SAMBAL GORENG PARU...

rsz_sambal_goreng_paru
Assalammualaikum, salam Rabu.....phewww che mat cuti masak ni hari, konon2nya lah. Jadi moh leer kita update blog. Dua hari lepas che mat masak sambal goreng paru. Mula2 nak masukkan petai, tapi tak jadi sebab kat rumah che mat ada yang tak makan petai. Sebenarnya sambal goreng tiada pantang larang, dari pelbagai jenis sayur, hingga hanya menggunakan bahan2 asas untuk sambal goreng seperti, tempe, tauhu, kacang panjang, soo hoon dan tauhu kering. Ada juga yang tambah kobis, kincam dan macam2 lagi. Che mat sendiri suka masukkan pedal dan hati ayam jika ada. 

rsz_sambal_goreng_paru1
Sambal goreng kebiasaannya dihidangkan waktu hari raya dan juga bersama nasi ambeng. Satu yang che mat suka pasal sambal goreng, bahan2 dia tak perlu banyak tapi pelbagai. Kalau kacang panjang 4 -5 tangkai sudah memadai, nanti bila dah campur dengan bahan2 lain, dahh jadi banyak. Che mat guna 400 gram paru yang telah direbus, hiris nipis dan digoreng. Kalau suka pedas boleh tambah cili padi yang dikisar. Kali ni bahan perasa che mat guna kicap lemak manis JALEN dan kicap masin JALEN.....resipi sepeeti berikut...

BAHAN-BAHANNYA :-)
400 gram paru, rebus hingga empuk dan hiris kecil*
1/2 camca teh garam*
3/4 camca teh serbuk kunyit*(*disatukan gaul rata dan goreng hingga perang, toskan)
2 keping tauhu, potong kiub, goreng hingga kuning dan angkat
2 keping tempe berbungkus daun, potong kiub, goreng hingga kuning dan angkat
5 tangkai kacang panjang, hiris serong
1 cekak soo hoon, kerat pendek dan rendam hingga lembut
5 biji bawang merah, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
1 biji cili meraj, hiris
1 biji cili hijau, hiris
2 camca besar kicap lemak manis JALEN
1 camca besar sos tiram JALEN
1 camca besar kicap masin JALEN (atau secukup rasa)
2 camca besar cili kisar
1 camca teh pes asam jawa
Sedikit air

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Panaskan 3 camca besar minyak, tumis hirisan bawang merah dan putih hingga harum. Masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing. Masukkan sos tiram, pes asam jawa dan kicap lemak manis. Kacau rata.
  2. Tambah paru, tempe, tauhu dan fucuk (toskan). Gaul rata dan tuang sedikit air (anggaran 1/4 cawan). Masak hingga fucuk lembut. Masukkan kacang panjang dan masak hingga kacang panjang lembut.
  3. Tambah soo hoon, hirisn cili merah, hirisan cili hijau dan kicap masin. Gaul rata dan masak hingga kering. Rasa dan jika kurang masin, tambah sedikit lagi kicap masin. Masak hingga kering. Rasa lagi dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi atau ketupat.

Post a Comment

7 Comments

  1. sedap!
    dah la MG suka gila paru ! huhu
    kalau sambal lagi gila ..ermm..

    ReplyDelete
  2. Saya memang peminat sambal goreng. Nasib baik Sedenak tu jauh dari sini, kalau tak saya hantar mangkuk tepeng kosong ke sana.

    Tak boleh selalu menjengah ke mari. Boleh bergendang perut saya.

    ReplyDelete
  3. Uhhh...lapar pulak tengok blog CMG malam2..saya suke paru.

    Esok kena cari ni..

    www.zulfahhouse.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. Sodapnye.. hiii terus rasa nak buat ni

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.