BEN ASHAARI

Tuesday, April 30, 2013

MENCUBA BURGER IKAN JENAMA 'RAMLY'..

rsz_burger_ikan
Malam semua...tu hari cm masa ada beli burger ikan jenama "RAMLY", saja nak test rasa. Sebab kat rumah cm ada yang tak suka daging lembu atau ayam. Kalau anda lihat burger ikan ni kurang lebih macam nugget saja, disalut dengan serbuk roti atau bread crumbs, kaedah memasaknya sama seperti nugget2 biasa, iaitu digoreng. Tapi cm tak goreng, cm cuma lenserkan sedikit minyak dalam kuali ajaib, kemudian cm masukkan burger ikan ni dan panggang dalam tu, tutup kuali tadi agar cepat masaknya, tapi jangan masak lama sangat nanti keras kejung jadinya. Kalau perhatikan gambar atas tu, burger ikan cm buat tidaklah sempurna sangat, daun salad pun takde dan cm guna benda2 yang biasa. Rasanya kalau menu macam ni tak perlu resipi, bukan lah satu yang sukar untuk disediakan..

Anda cuma perlu ada roti burger, belah dua, sapu sedikit majerin dan panggang sekejap hingga harum, ketepikan. Masak pulak daging burger ikan tu, kalau tak kuasa nak buat macam cm, anda goreng terendam saja, angkat dan toskan. Kemudian letak atas kitchen paper towel dan tekan2 sikit kasi minyak dia terserap. Boleh guna dah. Sayur2an tu macam biasa, guna salad (tak letak sebab habis), timun, tomato, gegelang bawang besar, gherkin jeruk dan cm guna sekeping cheese. Sos terpulang, yang ni cm guna mayonnaise dan sos cili. Cara menyusun tu ikut lah macam mana anda suka, tapi kalau cm, mulakan dengan daun salad, timun, tomato dan sedikit gegelang bawang, hirisan jeruk gherkin. Paipkan sos, letak keju dan daging burger ikan serta roti bahagian atas. Boleh hidangkan....Boleh buat?...Cm yakin anda boleh!!...

KUEY TEOW HAILAM....CAMPAK-CAMPAK..

rsz_kue_teow_hailam
Petang semua, assalammualaikum. Hari2 ke cm masak?...Soalan yang 'biasa' cm terima. Jawapannya yea saya.. Kalau tak masak takde lah entri kat blog. Tapi kalau cm masak yang semalam2 pun, jika tak sempat masukkan ke blog pada hari yang sama, cm akan tunda ke hari esoknya, atau bila2 sempat. Memasak bukan lah satu kerja yang sukar, tapi tidak juga mudah. Pada cm memasak mudah tapi untuk menyelenggarakan ruang masakan selepas anda memasak, agak penat juga. Nak2 kalau perlu memasak dalam kuantiti yang besar. Itu pasal cm suka dapur yang luas, selain memudahkan pergerakkan, kalau ada tenaga2 kerja yang ingin membantu, tidak lah menyesakkan ruang, nak2 kalau yang saiz gebu2 macam mat gebu...ehh. Petang ni entri kuey teow hailam campak2, ikut apa yang ada. Kuey teow belen tu hari cm bungkus elok2 dan simpan dalam freezer, bila nak guna panaskan dalam microwave dan kue teow akan lembut seperti baru dibeli. Ok cm tulis resipinya...

BAHAN-BAHANNYA :-)
6 ekor udang saiz besar, dibersihkan
1 keping dada ayam. hiris
1/4 bahagian trafficlight capsicum, dipotong kiub
1/2 batang lobak merah, hiris nipis
2 pelepah kobis daun, dipotong kecil
1 biji tomato, potong kiub
3 ulas bawang putih, cincang halus
3 camca besar sos tiram
1/2 camca besar kicap pekat
1 kiub pati daging
1/4 camca teh minyak bijan
1/2 camca teh serbuk lada sulah
Garam secukup rasa
1 camca besar penuh tepung jagung*
1/3 cawan air*(*disatukan, kacau rata)
Air secukupnya (anggaran 1 liter)

BAHAN-BAHAN LAIN :-)
Kuey teow secukupnya
Sedikit kicap cair
Hirisan daun bawang, untuk hiasan
Bawang goreng, untuk hiasan
Cili hijau jeruk

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK KUAH KUEY TEOW HAILAM:- Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis bawang putih hingga harum, masukkan sos tiram, kacau rata dan tuang air. Masukkan kiub daging. Kacau dan biar mendidih. Tambah isi ayam, lobak merah dan kicap pekat. Biar hingga ayam masak.
  2. Masukkan trafficlight capsicum, udang, minyak bijan, lada sulah dan kobis daun. Kacau dan masak sekejap. Tambah garam secukup rasa. Tuang bancuhan tepung jagung (kacau dulu) dan kacau rata. Masak hingga kelihatan pekat. Akhir sekali masukkan tomato. Kacau rata dan rasa, jika ok boleh matikan api.
  3. UNTUK KUEY TEOW HAILAM :- Panaskan kuali non stik, biar betul2 panas. Masukkan kuey teow dan  kicap cair (anggaran 500 gram kuey teow + 1 camca besar kicap cair), kacau rata dan masak sekejap. Matikan api dan alih ke dalam bekas sesuai. 
  4. Tuang kuah bersama isi2nya. Hias dengan hirisan daun bawang, bawang goreng dan cili hijau jeruk. Hidangkan segera, sedap dimakan panas..


KARI ENCER IKAN TENGGIRI..

rsz_kari_encer_ikan_tenggiri
Assalammualaikum, selamat tengah hari semua. Hari ini cm masak kari encer ikan tenggiri, encer tu maksudnya cair. Bak suka makan kari cair macam ni, kalau yang pekat dia makan juga, tapi tak berapa gemar. Kali ni cm guna ikan tenggiri, bahagian isinya dalam 4 potong dan cm guna tenggiri batang. Cm guna sdikit saja santan dalam 1/4 cawan. Kalau anda nak tambah bendi atau terung juga boleh. Satu lagi kari ini kurang pedas, sebab Bak kan tak boleh sangat makan pedas. Kalau anda suka pedas, sila lebihkan cili dalamnya. Bila ada kari, nanti boleh lah anda cicah dengan roti, roti canai atau lempeng pekak, itu satu keistimewaan kari, selain isi, kuahnya turut menjadi pilihan...Resipi amat2 mudah, seperti berikut..

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 keping potongan ikan tenggiri, cuci bersih dan toskan
15 biji tomato ceri
1 biji cili merah, belah 2
1 biji cili hijau, belah 2
3 camca besar rempah kari ikan Baba's
1 camca besar cili kisar
1 kiub ikan bilis (optional)
1 keping asam gelugor
1 tangkai daun kari, dilurut*
3 biji bawang merah, hiris*
2 ulas bawang putij, hiris*
1 camca teh halba campur*(*bahan tumis)
1/4 cawan santan pekat
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar
3 biji bawang putih
1 biji tomato
1/2 inci halia
1/2 inci kunyit hidup

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan bahan kisar halus bersama rempah kari, kacau rata hingga menjadi pes, ketepikan. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan2 bertanda (*), hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing, tambah pes rempah, kacau dan masak hingga terbit minyak, guna api kecil dan kacau selalu.
  2. Tuang air secukupnya (anggaran 3 cawan). Kacau dan bila mendidih, masukkan ikan tenggiri, kiub ikan bilis dan asam gelugor. Biar mendidih hingg ikan masak, tambah cili hijau/merah belah, tomato dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi, sambal belacan dan lauk2 lain.


PUBLISITI vs PENGHARGAAN vs DIPERALATKAN?

Assalammualaikum, kontroversi tak gambar atas tu...gambar lama je....disamping itu boleh gak mencari publisiti (bukan murahan, sebab bukan gambar 'curi'). Apa yang cm nak tulis ini sekadar pandangan cm sebagai blogger masakan. Bila menjadi sorang blogger masakan, kita punya tanggungjawab yang agak berat juga untuk memastikan blog sentiasa berinformasi. Blogger masakan juga perlu jujur. Bukan mudah sebenarnya, dengan masa yang diperuntukkan untuk satu2 entri, nak2 entri kek yang berhias cantik seperti Puan Azlita hasilkan. Kena ada tahap kesabaran dan ketelitian yang tinggi...

