BEN ASHAARI

Thursday, July 17, 2014

BISKUT BUNGA 'ZAHRA'.

rsz_biskut_bunga_zahra

Assalammualaikum, salam 19 Ramadan. Tahun ni che mat buat biskut yang mudah2, simple2 dan senang2. Takde biskut yang dicelop coklat atau yang fancy2 bagai. Che mat sendiri agak kurang rajin dah bikin biskut yang rumit2. Che mat memang hadkan bikin biskut sejenis sehari, tak nak lah sampai stress, buat releks2 aje. Ok, hari ini biskut yang che mat buat diberi nama 'Biskut Bunga Zahra"...Zahra tu sempena nama anak buah terbaru che mat (Zahra Nur Iman Ben Ashaari). Sebenarnya ini resipi yang che mat olah sendiri dan in sha Allah ia sedap. Satu adunan akan menghasilkan kurang lebih 160+ keping, bergantung pada acuan yang anda guna (che mat guna acuan seperti ini). 


rsz_biskut_bunga_zahra1

Hiasan atas biskut ikut kreativiti anda, che mat guna coklat M&M. Ada yang tanya che mat di FB, tak pecah ke coklat M&M tu bila bakar?..Memang pecah sikit tapi yang che mat guna ni alhamdulillah, cuma retak bahagian tepi (seperti gambar atas ni) dan tidak retak terbelah dua. Satu lagi resipi ini, guna 'toasted coconut' seperti ini. Anda boleh beli dikedai2 baking, rasa dia sedikit manis, bewarna perang keemasan dan wangi. Nasihat che mat pada anda yang nak bikin biskut ni, boleh saja nak guna acuan lain, terpulang pada anda.Tapi kalau boleh nama biskut tu kekal kan lah yea...Kalau anda nak cuba buat untuk lebaran akan datang, che mat kongsikan resipi seperti dibawah...

BAHAN-BAHANNYA :-)
250 gram mentega ( SCS butter)
75 gram gula aising, diayak
1 kuning telur
330 gram tepung gandum*
45 gram tepung jagung*(*disatukan dan diayak)
50 gram kelapa panggang (toasted coconut), dikisar halus
70 gram badam kisar
70 gram nestum, dikisar halus
1 camca teh esen vanilla
Secubit garam
Kuning telur untuk sapuan
Coklat M&M nntuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Putar mentega dan gula aising hingga sebati, masukkan kuning telur dan esen vanilla, putar hingga rata. Sementara itu, satukan kelapa panggang yang telah dikisar, nestum dan serbuk badam ke dalam tepung yang telah diayak tadi. Gaul rata.
  2. Pada kelajuan perlahan, masukkan tepung yang digaul rata tadi sedikit demi sedikit hingga habis dan adunan menjadi doh yang boleh dicanai. Bulat2kan doh dan tutup dengan tuala dapur bersih yang dilembapkan.
  3. Bahagi doh kepada 4 bahagain. Ambil satu bahagian, canai antara 2 lapisan plastik setebal 1/2 cm. Terap dengan acuan bentuk bunga dan susun atas dulang pembakar. Buat hingga siap. Sapu kuning telur dan hias dengan sebiji coklat M&M (tekan sedikit agar melekat).
  4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada sihu 170C selama 20 minit atau hingga masak. dan keperangan. Selepas dibakar 10 minit, anda pusingkan dulang agar biskut masak sekata. Sejukkan biskut atas jaringan dan simpan dalam bekas kedap udara.
CATATAN MAT GEBU :- Jika anda guna acuan seperti che mat. Sapu sedikit minyak makan pada acuan sebelum anda terap pada adunan biskut. Ini akan memudahkan adunan biskut tanggal dari acuan...Selamat mencuba!!

7 comments:

Zamani Abe said...

boleh cuba nih..

Rozita said...

menarik... CMG mmg suka kelapa ye...?

Ben Ashaari said...

Salam ... Terima kasih mat :) ... Zahra kata nanti nak gigit pipi Tok Tua dia bila gi Sedenak ..

Sis Lin said...

Huwaaaaa...nanesss arrr...
Biskut nama aku takde ke Mat!!!
Tggu aku ada cucu maunya ko dh gayuttttt...hahahahahahaa

yang baik Ishak said...

memang class la zahra... untungnya badan kecik2 lagi dah dapat nama kat biskut... mesti cuba biskut yang sedap ni..

annies MAN said...

Menarik !
Nma biskut pun sweet :)

Fiza Lgk said...

Salam Che Mat. Cantik & menarik biskut bunga Zahra ni..sesuai dengan namanya :)

Nak mudahkan cara untuk bersihkan acuan biskut bolehlah ke sini http://dapurlangkawi.com/blog/cara-membersihkan-acuan-biskut-agar-tiada-sisa-adunan-tertinggal/

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.