Salam semua. Dah mula bikin biskut raya?...Dan che mat pasti dah ramai juga yang mula mendapat biskut2 raya yang ditempat. Biskut raya bukan lah wajib, cuma tanpa biskut raya, umpama tiada raya, walaupun biskut raya boleh didapati dibulan2 biasa. Kemeriahan aidil fitri lebih bewarna warni dengan kehadiran biskut2 raya dalam balang kuih comel di meja rumah anda. Teringat zaman dulu, masa zaman bonda che mat bikin biskut. Tiada oven modern, tiada mixer canggih, yang ada cuma hand mixer, tu pun dah kira bess sangat. Oven pulak jenis yang tenggek atas dapur gas, oven hitam cap kupu2 tu. Hasil biskut raya tidak mengecewakan....
Biskut Senyum atau biskut kelapa yang memang setiap tahun che mat buat, Ini biskut kegemaran bonda. Kata bonda asal2 biskut ni memang bulat2, ditepek ceri dan gaul dengan kelapa kering. Che mat banyak kali juga ubah dengan cara menerap dan sebagainya. Tapi akhirnya berbalik pada bentuk asal lagi tradisi - gentel2. Untuk adunan ini anda dapat kurang lebih 100 biji kurang lebih. Jumlah bergantung pada saiz biskut yang anda buat. Che mat punya ni kurang lebih dalam 1 camca teh untuk sebiji biskut. Satu lagi che mat goreng tanpa minyak dulu kelapa kering hingga wangi dan perang sedikit sebelum dikisar. Resipi seperti berikut...
BAHAN-BAHANNYA :-)
200 gram tepung jagung Brown & Polson (atau tepung jagung biasa)*
150 gram tepung gandum*
1/2 camca teh baking powder*(*digaul rata dan ayak)
1 cawan kelapa kering, digoreng tanpa minyak hingga perang dan kisar halus
1 kuning telur gred A
80 gram gula aising
1 camca teh esen vanilla
Mentega secukupnya (kurang lebih 250 gram)
Ceri merah, dipotong kecil untuk hiasan
Kelapa kering secukupnya untuk menyalut biskut
CARA MEMBUATNYA :-)
- Putar kuning telur. esen vanilla dan gula aising hingga berkrim. Sementara itu gaul rata tepung yang telah diayak dengan kelapa kering yang dikisar halus tadi. Perlahankan kelajuan dan masukkan tepung + kelapa kering kisar sedikit demi sedikit hingga habis, putar rata (adunan seakan2 serbuk roti).
- Masukkan mentega sedikit demi sedikit (1 camca besar sekali masuk) sambil diadun hingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di mangkuk adunan. Matikan mesin, bulat2kan doh dan tutup dengan tuala dapur bersih yang telah dilembapkan.
- Sediakan dulang pembakar. Cedok 1 camca teh adunan doh, bulat2kan dan hias dengan ceri yang telah dipotong kecil. Kemudian golek2kan dengan kelapa kering. Susun dalam dulang pembakar. Buat hingga siap.
- Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170C, selama 25 minit atau hingga masak (che mat suka biskut yang garing dan sedikit perang), pusing2kan dulang pembakar selepas 10 minit biskut di dalam oven. Sejukkan biskut atas jaringan dan simpan dalam bekas kedap udara..
14 Comments
sedapnya.. dah la gebu gebas... ^^
ReplyDeletemacma nak cuba je..
nyum nyum
ni biskut zaman kanak2 dulu..payah nak jumpa dh ni..
ReplyDeletesalam singgh n follow disini..sedapp tu!!
ReplyDeletewah dah sart buat kuih raya!
ReplyDeletenak try buat ni, thanks utk resepi tu En. Mat :)
ReplyDeletetringt masa kecik2 dlu bila tgok kuih ni..rindu sgt2 knangn trsebut..
ReplyDeleteHohohoh,raya ni nak terjah rumah cik mat la camni
ReplyDeleteSalam cik mat..geng seludup mai sini..ini brp banyak boleh ngap sekali hadap?..
ReplyDeletebagus buat sendiri kan.. jimat..berbaloi...
ReplyDeleteAssalamualaikum, saya suka sangat dengan biskut kelapa. Minta izin amik resipe ya.. nak cuba.
ReplyDeletesalam en.mat...
ReplyDeletebtuika jd krim time pukul telur dgn gula?
knp try x jd ya..
Assalam che' mat...tringat dulu arwh mak n akk sy suke buat biskut bntuk bintang dlm dia ada kcg tnh. C.mat ada x resepi biskut tu? Seingat sy areh mak pnggil biskut senyum jg. Bkr dlm acuan mcm kitabuat cistat tp acu ny lg kecik. Klw c.mat tahu....pleasssseee share dgn sy 😚
ReplyDeleteAssalam che' mat...tringat dulu arwh mak n akk sy suke buat biskut bntuk bintang dlm dia ada kcg tnh. C.mat ada x resepi biskut tu? Seingat sy areh mak pnggil biskut senyum jg. Bkr dlm acuan mcm kitabuat cistat tp acu ny lg kecik. Klw c.mat tahu....pleasssseee share dgn sy 😚
ReplyDeleteResepi tak betul. Follow bulat² dah. Tawar sgt pulak tu.
ReplyDelete