Rasa bersyukur sebenarnya bila ada pihak2 media cetak yang mula ambik perhatian tentang 'kuasa' blogger masakan yang ada sekarang ini. Tidak dinafikan, blogger2 masakan macam kami rasa amat2 dihargai bila hasil penat lelah tersiar di dalam majalah mereka dan sebagainya. Tapi pada pendapat cm, pihak media cetak (bukan semua) ada tu mereka agak kurang peka. Contohnya, mereka perlu resipi berserta gambar (bersaiz besar), yang pernah tersiar diblog untuk disiarkan dalam majalah mereka.  Namun imbuhannya mungkin 1 - 2 keping majalah, atau setakat kreditkan nama blog saja di majalah mereka...wajar kah?..Pada cm itu tidak wajar sama sekali...kenapa?..

Hmmm, nak berhujah pun cm bukan orang yang pandai, tapi dari segi logik akal. Pihak media cetak membuat duit hasil jualan majalah mereka, tapi bahan yang mereka ambil dari blogger (atas persetujuan blogger) ada tu mereka tak bayar...mana adil...sekurang2nya bagilah imbuhan sebagai tanda penat lelah mereka. Sekali lagi cm tegaskan, BUKAN semua media cetak, jadi sila jangan putar belitkan apa cm tulis. Tau tak anda, sebenarnya kita blogger memberi impak yang besar pada mereka?...Jangan kata  cm riak, anda fikir dari sudut positif...

Ampun dan maaf dari Che Mat, jika entri ini membuat anda rasa tak senang hati. Kita tolong menolong antara satu sama lain. Bila ada blogger masakan macam anda, secara tak langsung pihak2 majalah juga lebih senang dalam menjalankan kerja mereka.....Memandangkan 'kuasa' blogger agak luas, secara tak langsung, ia dapat meningkatkan jualan mereka. Senang kata promosi percuma, tapi blogger2 masakan seperti kita dapat apa?...Hanya sekadar nama yang mungkin 'glamer' dengan ucapan2 tahniah, pujian2 yang mewangi, namun tanpa hasil (jangan sebut isu amal jariah...kalau nak amal jariah, melalui blog pun boleh). Jadi anda fikir lah sendiri, dan cm tak paksa untuk anda setuju cuma ini pendapat 'kosong' saja....wassalam...

NOTA KAKI :- Macam mana pun Che Mat salute pada Puan Lily Haslina Nasir, bekas penyelaras resipi untuk Majalah Jelita.....terima kasih Kak Lily...

Monday, April 29, 2013

SPAGHETTI BEBOLA AYAM...

rsz_spaghetti_bebola_ayam
Assalammualaikum. Spaghetti pulak, aik memalam hadap spaghetti ke cm?..Idok leer, ni sebenonya pagi tadi, cm buat untuk sarapan. Letak bebola daging lagi, tapi ini bukan bebola dari daging ayam yang dikisar, tapi cm oter dari daging burger ayam Ramly, hmm, dah itu saja yang ada. Cm tambahlah bahan2 lain sikit dalam daging burger tu kasi lagi sedap, konon2nya lah. Lepas tu campur dengan buah zaitun hitam dalam 10 biji. Hidangan yang ini kurang lebih untuk 2-3 orang. Untuk sos tu cm guna tomato dalam tin, tapi pilih yang jenis 'plum tomato' sebab tomato jenis ini kurang masam dan lebih manis rasanya, tak kesah lah apa jenama sekali pun. Cara nak buat dia amat2 mudah, dan bahan2 pun rasanya tidak lah banyak sangat..ehhh banyak sikit..apa2 pun kita lihat dulu yea....

BAHAN-BAHAN UNTUK BEBOLA DAGING AYAM :-)
2 keping daging burger Ramly, biarkan lembut
1/2 camca teh lada hitam yang baru dikisar
2 ulas bawang putih, tumbuk halus
Sedikit cincangan parsley

BAHAN-BAHAN UNTUK SOS :-)
1 tin tomato plum (jenis dalam tin, sebarang jenama), diramas hancur
2 camca besar sos tomato
1 biji bawang holland, didadu
3 ulas bawang putih, dicincang halus
10 biji buah zaitun hitam
2 helai bay leaf
3/4 camca besar herba oregano kering (dalam botol)
Lada hitam yang baru dikisar secukup rasa (cm guna dalam 1 camca teh)
1 kiub ayam (maggi)
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN LAIN :-)
250 gram spaghetti yang belum direbus
Sedikit cincangan daun parsley (cm guna daun kucai)
Lada hitam yang baru dikisar (extra)
Minyak zaitun untuk menumis

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK BEBOLA DAGING AYAM :- Masukkan daging burger ayam ke dalam mangkuk, tambah semua bahan2 lain untuk bebola ayam dan gaul hingga rata. Kemudian bentukkan menjadi bebola, buat 12 biji bebola yang sama saiz. Panaskan sedikit minyak dalam non-stick pan, goreng  bebola tadi sambil dibalik2kan hingga perang, guna api sederhana. Angkat dan ketepikan.
  2. UNTUK SOS SPAGHETTI :- Panaskan minyak zaitun dalam non-stik pan (guna pan yang mungkum), tumis bawang holland, bay leaf dan bawang putih hingga harum dan layu. Masukkan tomato plum yang diramas tadi. Kacau rata dan biar mendidih. Masukkan buah zaitun, bebola ayam dan kiub ayam (hancurkan). Tambah sos tomato. Kacau rata dan masak sekejap.
  3. Tambah lada hitam dan herba oregano. Kacau rata dan biar pekat sedikit. Perasakan dengan garam (rasa dulu sebelum anda letak garam) dan sedikit gula. Masak sekejap hingga pekat sedikit, rasa dan jika ok boleh matikan api.
  4. UNTUK SPAGHETTI BEBOLA AYAM :- Rebus spaghetti dalam air mendidih yang ditambah sedikit garam hingga lembut atau ikut arahan pada paket spaghetti. Toskan dan gaul dengan sedikit minyak zaitun. Ambil secukupnya spaghetti dan letak ke dalam pinggan sesuai. Tuang sos bersama bebola ayam dan buah zaitun. Tabur hirisan parsley (atau kucai) dan sedikit lada hitam jika suka. Hidangkan segera...


URAP PUCUK DAUN TURI..

rsz_urap_pucuk_turi
Panas....panas...pasal isu tadi, bukan cm tulis suka, tapi berasas, ada yang tak faham, tak mengapa, sebab mereka2 yang hadapi masalah sama macam blogger INI saja akan turut memahami. Ok lah cm mulakan dengan entri menu kampung yang menjadi kegemaran Bak dan Bonda, errr, termasuk cm juga. Pucuk daun turi memang sedap dibuat urap, atau dimasak lemak putih sama keledek atau kacang hijau, tak pun campur udang, kalau guna udang kena buat gulai yang bercili. Ada juga yang masak asam rebus, tapi cm tak cuba lagi yang masak asam rebus tu. Lama tak buat urap pucuk daun turi sebab pokok dia dah mati, yang cm guna ni dari pokok yang baru. Dah tanam lama juga hujung tahun lepas. Urap kali ini sedikit beza, sebab cm tak guna udang, tapi guna ikan bilis dan kiub ikan bilis. Rasa pun tak pedas, cuma guna 1 biji cili merah saja. Ok resipi seperti berikut..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cekak pucuk daun turi
1 cawan kelapa parut putih
Garam dan gula secukup rasa (cm skip gula sebab kelapa tu dah rasa manis)
1 genggam ikan bilis, dibersihkan dan rendam dalam air panas, 10 minit
1/2 kiub ikan bilis

BAHAN-BAHAN TUMBUK HANCUR :-)
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 biji cili merah
2 inci isi cekur
1/2 inci kunyit hidup

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Pucuk turi diasingkan dari tangkainya, cuci dan toskan sampai kering. Masukkan ikan bilis (toskan) dan kiub ikan bilis ke dalam lesung bersama bahan2 tumbuk, dan tumbuk lagi hingga ikan bilis hancur tapi tak perlu sampai lumat.
  2. Gaul kelapa bersama bahan tumbuk hingga rata. Tambah garam secukup rasa dan secubit gula. Kemudian masukkan pucuk daun turi. Gaul hingga sebati. Goreng tanpa minyak hingga pucuk daun turi layu sedikit. Boleh angkat dan hidangkan bersama nasi dan lauk2 lain...


