KUIH BANGKIT SANTAN....WARISAN KITA..

rsz_kueh_bangkit

Assalammualaikum, salam semua. Macam nak raya aje kan che mat...biasalah, mood raya datang awal...haha, dah2 jangan nak merepek, ingat puasa dulu.. Hari ni mood rajin datang tapi mood rajin tu bukan che mat nak bikin kuih bangkit, tapi nak buat botok2. Memandangkan ikan tenggiri takde, cuma ada ikan tongkol, che mat batalkan niat nak buat botok2 dan ditukar program membangkit pulak. Kali ni che mat cuba resipi dari blog seorang peranakan cina di sini. Dan ini percubaan, maka che mat buat 1/2 adunan dari resipi asal. Kuih bangkit satu kuih tradisi orang2 kita dan menjadi kegemaran orang2 tua, terutama mereka2 yang tak makan mentega atau majerin. Nampak mudah tapi ada kala ia menyeman, maksudnya takmo bangkit, dia dok diam saja, keras kematu macam mozek pun ada juga. Tapi resipi yang che mat cuba ni, alhamdulillah, elok, gebu, ringan, rapuh dan cair dimulut. Ini kuih kegemaran Bak sebenarnya. Bau dia pun harum satu rumah, terasa macam era zaman tok2 kita dulu kala membakar kuih sacara tradisional pulak...nostalgia...

rsz_kueh_bangkit1

Untuk resipi ini akan menghasilkan kurang lebih 100 keping kuih bangkit santan, tapi ini semua bergantung pada saiz acuan yang anda guna. Kalau guna acuan besar, maka kuranglah bilangannya, begitu juga sebaliknya. Satu lagi kalau anda suka sepit, boleh saja nak sepit, cuma bila dibakar ia akan kembang dan naik (kalau tak, bukan lah kuih bangkit namanya, yea tak?) dan corak2 tadi masih kelihatan tapi tidak ketara sangat. Contoh macam che mat buat tu guna acuan ada bentuk2 chenta, lepas bakar masih ada bentuk cuma agak kurang terserlah. Tapi kata bonda kuih bangkit che mat macam 'tampuk manggis'...yea juga kan. Nampak sweet pulak....ehemmm.....Nak buat untuk raya nanti?...Ok che mat kongsikan resipi...

rsz_kueh_bangkit4
Sebelum tu, nak tunjuk acuan yang che mat guna untuk kuih bangkit. Anda boleh beli dikedai menjual bahan2 kek atau kedai serbanika, che mat beli di Cowboy Kulai, corak depan tu anda boleh tukar2. Dan petua untuk mendapatkan hasil terapan yang cantik, anda sapu sedikit minyak pada corak2 acuan tadi sebelum anda terap adunan biskut...boleh?...mesti boleh punya kan, blog che mat resipi ciken dodol aje, very the easy one lahh...no fussy2 punya.... (^__*)\/

BAHAN-BAHANNYA :-)
250 gram tepung sagu ubi
200 gram tepung sagu rumbia (boleh beli dikedai menjual bahan2 kek)
3 helai daun pandan, cuci dan lap kering
175 gram gula aising, diayak
3 kuning telur gred A
100 ml pati santan (perah tanpa air @ guna santan kotak)
Sedikit santan extra, jika perlu

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Masukkan tepung sagu ubi dan sagu rumbia dalam kuali, daun pandan dipotong kecil dan masukkan ke dalam kuali. Goreng dengan api kecil sambil dikacau selalu, selama 15 minit atau hingga tepung ringan dan suam. Matikan api dan biar tepung tadi sejuk. Ayak tepung ke dalam bekas. Ketepikan.
  2. Putar gula aising dan kuning telur hingga berkrim dan tidak berbintil2. Masukkan pati santan dan kacau hingga sebati. Tuang sedikit demi sedikit bancuhan tadi ke dalam tepung sambil digaul rata hingga menjadi doh. Uli sekejap dan rehatkan 10 minit.
  3. Panaskan oven pada suhu 170C, sapu dulang pembakar dengan sedikit minyak (che mat alas dengan kertas minyak). Bahagikan doh kepada 3 bahagian. Ambil satu bahagian, canai antara 2 lapisan plastik setebal 1/2 cm. Sapu acuan dengan sedikit minyak masak (jika anda guna acuan seperti dalam gambar, kalau guna acuan biasa, boleh celup dalam tepung sagu sahaja). Terap adunan tadi dan alihkan ke dalam dulang pembakar, jarakkan sedikit. Buat hingga siap. Jika adunan mula berderai semasa dicanai, tambah sedikit santan 'extra' dan diuli sekejap..
  4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan. Bakar selama 25 minit atau hingga bahagian bawah kuih bangkit perang dan kuih ringan (anda akan nampak kuih bangkit naik dan merekah sedikit). Letak loyang pembakar pada rak no.2 oven dari bawah. Bila masak, sejukkan atas jaringan dan simpan dalam bekas kedap udara.....Selamat mencuba!!.

Post a Comment

9 Comments

  1. Hohohoho..cik mat, poskan skit...

    ReplyDelete
  2. Nmpk sedap gebus. Mintak izin copy resepi ye cm. kuih kegemaran saya ni

    ReplyDelete
  3. ni feveret kc cik mat. nak pulak yg jenis cair di mulut. Perghhh .. best. sangat best. tp kc tak nak buat ... sebab nak yg special dari cik mat. boleh eh cik mat? Tehehe.

    ReplyDelete
  4. salam .saya teringin nak buat biskut ni , jadi nak tanya sikit ya. tepung sagu ubi tu sama tak dengan tepung ubi kayu . nak buat raya ni untuk ibu saya .

    ReplyDelete
  5. @Mrs Farah - yep tepung sagu ubi dan tepung ubi benda yang sama..

    ReplyDelete
  6. Aslmkm CikMat. Lama dah Along tak bw mana2 pun... sonok tengok member2 lama masih aktif. Ni kuih kegemaran Along ni.... kalau hantor setong pun tak cukup...hehe

    ReplyDelete
  7. Cik Mat..saya dah cuba..TERBAIK memang sedap..TERIMA KASIH CIK MAT.Apa yg che mat share bila dicuba tak pernah menghampakan org yg x pandai masak macam saya.

    ReplyDelete
  8. As Salam..abg mat kalau dah siap bakar tuh dah boleh terus simpan ye..tak payah nak jemur2 ke..owh...baru tahu nih...teruja nak buat raya nih...dah salin resepi :) :) thank you abg for sharing

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.