi yg sedap nie ...