Sunday, April 28, 2013

MI GORENG AYAM...SEBAB GUNA AYAM JEE..

rsz_mi_goreng_ayam1
Salam semua, mi goreng ayam?.. Ha ah, mi goreng ayam sebab cm guna daging ayam sebagai rencah. Ini yang cm goreng pagi tadi, gorengkan untuk Bak, tapi semua sekali makan sama. Tau tak, mula2 cm beli mi kuning, plan nak buat nasi ambeng, konon2 dengan sambal goreng tu hari, tapi tu lah...kemalasan punya pasal, terus tak jadi. Takpe, nanti senang nak buat juga, bukan tak boleh beli, tapi saja suka2. Kalau tak buat, tatau, dan kalau tatau kenalah buat, yea tak. Takpe itu kita cerita lain kali. Mi yang cm guna ni kurang lebih 500 gram. Dan cm guna 1 keping dada ayam bersaiz agak besar. Sambal dia cm guna sambal tumis yang cm memang buat awal2 bagi memudahkan kerja nak goreng mi dan sebagainya. Resipi mudah, main campak2 semua dalam kuali, kacau2, rasa dan siap sudahh....Betul, tak caya meh sini cm kasi tau macam mana cm masak...

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 gram mi kuning, cuci dan toskan
1 keping dada ayam tanpa tulang, dipotong kiub, cuci dan toskan
5 pelepah sawi putih, cuci, toskan dan potong berasingan
4 camca besar penuh sambal tumis
2 camca besar sos cili
2 biji telur, dipukul sedikit
2 genggam taugeh, cuci dan toskan
5 biji tomato ceri, potong kiub
4 biji bawang merah, hiris
3 ulas bawang putih, cincang halus
1 1/2 camca besar kicap pekat
Sos ikan secukup rasa
1/2 cawan air
Hirisan timun sebagai ulam
Hirisan daun bawang sebagai hiasan
Hirisan cili merah sebagai hiasan
Telur mata kerbau, sebagai hiasan
Belahan limau kasyuri

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis hirisan bawang merah dan bawang putih hingga harum, masukkan sambal tumis dan cili sos, kacau rata dan masukkan ayam, kacau lagi dan masak sekejap. Tambah air.
  2. Masukkan batang sawi dan gaul rata. Tolak ke tepi kuali, masukkan telur dan biar telur sedikit mengeras. Kacau hingga hancur. Tambah kicap pekat dan gaul rata. Masukkan mi, sederhanakan api dan gaul mi tadi hingga mesra.
  3. Tambah sos ikan secukup rasa, masukkan daun sawi, tomato dan taugeh. Gaul sekejap hingga sayur2 tadi sedikit layu. Rasa dan jika ok matikan api. Tabur hirisan daun bawang, cili merah dan hidangkan bersama hirisan timun, belahan limau kasturi dan telur mata kerbau, jika suka. Sedap dimakan panas..


ASAM PEDAS KEPALA IKAN GAYA PERANAKAN..

rsz_asam_pedas_nyonya
Salam hujung minggu. Masak asam pedas tetap menjadi pilihan cm dan orang2 lain juga. Kali ni guna kepala ikan kaci yang masih segar. Seawal pagi tauke ikan dah buat panggilan hangit dan tanya tak ikan kaci, sebab cm yang angkat telefon, maka cm tak menolak, terus kata nak. Bonda pun takde masalah. Cm plan nak masak kari, tapi bonda kata asam pedas lagi ok, cuaca pun hujan pagi tadi. Jadi cm masak asam pedas gaya orang peranakann Baba Nyonya. Rasanya tak perlu kasi cerita lagi lah kan pasal masakkan orang2 peranakan ni. Kalau anda nak tau, anda boleh google atau cari di blog DTS bawah label "nyonya delicacies". Cm betul2 masak kepalanya sahaja yang besaiz agak besar dan berisi tebal. Sedap dimakan bersama nasi dan ulam2man. Cm campur sawi jeruk dalamnya. Tapi anda boleh ganti dengan terung, tomato atau bendi....hari ni takde pantun, cm kepala dah beku...huhu...resipi seperti berikut..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 kepala ikan kaci, saiz besar (atau kepala ikan pilihan anda)
2 kuntum bunga kantan, belah 2 setiap 1
1 batang serai, titik
3 kelopak sawi jeruk, potong kecil dan rendam
3/4 camca besar pes asam jawa
1 kiub ikan bilis (optional)
2 senduk nasi cili kisar
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
7 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/3 inci lengkuas
3 biji buah keras, hiris
1/2 inci belacan
1/2 inci kunyit hidup
1 camca teh lada hitam biji

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Kepala ikan dibersihkan, belah 2 dan jika besar kerat 2 setiap satu belahan (nak senan anda mintak tauke ikan tu siangkan siap-siap). Cuci bersih dan toskan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis serai dan bahan kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing dan terbit minyak. Kacau selalu dan guna api sederhana. Masukkan pes asam jawa dan kacau rata.
  3. Tuang air secukupnya (anggaran 4 cawan), kacau dan biar mendidih. Masukkan kepala ikan dan bunga kantan. Tambah kiub ikan bilis (jika guna) dan sawi jeruk (toskan). Kacau perlahan, perasakan dengan garam secukupnya dan secubit gula. Masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi dan lauk2 lain.

Saturday, April 27, 2013

GULAI REBUNG CILI PADI...

rsz_gulai_rebung_cili_padi
Salam...entri gulai rebung cili padi, atas permintaan bonda. Kebiasaan cm akan letak udang, tapi sebab Bak suka makan rebung, kena cm ganti dengan tulang ikan kurau masin. Kebetulan rezeki Allah itu tidak mengira waktu dan ketika jika, semalam ada yang hantar rebung ke rumah, rebung yang masih belum dibersihkan. Bonda yang selalu mengerjakan rebung tadi sehingga siap di hiris halus. Cm guna kurang lebih 800 gram rebusng dan bakinya telah bonda jeruk. Petua yang cm dapat, kalau celur rebung, gunakan air kelapau untuk mendapat rasa rebung yang lebih manis. Air kelapa disini merangkap mereka2 yang di kampung, punya pohon kelapa sendiri dan jika nak masak, kena kupas, dan parut sendiri. Tapi kalau anda yang guna santan sedia diperah atau sebagainya, celur dengan air biasa pun tak mengapa. Resipi tak banyak berubah dari apa yang cm pernah masak dulu....seperti berikut..

BAHAN-BAHANNYA :-)
800 gram rebung segar yang siap dihiris nipis, rendam
6 - 7 ketul tulang ikan masin kurau, rendam 30 minit
3 batang serai, dititik
1 keping asam gelugor
1200 ml santan cair
400 ml pati santan
Garam dan gula secukup rasa
Air jika perlu

BAHAN KISAR HALUS :-)
8 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
1 genggam cili padi kampung (guna yang hijau)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Celur rebung tadi 3 minit, toskan dan masukkan ke dalam periuk bersama bahan kisar halus, serai titik dan santan cair. Kacau rata dan masak hingga mendidih. Toskan tulang ikan masin kurau dan masukkan ke dalam periuk tadi. Kacau rata.
  2. Masak hingga rebung lembut. Tuang pati santan, kacau perlahan dan masukkan asam gelugor. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Masak dengan api sederhana hingga mendidih, kacau selalu. Masak sekejap. Rasa dan juka ok boleh matikan api. Hidangkan.


IKAN PARI MASAK KICAP BEREMPAH..

rsz_ikan_pari_masak_kicap_berempah
Assalammualaikum, salam Sabtu. Makan apa tengah hari tadi?.. Cm masak agak awal hari ni. Cm bangun jam 2 pagi tadi dan terus tak nak lena sampai sekarang. Sebenarnya cm sakit gusi semalam dan lepas makan ubat, mata mula nampak bintang2. Lepas isyak terus pengsan, sedar2 dekat jam 2 pagi, terus mata tak boleh nak lelap dah. Macam nak buat roti je masa tu, tapi rasa gusi masih sengal2, jadi cm kenselkan. Pagi ni masak yang betul2 senang dan cepat. Bila kurang ok ni rasa malas sangat2 nak masak, namun kena gak masak. Ikan pari cm masak kicap saja, malas nak buat asam pedas dah kerap sangat. Makan pulak dengan nasi yang dimasak lembut, ada sambal belacan dan ulam2...ish ish ish, nak cerita pun malas...

BAHAN-BAHANNYA :-)
600 gram ikan pari
Sedikit serbuk kunyit*
Sedikit garam*
1/2 camca besar rempah kari ikan
1 camca besar cili kisar
3 camca besar kicap lemak Jalen
1 camca besar kicap manis Jalen
1 camca besar kicap pekat
1/4 camca teh cuka makan
1 biji bawang besar, hiris bulat
4 ulas bawang putih, diketuk
1 inci halia, hiris
1 batang leek, kerat pendek dan rendam
1 biji tomato, belah 4
1 biji terung biru, hiris serong sederhana tebal dan rendam
1/2 cawan air
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
1 biji cili merah, hiris memanjang
1 biji cili hijau, hiris memanjang
1 tangkai daun kari, dilurut

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan pari dikerat kecil, perap dengan jus limau kasturi 10 minit, cuci kembali, toskan dan gaul dengan bahan bertanda (*), kemudian goreng hingga masak. Tak perlu sampai garing, cukup sampai masak sahaja. Kemudian, toskan terung hingga kering dan goreng sampai layu, angkat dan toskan. Ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis kayu manis, bunga lawang, halia,, daun kari dan bawang putih hingga harum. Masukkan cili kisar dan masak hingga garing. Tambah serbuk kari, kacau rata dan tuang air. Masukkan kicap manis, kicap cair dan kicap pekat. Kacau.
  3. Masukkan ikan, leek (toskan) dan hirisan bawang besar. Tambah cuka makan dan gaul rata. Masuk hirisan cili merah dan hijau. Masak sekejap hingga leek dan bawang lembut. Akhir sekali masukkan terung dan tomato. Gaul dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan panas bersama nasi putih dan lauk2 lain..


Friday, April 26, 2013

SINGGANG TUMIS IKAN KERISI..

rsz_singgang_tumis_ikan_kerisi
Malam semua, errr...boleh entri ni?...yang biasa2 juga, masakan harian punya. Kira orait lah kan. Ada juga yang tanya, cm u masak berapa banyak dan siapa yang makan. Ok macam ni, cm masak biasa2 saja, dan dalam kuantiti yang sederhana dan ada tu sikit. Sebab kat rumah cm bukan semua akan makan benda yang sama, jadi kenalah buat pelbagai. Bak tak boleh makan udang dan sebagainya sebab takut gout menyerang. Dan kalau cm masak menu yang ada petai, abang cm tak makan, dan kalau ada tempoyak, Bak dan abang cm tak makan. Jadi kena lah masak yang lain. Cuma Bak dan abang cm ni bukan lah jenis yang cerewet. Singgang tumis ikan kerisi menjadi kegemaran cm sebenarnya. Dan cm suka kuahnya sedikit masam. Sedap dimakan bersama nasi yang dimasak lembut. Sesuai juga kalau anda demam dan tekak kurang selera...Resipi serius senang sangat....dan tiada alasan takut nak mencuba!!

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 ekor ikan kerisi bersaiz besar
1 batang leek, kerat pendek dan rendam
1 camca teh pes asam jawa
4 biji bawang merah, hiris
3 ulas bawang putih, diketuk
1/2 inci halia, diketuk
1/4 camca teh serbuk kunyit
1 kiub ikan bilis (optional)
1 pokok kecil daun sup, hiris
1 biji cili hijau, belah 2
1 biji cili merah, belah 2
Air secukupnya
Garam secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan kerisi dibuang sisik, siang, kerat 2 setiap 1 dan cuci bersih. Lumur dengan sedikit serbuk kunyit dan garam. Kemudian goreng sampai masak, tapi jangan sampai garing. Angkat dan toskan.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam periuk. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga harum, masukkan serbuk kunyit, kacau rata dan tuang air (anggaran 3 cawan). Kacau dan biar mendidih.
  3. Masukkan leek (toskan), kiub ikan bilis (kalau guna) dan pes asam jawa. Kacau rata. Masukkan ikan, cili merah dan cili hijau. Perasakan dengan garam secukupnya. Akhir sekali tambah hirisan daun sup. Masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan panas bersama nasi.


SAMBAL GORENG JAWA.....YANG TAK JAWA SANGAT..

rsz_sambal_goreng (1)
Petang semua....grrrr pening, ada masa sampai tatau apa nak masak. Jadi cm habiskan apa yang ada dalam peti sejuk jelah. Kalau ada bahan2 seperti tauhu, tempe, kobis dan kacang panjang anda dah boleh buat sambal goreng. Itu antara sayuran asas untuk membuat sambal goreng yang sinonim dengan masyarakat Jawa. Dan ada juga penambahan bahan2 lain. Mula2 cm plan nak buat nasi ambeng, tapi atas sebab2 masa yang agak terbatas, terus kensel dan buat sambal goreng saja. Ada macam2 cara orang masak sambal goreng, tapi yang cm punya versi ringkas. Ada pelbagai versi sambal goreng, ada yang gelap sebab letak kicap, ada yang merah sebab ada cili kisar dan ada yang letak sedikit santan. Ini semua bergantung pada anda nak yang macam mana. Cm kerap juga dah masukkan entri yang sama di DTS. Sambal goreng antara hidangan wajib di Johor terutama di hari raya, untuk dimakan bersama ketupat dan serunding. Satu lagi tak perlu satu2 sayuran itu terlampau banyak, sebab bila dah dicampur dengan sayur2 lain, memang dah jadi agak muai. Resipi seperti berikut...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1/4 bahagian kobis bulat, hiris, cuci dan toskan
5 tangkai kacang panjang, hiris serong
2 keping tempe, dadu dan goreng
1 keping tauhu, didadu dan goreng
1 keping tauhu kering @ fucuk, kerat kecil dan rendam hingga lembut
1 cekak sohoon, kerat pendek dan rendam hingga lembut
1/3 cawan isi udang
1 batang serai, dititik
1/2 inci lengkuas, dititik
5 biji bawang merah, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
1 camca besar cili kisar
1 camca besar sos tiram
1 kuib ikan bilis (optional)
1 camca teh pes asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit air

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, kurang lebih 3 camca besar. Tumis serai, lengkuas, bawang merah dan bawang putih hingga harum. Masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing, guna api kecil dan kacau selalu. Tambah sos tiram, pes asam jawa dan kiub ikan bilis (hancurkan). Kacau rata dan tuang sedikit air.
  2. Masuk udang dan masak hingga berubah warna, tambah tauhu dan tempe goreng, kacau rata. Masukkan tauhu kering (toskan), kacang panjang dan kobis. Gaul hingga rata. Tambah soo hoon (toskan). Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Masak hingga kering sedikit dan soo hoon lembut. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi putih atau ketupat.


GULAI CILI PADI PISANG KARI..

rsz_gulai_pisang_kari
Salam Jumaat, sehat?.. Entri pertama hari Jumaat yang mulia ini, cm letak gulai pisang....ehh bukan tu hari dah ada entri gulai pisang ke?...Errr, yang tu hari punya gulai pisang raja talun, tapi yang ini gulai pisang kari. Pening eks, sebab dengar macam2 jenis sangat pisang. Bukan anda je pening, cm pun pening gak, sebab banyak sangat nama2 pisang yang begitu unik, pisang emas, pisang raja, pisang embun, pisang nipah, pisang awak, pisang tanduk, pisang montel (montel?...teras ok..terasa..grrr) pisang raja udang (kata orang, mereka yang berketurunan orang Bentan, pantang, tak boleh makan, takut terjadi satu2 benda yang tak diingini), itu cerita pisang. Berbalik pada apa yang cm masak ni, kata bonda pisang kari menjadi kegemaran kaum India untuk dimasak kari, tu sebab dipanggil pisang kari, wallah hualam. Seperti biasa cm kalau masak gulai apa2 yang letak ikan masin, sudah tentu tulang ikan kurau menjadi pilihan. Selain aroma masakan lebih menyelerakan, rasa masakan juga jadi lagi sedap. Cuma anda perlu rendam untuk mengurangkan rasa masinnya..

rsz_pisang_kari
Kata bonda kalau nak tau pisang kari tu macam mana, cuba lihat hujung pisang ada tanda hitam macam dalam gambar di atas. Dan itu sebagai 'birth mark' si pisang kari...Begitulah ceritanyaa...Sekarang moh lihat resipi pulak...

BAHAN-BAHANNYA :-)
7 - 8 biji pisang kari,
5-6 keping keratan tulang ikan kurau masin yang masih berdaging
3 batang serai, dititik
1200 ml santan cair
400 ml pati santan
Air jika perlu
1 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
1 genggam cili padi kampung hijau
3/4 inci kunyit hidup
1 biji bawang besar
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Pisang dibuat sedikit kulit hijau, hiris sederhana tebal dan rendam. Tulang ikan masin kurau dicuci kemudian rendam 30 minit. Ketepikan.
  2. Toskan pisang, masukkan ke dalam periuk bersama serai titik dan bahan kisar halus. Gaul rata dan tuang santan cair. Masak hingga mendidih. Toskan tulang ikan masih kurau, masukkan ke dalam periuk. Kacau rata. Masak hingga pisang 1/2 empuk. Jika kurang kuah, boleh tambah sedikit air.
  3. Masukkan asam gelugor dan tuang pati santan. Kacau perlahan dan perasakan dengan garam secukupnya (yang ni rasa dulu, baru masukkan garam) dan sedikit gula. Kacau dan biar mendidih, masak dengan api sederhana hingga pisang empuk dan kacau selalu. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi dan lauk2 lain..


Thursday, April 25, 2013

TOM YAM THAI...

rsz_tomyam_thai

Assalammualaikum. Malam semua. Ini yang cm masak siang tadi, yang mudah2 saja...Cm masak tomyam, sebab tekak nak yang masam2 pedas dan beraroma, tomyam jenis campur2, ada ayam udang dan ketam. Kalau lah tak alergi makan sotong, sah2 sotong pun cm masukkan juga. Hari ni cm nak kelainan skit jadi cm ikut resipi dari blog Kak Amymaz di sini dan resipi asal dari Kak Rose. Lainnya ialah pes tomyan dibuat sendiri. Tapi tetap gunakan kiub tomyam sebagai pemangkin rasa (cm guna kiun tomyam maggi). Kalau anda nak guna ayam saja pun boleh. Selalunya tomyan perlu ada rasa masam, manis dan masin yang seimbang. Rasa pedas harus ada selain aroma daun limau purut, serai dan bahan2 rempah. Sayur2 ikut anda lah nak letak apa yang sesuai. Ok, resipi seperti berikut..

BAHAN-BAHAN PES TOMYAM :-)
6 biji bawang merah*
2 biji cili merah*
7 tangkai cili kering (kerat dan rendam)*
2 batang serai, hiris*
1 camca besar udang kering rendam sekejap dan toskan*
4 helai daun limau purut, buang bahagian tengahnya*
1 inci lengkuas*
1 inci belacan bakar*(*dikisar halus)
1 camca besar pes asam jawa
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN TOM YAM :-)
1 keping besar bahagian peha ayam, potong kecil, cuci dan toskan
6 -7 ekor udang bersaiz besar
2 - 3 ekor ketam, dibersihkan dan kerat 2 setiap 1
2 batang serai, dititik
1 inci lengkuas, dititik
3 helai daun limau purut
1 bahagian akar ketumbar, cuci bersih dan diketuk
7 biji cili padi thai,, diketuk
3 ulas bawang putih, diketuk
10 kuntum cendawan butang, kerat 2 setiap 1
3 batang putik jagung, hiris
1 batang lobak merah, hiris
7-8 biji tomato ceri
1 biji bawang besar, belah 6
1 genggam hirisan daun ketumbar
2 biji limau nipis, perah jusnya
3 -4 camca besar susu sejat
1 camca besar sos ikan
Garam secukup rasa
Air secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. UNTUK PES TOMYAM :- Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan2 kisar halus hingga garing dan terbit minyak. Guna api kecil dan kacau selalu. Masukkan pes asam jawa garan dan gula secukup rasa. Kacau dan masak sekejep. Matikan api dan biar sejuk. Ketepikan.
  2. Masukkan air ke dalam periuk (anggaran 4 cawan). Masukkan serai, lengkuas, akar ketumnar, kiub tomyam dan masak hingga mendidih. Tambah ayam dan 4 camca besar penuh pes tomyam. Kacau rata dan biar mendidih.
  3. Masukkan cili padi, bawang besar, cendawan, lobak merah dan putik jagung. Kacau dan tambah udang serta ketam. Masukkan sos ikan. Biar hingga udang dan ketam masak serta ayam empuk. Tambah garam secukupnya dan jus limau nipis. 
  4. Akhir sekali tambah tomato ceri dan susu sejat. Masak sekejap dengan api kecil dan rasa, jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun ketumbar sebelum dihidangkan...

MENGIDAM TART NENAS NYONYA...

rsz_tart_nenas_nyonya_2

Selamat hari raya, maaf zahir batin, hehe...Datang lah mengong si mat tu...haha, ntah kenapa beberapa hari lepas mengidam sangat nak makan tart nenas. Kat dalam freezer rumah cm memang ada inti tart nenas, baki raya lepas dan masih elok. Kalau nak buat sendiri pun boleh, tapi...errr...segan lah nak kasi alasan malas...alaaa tertulis pulak dah. Resipi tart nenas nyonya ni cm ambik dari blog Kak Jee @ Puan Fauziah Abdul Samad di sini. Kak Jee antara penggemar tegar kueh tart, bak kata Puan Azlita, kalau kita nak resipi yang bess kena lah cuba dari mereka yang memang gemarkannya. Ada logiknya kalau difikir2kan balik. Jadi cm cuba kasi test dan serius sedap, pastrinya kukuh namun bila masuk dalam mulut, terus cair. Satu yang bagus kalau kita pegang dia tak berterabur dengan serdak. Bila buat kueh ni rasa macam nak hari raya pulak...errr ngalah kan budak2...Err boleh minta jasa baik anda bagi sokongan pada geng blogger masakan INI tak?...terima kasih....Ok sambung cerita tart nenas nyonya di bawah....

rsz_tart_nenas_nyonya_1

Sebab inti nenas cm tak banyak maka cm buat 1/2 dari resipi asal (yang cm tulis bawah ni resipi asal). Apa bentuk tart, terpulang pada anda, samada nak bulat atau bujur. Kalau anda perhatikan secara tradisinya, tart nenas gaya orang nyonya, saiznya agak besar dan inti nenas dia, kuss smangat, jenis tak lokek bahan, penuh atas pastry dia dengan inti jem nenas. Tapi versi yang cm buat ni jenis biasa2 saja lah. Nak kasi buat hiasan jaring pastry atas jem tu pun tak sempat (atau yang betulnya...malas). Kalau ada masa dan kelapangan waktu boleh cuba dan rasa, Jika sedap pada tekak anda, boleh buat lagi bila nak raya nanti. Ok jomm kita lihat resipi tapi sebelum tu kasi pantun dulu...
DARI ACEH KE INDERAGIRI,
SINGGAH MELAKA BELI RAGI,
KUEH TEH NYONYA JADI PENYERI,
TAK CUKUP SATU MAKANLAH LAGI,

BAHAN-BAHANNYA :-)
300 gram tepung gandum
4 camca besar tepung jagung
3 camca besar gula aising, diayak
200 gram mentega
1/2 camca teh esen vanilla (cm tambah)
2 kuning telur*
Beberapa titik pewarna kuning makanan (cm tambah)*(*disatukan dan kacau sedikit sampai rata)
Sedikit garam halus (kalau guna mentega salted, tak perlu letak garam)
Inti jem nenas secukupnya (kalau nak buat, boleh rujuk di sini)

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Dalam satu bekas, masukkan tepung gandum, tepung jagung, gula aising dan garam halus (jika guna). Gaul rata. Masukkan mentega dan gaul ramas dengan hujung jari hingga mendapat teksture seakan2 serbuk roti. Masukkan telur kuning sedikit demi sedikit sambil digaul rata hingga mendapat doh yang tidak melekat di mangkuk adunan (ada masa kuning telur tidak habis digunakan). Rehatkan sekejap.
  2. Canai doh antara dua lapisan plastik bersih (tips dari Kak Jee : sapu sedikit minyak pada plastik tadi untuk mengelakkan doh melekat). Canai setebal 1/2 cm. Terap dengan acuan kuih tart kegemaran anda, dan susuh dalam dulang pembakar. Buat hingga siap.
  3. Letakkan inti jem nenas atasnya (gentel2kan inti jem nenas tadi mengikut kesesuian acuan yang anda guna). Buat hingga habis dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 25 minit. Pusing2kan dulang berisi tart, selepas 10 minit dibakar untuk mendapat kuih yang rata masaknya. Sejukkan atas jaringan dan boleh simpan dalam belas kedap udara..

Wednesday, April 24, 2013

MOIST MARBLE ORANGE CAKE..

rsz_moist_orange_marble_cake

Hmmm, bau haruman aroma oren yang sungguh memikat tak kala kek sedang dibakar dalam oven. Kek yang lembut, tidak muak, manis yang sederhana dan paling penting ia mudah dibuat. Bila anda membakar kek, selain ketelitian bahan2, perlu ada keyakinan diri. Cm pun bukan pandai sangat dalam hal2 kek macam ni, buat untuk makan sendiri dan dijamu pada tetamu tu boleh lah.Tapi cm serius tabik dengan Puan Azlita yang punya tahap kesabaran amat tinggi dalam menghasilkan kek yang begitu terserlah macam yang ini. Cm sendiri takkan mampu buat secantik itu, mengaku ni, sebab tahap kesabaran cm tak macam Puan Azlita, guaa jenis sabar2 brutal beb....errr...

rsz_moist_orange_marble_cake1
Pasal entri kek kali ini, cm buat semalam. Kalau nak kek jadi tinggi sikit anda boleh bakar dalam tin 8inci x 3.5inci x 3.5 inci. Boleh juga dibakar dalam tin bulat 7 inci. Kalau nak bakar dalam acuan cupcake pun boleh. Satu yang cm tau lah, kalau guna mentega berkualiti, kek anda akan jadi lebih sedap, lebih lembut dan lembap. Tapi tak salah nak guna mentega biasa. Satu lagi, masa membakar juga berbeza jika anda menggunakan tin berlainan saiz, jika tin kek anda jenis tinggi, perlu ambil masa lebih sedikit, jika rendah dan lebar, masanya lebih singkat. Apa2 pun bila anda kerap baking, anda akan tau macam mana nak menggayakan oven anda nanti...Ok, jomm kita buat kek...

BAHAN - BAHANNYA :-)
130 gram mentega berkualiti tinggi (scs, anchor, dll)
1 cawan tepung naik sendiri (self-raising flour), diayak
2 biji telur gred A, asingkang kuning dan putihnya
3/4 cawan gula kastor, asingkan 1 camca besar
1 biji oren, parut kulitnya (bahagian kuning) dan perah jusnya
1 camca teh coklat emulco

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 175C, lenser tin berukuran 9inci x 4inci x 3.5inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser juga kertas tadi. Ketepikan.
  2. Putar putih telur dengan 1 camca besar gula kastor yang diasingkan hingga kental. Ketepikan. Dalam mangkuk yang sama, putar mentega dan baki gula kastor hingga gula putih. Masukkan kuning telur dan putar hingga sebati. Masukkan parutan kulit oren, putar rata.
  3. Perlahankan kelajuan, masukkan jus oren berselang seli dengan tepung hingga habis. Putar rata. Masukkan putih telur yang diputar kental tadi dan gaul dengan kaedah kaup balik menggunakan spatula hingga sebati.
  4. Asingkan 4 camca besar bancuhan dan campurkan dengan coklat emulco, kacau rata. Tuang adunan kosong ke dalam tin, ratakan, kemudian sudu2kan adunan coklat atasnya. Gunakan chopstik, lorek 4 - 5 kali agar menajadi corak marble.
  5. Bakar 45 minit atau hingga masak. Bila kek masak, keluarkan kek dari tin, biar sejuk atas jaringan sepenuhnya. Boleh potong dan hidangkan..

KUE TEOW KERANG JELAH HARI NI...

rsz_kuetewo_kerang
Assalammualaikum, tengah hari tadi cm makan kue teow kerang, sebenarnya untuk sarapan, tapi dah sarapan dekat jam 11 pagi, terus lah untuk makan tengah hari sekali, cm ada juga masak tapi yang biasa2 saja untuk yang lain. Mengidam nak makan kue teow kerang sejak 3-4 hari lepas, tapi stok kerang takde. Jadi semalam cm beli 1 kg kerang, rebus dan ambil isinya, cuma kerang tu semetot beno, huhu. takpelah janji ada. Cm masak yang ringkas dan guna kurang lebih 400 gram kue teow. Kalau ada kue teow kerang macam ni, wajib juga ada cili hijau jeruk. Cm buat cili jeruk cepat guna, buat sebelum anda goreng kue teow, lepas siap tu, cili jeruk dah boleh dimakan. Itu jelah serba ringkas yang sempat cm tulis, kita lihat resipi yea...

BAHAN-BAHANNYA :-)
400 gram kue teow
1/3 cawan isi kerang
1 keping fishcake, hiris
4 camca besar sambal tumis
3 camca besar kicap manis
1/2 camca besar kicap pekat
Sos ikan secukup rasa
1 genggam tugeh
1/2 cekak kucai, potong pendek
3 biji bawang merah, hiris
2 ulas bawang putih, cincang halus
Sedikit air
Cili hijau jeruk secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang merah dan putih hingga harum, masukkan sambal tumis dan masak sekejap. Masukkan kerang dan fishcake. Tambah kicap manis dan kicap pekat. Tuang sedikit air, kacau rata.
  2. Masukkan kue teow, kacau rata, tambah sos ikan secukup rasa (anda rasa dulu, kalau sudah terasan masin, ta perlu letak sos ikan). Tambah kucai dan taugeh, gaul rata2 dan masak sekejap. Rasa dan jika ok, boleh matikan api. Hidangkan bersama cili hijau jeruk.
  3. RESIPI CILI HIJAU JERUK SEGERA :- 3 biji cili hijau, hiris, cuci dan rebus 30 saat dalam air mendidih. Toskan dan masukkan ke dalam mangkuk. Tuang cuka makan sehingga cili tenggelam. Letak 1 camca teh gula dan 1/4 camca teh garam. Kacau rata2 dan biar kan 25 - 30 minit. Boleh dimakan bersama kue teow..

Tuesday, April 23, 2013

ROTI JALA CICAH KARI KAMBING SEMALAM..

rsz_roti_jala_kari_kambing

Assalammualaikum, tak sempat dah sekarang ni nak letak entri lebih, rasa macam terkejar2 sangat. Lagi pun cm masak yang sama. Rasanya tak perlu nak ulang tayang macam resipi asam pedas dan sebagainya. Tapi entri hari ini ulang tayang juga...hehe. Semalam kan cm masak kari bebola daging kambing, jadi masih ada berbaki. Petang tadi, cm buat roti jala atau roti kirai untuk dimakan bersama kuah kari kambing. Cm sebenarnya tak makan kambing, tapi sejak2 ni macam termakan pulak. Tapi dalam kuantiti kecil. Bukan apa, kadang2 tak tahan bau dia yang ke kambing an tu. Namun begitu, rasa dia sedap pulak. Pening tak baca apa cm tulis?.....Aku sendiri pun pening gak nih...grrrr....

rsz_roti_jala_kari_kambing1

Resipi yang cm guna sama saja seperti yang dulu, cuma cm tak letak susu. Tadi masa buat macam letak kaler kuning, tapi dah siap jadi macam warna oren pulak. Cm terfikir juga betapa bijaknya orang dulu kala yang mencipta makanan seperti roti jala. Nak kata roti, tapi dari segi bahan2 jauh sekali. Kalau macam nak buat lempeng pekak tu ada lah. Kalau jala tu memang kena sengan jaringan yang berkait antara satu sama lain. Selain dihidangkan untuk keluarga, roti jala juga sesuai untuk majlis biasa atau rasmi. Kalau tak silap cm, roti jala terkenal di Johor, dan negeri2 lain mungkin juga...pendapat anda macam mana?....Ok..meh cm tulis resipi dia, dan kalau anda nak buat dalam kuantiti yang banyak, anda boleh gandakan bahan2nya....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cawan tepung gandum
3/4 cawan air
1/2 cawan susu segar (cm guna air, tak guna susu )
2-3 titik pewarna makanan kuning
1 biji telur, dikacau sedikit
3 camca besar mentega, cair dan sejukkan
Secubit garam
Sos kegemaran sebagai pencicah (kuah kari, sambal tumis, gula atau apa saja yang sesuai)


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan semua bahan2 di atas kecuali sos pencicah. Kacau rata dengan whisk dan tapis bancuhan tadi. Ketepikan 10 minit.
  2. Panaskan non-stick pan, mat guna saiz 10 inci. Lenser dengan sedikit minyak masak (lap dengan paper towel bersih yang dicelop sedikit minyak). Bila panas, paipkan adunan yang telah diisi dalam acuan botol sos bermuncung tiga secara zig-zag. Kemudian buat kaedah sama tapi kali ini bertentangan jaluran tadi.
  3. Masak dengan api kecil, bila permukaan roti jala nampak pucat, berhati2 lipat kiri dan kanan ke dalam, kemudian dari pangkal, gulung perlahan2 hingga ke hujung. Kemaskan dan alih dalam pinggan. Buat kaedah sama untuk baki adunan, hingga siap. Hidangkan bersama sos kegemaran atau sambal tumis..
CATATAN MAT GEBU :- Terpulang pada anda samada nak lipat atau gulung macam cm buat. Ada yang suka lipat, tapi pada cm kalau roti jala yang dilipat, anda kena kirai dalam bentuk bulatan, lebih sesuai....Untuk gambar langkah demi langkah, anda boleh klik sini... Selamat mencuba!..


KUCAI GORENG BERKELAPA...

rsz_kucai_goreng_kelapa
Salam semua, entri pertama yang amat ringkas tapi sedapp sangat di tekak cm. Semalam masa di satu group masak2 di FB, cm terperasan satu masakan yang agak unik, ada iras2 urap, tapi guna daun kucai. Terus cm klik dan membawa cm ke blog Azian Collections di sini. Kucai goreng berkelapa, satu masakan baru bagi cm, dan menurut beliau, masakan ini dari seorang kenalan beliau yang dipelajari dari ibu mertua yang berasal orang Penang. Cm sendiri mula jatuh cinta dengan masakan ini. Kucai juga berkhasiat dari segi perubatan seperti menurunkan tekanan darah tinggi. Sedap dimakan panas, sejurus dimasak. Makan dengan nasi putih panas yang dimasak lembut, tambah lagi kalau ada ikan yang digoreng lembap2...Terima kasih cm pada Puan Azian..cm kongsi resipi di sini yea...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ikat kucai (cm guna 1 cekak)
1 genggam kelapa parut putih, tumbuk sedikit
200 gram udang kecil (cm guna udang kertas)
3 biji bawang merah*
1 ulas bawang putih*(*tumbuk lumat)
1 biji bawang besar saiz kecil, hiris kasar
2 - 3 tangkai cili kering, hiris dan rendam
1 camca teh biji sawi (cm tak letak)
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Cuci kucai, kemudian toskan hingga kering. Kerat pendek (anggaran 1 - 2 inci). Kelapa parut putih ditumbuk sedikit biar halus. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis biji sawi, cili kering (toskan) dan bahan tumbuk hingga harum, guna api kecil dan kacau selalu. Masukkan udang dan bawang besar. Gaul dan masak sekejap hingga udang berubah warna.
  3. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. tambah kucai dan kelapa parut, gaul rata dan masak sekejap (jangan lama2 nanti layu sangat). Matikan api dan alih ke dalam bekas sesuai. Hidangkan panas bersama nasi hangat.


Monday, April 22, 2013

ACAR CAMPUR - CAMPUR...

rsz_acar_campur
Malam semua, entri ringkas saja. Bukan lah apa sangat sekadar acar campur-campur. Atas permintaan Bak, cm buatkan acar campur yang ada timun, lobak merah dan sengkuang. Satu lagi cm letak kiub ayam sebagai bahan penambah perisa. Kebiasaannya, cm akan letak udang kering, tapi Bak tak boleh makan, risau penyakit gout dia datang lagi, maka kenalah cm ubah guna bahan yang tidak memudaratkan. Kalau ikutkan cuka juga tak boleh sebab masam dan berasid, tapi apa makna acar kalau tak rasa masam2. Alhamdulillah, setakat ni Bak kalau makan masakan yang ada cuka, dia tak mengadu sakit sendi. Acar macam ni selain mudah dibuat, ia juga amat2 sesuai digandingkan dengan nasi minyak, nasi beriani atau nasi tomato...errr, ngidam nasi tomato pulak....payah betul si mat tu, ngidam macam2, ngalahkan orang ngandung...hehe...Dan sebelum tu anda dah LIKE - TIFFINBIRU dan BEN ASHAARI di SINI?..Kalau belum sudi2kan lahh, terima kasih atas bantuan anda...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 biji sengkuang saiz kecil, kupas cuci dan potong jejari
1 biji timun, kerat pendek, buang empulur dan hiris jejari*
3/4 camca teh serbuk kunyit*
1/2 camca teh garam*(*gaul rata dan biar 10 minit)
1 batang lobak merah, kupas, kerat pendek dan hiris jejari
1 biji cili merah, kerat pendek, buang biji dan hiris jejari
1 biji cili hijau, kerat pendek, buang biji dan hiris jejari
10 biji bawang merah, belah 2 setiap 1
6 ulas bawang putih, belah 2 setiap 1
1 camca besar rempah rendang Baba's
1 camca besar cili kisar
1 inci halia, hiris halus
1/4 cawan cuka makan (cm guna jenama JALEN)
1 kiub ayam (Maggi)
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN TUMIS :-)
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
1 camca teh biji sawi

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis biji sawi, kemudian masukkan bahan2 tumis yang lain. Tambah hirisan halia, dan bawang putih, kacau rata. Masukkan cili kisar, masak sekejap dan tambah rempah rendang, kacau rata. Biar sekejap.
  2. Masukkan cuka makan, kiub ayam dan gula (anggaran 3 camca besar), kacau rata dan biar pekat. Guna api kecil dan kacau selalu. Masukkan lobak merah dan bawang merah, masak hingga lobak merah lembut. Tambah cili hijau dan merah, kacau rata. Masukkan sengkuang. Masak sekejap.
  3. Timun ditoskan dan perah sedikit airnya. Masukkan ke dalam kuali dan gaul rata. Tambah garam secukup rasa dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Angkat dan hidangkan bersama nasi putih atau nasi minyak/nasi beriani.

KEBAB KAMBING SOS LADA HITAM..

rsz_kebab_kambing
Petang, sebenarnya ini entri semalam, cm buat untuk sarapan pagi. Tapi tak sempat nak masukkan ke blog. Jadi petang2 macam ni kira ok juga lah kan. Ingat entri pizza yang ini, kan cm buat guna roti pita dan masih berbaki dalam 3 keping. Jadi semalam cm buat lah kebab....errr kebab rupa macam ni ke?...Lantak lah kan, ap rupa sekali pun, janji sedap. Cm guna daging burger kambing DARABIF, sebagai inti si kebab tadi. Lepas tu letaklah apa2 sayuran sikit. Curah sos lada hitam. Roti pita tu cm panggang kejap dalam kuali, kasi suam, dan cm potong dua. Takde apa sangat pasal kebab ni, semua benda yang dah sedia ada. Sesuai untuk sarapan, minum petang atau makan di waktu makan utama (tengah hari/malam). Dan yang pasti anda memang boleh buat..Resipi di bawah menghasilkan 2 kebab kambing...tapi sebelum tu, meh ke SINI kejap, dan klik LIKE pada TIFFINBIRU dan BEN ASHAARI... terima kasih atas keikhlasan anda...

BAHAN-BAHANYA :-)
1 keping roti pita (boleh beli di Tesco)
2 keping daging burger kambing DARABIFJunior
Sos lada hitam secukupnya (cm guna jenama PUTERI)
Daun salad secukupnya, cuci dan tos
Hirisan tomato secukupnya 
Hirisan timun secukupnya
Hirisan jeruk gherkin (2 biji)
Sedikit hirisan bawang besar

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Grill sekejap roti pita hingga suam, kemudian kerat dua. Longgarkan bahagian dalamnya. Bakar daging burger kambing hingga masak, tapi pastikan tidak hangus, sejukkan sekejap. Kemudian hiris nipis daging tadi. Ketepikan.
  2. Ambil satu bahagian roti pita, susun daun salad, kemudian hirisan timun, tomato, jeruk gherkin dan sedikit bawang besar. Akhir sekali dengan hirisan nipis daging burger kambing. Kemaskan dan paip dengan sos lada hitam seperti dalam gambar. Buat kaedah sama dengan baki roti pita dan bahan2 lain. Hidangkan segera.

KARI BEBOLA DAGING KAMBING..

rsz_kari_bebola_kambing

Assalammualaikum, salam semua, entri pertama cm hari ni kita masak kari kambing, tapi cm tak guna kambing yang biasa, cm guna bebola daging kambing. Tempoh hari cm ada beli daging burger kambing jenama 'DARABIF'. Tapi untuk kanak2 punya, maklumalah cm kan dulu tak makan kambing tapi sejak2 ni macam tersuka pulak, cuma cm makan dalam kuantiti yang terhad. Plan nak masak macam ni dah lama juga dan pagi ni baru terpanggil nak buat beriya sangat2. Sebab daging burger ini bersaiz agak kecil, jadi sekeping cm kerat dua dan jadikan bebola. Jadi elok, tak besar sangat dan tak kecil sangat. Selain tu cm masukkan kentang dan tomato ceri. Rempah pulak seperti biasa, cm guna jenama Baba's dan cm campur 3 jenis rempah. Rempah kari, rempah kurma dan rempah beriani. Rasanya?..kenalah cuba masak sendiri, dan sebelum cm tulis resipi, boleh luangkn sedikit masa anda ke SINI dan klik LIKE pada TIFFINBIRU dan BEN ASHAARI....tak susah kan, terima kasih pada yang sudi...Ok jomm resipi pulak..
rsz_darabif
Contoh daging burger kambing jenama DARABIF yang cm guna untuk resipi ini.

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 kotak daging burger kambing jenama DARABIF junior
3 biji kentang, kupas belah 4 setiap 1 dan rendam
10 biji tomato ceri
1 batang serai, dititik
1 1/2 camca besar rempah kari daging Baba's
1 camca besar rempah kurma Baba's
1 camca besar rempah rendang Baba's
2 camca besar cili kisar
1 biji bawang besar, belah 4
1 keping asam gelugor
1 camca teh gula melaka
1 cawan santan
Air secukupnya
Garam secukup rasa

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar saiz sederhana
2 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci kunyit hidup
1 camca teh lada hitam biji

BAHAN-BAHAN TUMIS :-)
3 biji bawang merah, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
6 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
2 pelepah daun kari, dilurut

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Daging burger dibiarkan lembut pada suhu bilik. Kerat 2 setiap keping (1 kotak ada 8 keping), kemudian bentukkan jadi bebola (anda akan dapat 16 biji bebola daging kambing). Panaskan sedikit minyak dalam non-stick pan. Goreng bebola daging tadi sekejap sambil dibalik2kan. Angkat dan ketepikan. Bancuh bahan kisar halus bersama rempah kari, rempah kurma dan rempah rendang. Kacau rata hingga menjadi pes. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum. Tambah cili kisar dan masak hingga cili garing. Masukkan pes rempah dan masak hingga terbit minyak. Guna api kecil dan kacau selalu. Tuang air (anggaran 3 cawan), kacau dan biar mendidih.
  3. Masukkan kentang (toskan) dan bila kentang 1/2 empuk, tambah bebola daging kambing dan santan. Kacau rata dan masukkan asam gelugor. Masak hingga kentang empuk. Guna api sederhana dan kacau sekali sekala.
  4. Perasakan dengan garam secukupnya dan masukkan gula merah. Kacau rata. Akhir sekali tambah tomato ceri dan belahan bawang besar, masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi dan lauk2 lain..

Sunday, April 21, 2013

YOGURT BLUEBERRY MUFFIN..

rsz_muffin_blueberry
Malam semua, errr entri terlewat..Cm tak puas hati dengan gambar tu sebenarnya, huhu, sebab ambik waktu malam, hmm tak kesahlah janji takde benda2 lain muncul, macam pocong ke, cik pon atau adik yol (toyol)...udah lah kan. Entri kali ni cm share satu resipi muffin blueberry yang mudah dibuat. Tak perlu mixer bagai, hanya guna peralatan yang ada dirumah anda. Tapi bahan2 mentah kena kasi cukup lah, baru menjadi. Cm sebenarnya nak test satu oven baru ni, tapi oven tu cm pasti anda dah biasa tengok, nanti2 kita cerita. Muffin ni anda boleh pelbagaikan, takde blueberry, ganti dengan strawberry atau dimasukkan epal hijau yang didadu berserta sedikit serbuk kulit kayu manis. Rasanya pun tak manis. Cm buat 1/2 dari resipi asal dibawah ini. Banyak mana anda dapat, bergantung pada saiz paper cup yang anda guna. Resipi asal dari sini....Dan sambil tu, jika sudi anda masuk SINI dan klik LIKE pada TIFFINBIRU dan BEN ASHAARI juga ok...Terima kasih dari Che Mat....

BAHAN-BAHANNYA :-)
260 gram tepung gandum*
100 gram gula kastor*
1 1/4 camca teh baking powder*
1 camca teh soda bicarbonate*
1/4 camca teh garam halus (cm letak secubit je)*
1 biji telur gred A
240 ml plain yogurt (perisa asli)
80 ml minyak jagung (atau boleh ganti dengan mentega cair)
1 camca teh esen vanilla
1 cawan blueberry segar

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 190C, alas acuan muffin dengan paper cup atau guna paper cup jenis keras. Ketepikan. Satukan semua bahan2 bertanda (*) dalam satu mangkuk, gaul rata dengan whisk. Ketepikan.
  2. Sementara itu dalam bekas lain, masukkan telur, yogurt minyak jagung (atau mentega cair) dan esen vanilla. Kacau rata dengan whisk hingga semua sebati. 
  3. Tuang no.2 tadi ke dalam mangkuk berisi bahan2 kering. Masukkan blueberry dan gaul rata dengan spatula hingga  sebati. Sudukan 3/4 penuh dalam acuan dan bakar 15 - 20 minit atau hingga masak. Sejukkan atas jaringan dan hidangkan..


ASAM PEDAS IKAN TERUBOK YANG MENJADI IGAUAN...

rsz_asam_pedas_ikan_terubok (1)
Assalammualaikum semua. Dah makan?..Hari ni entri cm ringkas saja, sebab resipi yang anda lihat pun dah kura koman sangat kat DTS, cm masak pun atas permintaan, jadi bukan salahku jika ia ulang tayang. Pagi tadi cm masak ikan terubok, walaupun ikan terubok jenis ikan yang banyak tulang, tapi ia tetap menjadi pilihan. Rasa isinya lemak, dagingnya halus. Selain masak asam pedas, sedap juga dibakar dan digoreng tanpa membuang sisiknya, balut dengan daun pandan dan goreng. Makan masa panas2, sisiknya rasa macam kacang, tu style orang2 nyonya peranakan makan. Kali ni cm campur terung dan tomato dalam asam pedas. Tulis lagi lah resipi dia, walaupun tak perlu tulis orang dah tau....Jommm...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ikan terubuk saiz sederhana
1 biji terung biru
1 biji tomato saiz besar
1 batang serai, dititik
1 1/2 senduk cili kisar
2 kuntum bunga kantan, belah 2 setiap 1
3/4 camca besar pes asam jawa
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
7 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 biji buah keras
1/2 inci belacan
1/2 inci halia
1/2 inci kunyit hidup
1 camca teh lada hitam

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan dibuang sisik, siang, kerat pada tiga bahagian, cuci bersih dan perap dengan jus limau nipis 10 minit, cuci kembali dan toskan. Terung dibelah dua dan potong serong (rendam), tomato dibelah enam. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis serai dan bahan kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing dan terbit minyak. Guna api kecil dan kacau selalu. Masukkan pes asam jawa, kacau rata.
  3. Tuang air secukupnya (anggaran 3 cawan). Kacau dan biar mendidih. Masukkan ikan dan terung (toskan). Masak sekejap. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Biar masak sekejap dan akhir sekali masukkan tomato. Biar tomato lembut dalam kuah asam pedas. Boleh hidangkan bersama nasi dan lauk2 lain..

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.