Assalammualaikum, kontroversi tak gambar atas tu...gambar lama je....disamping itu boleh gak mencari publisiti (bukan murahan, sebab bukan gambar 'curi'). Apa yang cm nak tulis ini sekadar pandangan cm sebagai blogger masakan. Bila menjadi sorang blogger masakan, kita punya tanggungjawab yang agak berat juga untuk memastikan blog sentiasa berinformasi. Blogger masakan juga perlu jujur. Bukan mudah sebenarnya, dengan masa yang diperuntukkan untuk satu2 entri, nak2 entri kek yang berhias cantik seperti Puan Azlita hasilkan. Kena ada tahap kesabaran dan ketelitian yang tinggi...
Rasa bersyukur sebenarnya bila ada pihak2 media cetak yang mula ambik perhatian tentang 'kuasa' blogger masakan yang ada sekarang ini. Tidak dinafikan, blogger2 masakan macam kami rasa amat2 dihargai bila hasil penat lelah tersiar di dalam majalah mereka dan sebagainya. Tapi pada pendapat cm, pihak media cetak (bukan semua) ada tu mereka agak kurang peka. Contohnya, mereka perlu resipi berserta gambar (bersaiz besar), yang pernah tersiar diblog untuk disiarkan dalam majalah mereka. Namun imbuhannya mungkin 1 - 2 keping majalah, atau setakat kreditkan nama blog saja di majalah mereka...wajar kah?..Pada cm itu tidak wajar sama sekali...kenapa?..
Hmmm, nak berhujah pun cm bukan orang yang pandai, tapi dari segi logik akal. Pihak media cetak membuat duit hasil jualan majalah mereka, tapi bahan yang mereka ambil dari blogger (atas persetujuan blogger) ada tu mereka tak bayar...mana adil...sekurang2nya bagilah imbuhan sebagai tanda penat lelah mereka. Sekali lagi cm tegaskan, BUKAN semua media cetak, jadi sila jangan putar belitkan apa cm tulis. Tau tak anda, sebenarnya kita blogger memberi impak yang besar pada mereka?...Jangan kata cm riak, anda fikir dari sudut positif...
Ampun dan maaf dari Che Mat, jika entri ini membuat anda rasa tak senang hati. Kita tolong menolong antara satu sama lain. Bila ada blogger masakan macam anda, secara tak langsung pihak2 majalah juga lebih senang dalam menjalankan kerja mereka.....Memandangkan 'kuasa' blogger agak luas, secara tak langsung, ia dapat meningkatkan jualan mereka. Senang kata promosi percuma, tapi blogger2 masakan seperti kita dapat apa?...Hanya sekadar nama yang mungkin 'glamer' dengan ucapan2 tahniah, pujian2 yang mewangi, namun tanpa hasil (jangan sebut isu amal jariah...kalau nak amal jariah, melalui blog pun boleh). Jadi anda fikir lah sendiri, dan cm tak paksa untuk anda setuju cuma ini pendapat 'kosong' saja....wassalam...
NOTA KAKI :- Macam mana pun Che Mat salute pada Puan Lily Haslina Nasir, bekas penyelaras resipi untuk Majalah Jelita.....terima kasih Kak Lily...
47 Comments
hu hu...
ReplyDeleteTerbaekk ! Hidup YB Mat !
ReplyDeletealhamdulillah..ada yg bersuara..
ReplyDeleten3 menarik..lagi keruh bila ada yg copy paste pastu mngaku hak milik dia..
ReplyDeletesy slalu jge copy paste resepi nie tp part sumber sy letak link sebenar...
ReplyDeleteuishh ingtkan tadi amt gebu nk kawen...hehe
http://www.wadahberbicara.my/
sy slalu jge copy paste resepi nie tp part sumber sy letak link sebenar...
ReplyDeleteuishh ingtkan tadi amt gebu nk kawen...hehe
http://www.wadahberbicara.my/
sedang merasai...tp pendam je dlm hati...
ReplyDeletebetul tu mat
ReplyDeletebiarlah win win situation kan..
nasib baiklah tak pandai ambik gambar cantik..
Setuju sangat. Bukan senang utk hasilkan masakan dgn gambar cantek. Hmm. Sabo CM moga ada yg prihatin dgn keadaan ini.
ReplyDeletesetuju!!!
ReplyDeleteNantikan entry pasal ini di blog bro ek...
ReplyDeleteNantikan ek
Setuju!! Kakak dulu masa belajar (tak ada blog masa tu CM)sebab nak cari duit kakak suka buat article/cerpen/puisi, bila dapat imbuhannya dgn majalah free 3 bulan rasa sedih sebab kakak nak duit utk kegunaan harian.. Kalau dapat duit kakak lagi suka masa tu.
ReplyDeleteBegitulah...
Salam Che Mat,
ReplyDeleteSaya salah satu fans blog Che Mat. Sangat setuju dengan pemikiran Che Mat...gambar dan resep pun butuh usaha dalam proses pembuatannya, jadi sebaiknya hargailah usaha mereka...
Puan Lily Haslina terbaiiikk... Mat, xnak komen dah sini...letisss...perlu ke...x perlu kan, dah berantakan di FB ko...hahaha... Apapun Mat telah melakukan tindakan yang betul dgn entry ini...kita cuma nyatakan pendapat dan pendirian kita, terpulang kepada masing-masing menilainya... ^__^
ReplyDeletesalam mat,
ReplyDeletekkida nyampuk boleh ye...:)
lama dah kkida ingin berikan pendapat mengenai hal ni...cuma kkida segan...nanti ada yg anggap lain pula...sebenarnya kkida juga dapat beberapa pelawaan utk masuk majalah...terbaru saji call kkida...tapi tu le...bukan kkida nak jual mahal...cuma seperti apa yg mat kata...free advertising dari kita utk menarik org beli majalah mereka...hari tu kkida nak beli majalah rasa yg ada mat tu...kejap aje dah habis...laku bagaikan goreng pisang panas...langsung kkida tak dapat tatap wajah mat kat majalah tu...huhu...pasti untung besar taukeh majalah tu...:-)
Tu lah kak, taukeh untung besar atas usaha orang lain... Logiknya, dah untung 'atas angin' (ya lah, bukan mereka yang keluar duit belanja utk beli bahan, tambahan lagi, mereka ada juga pengiklan yang buh iklan dalam majalah mereka, dah sah2 ada untung).. Tak rugi pun kalau mereka bagi imbuhan utk menggembirakan hati 'tukang masak tak berbayar' dari blog... Setakat nak kreditkan masakan atau nak iklankn blog, rasanya..setiap blog saling berhubung dan mengkredit antara satu sama lain utk pengetahuan followers mereka... Jadi, tak ada istilah 'tolong iklankan blog masakan' para blogger...
Deletesaya sokong!!sesetengah media suka amek kesempatan keatas blogger..mereka tak sedar kuasa blogger..hehe
ReplyDeletebetuk tu abg mat.. nak dirikan blog n nama dikenali bukan senang. atleast bayar cikit untuk sedikit bahan.. dorg memg la da untung.. kita yg tertindas
ReplyDeleteskg ni ramai benor yang suka amalkan konsep "lembu punya susu sapi dapt nama"
ReplyDeletetakpe mat, harap entri ni di baca oleh pihak sepatutnya.
ini namanya pengeksploitasian blogger... sekian...
ReplyDeleteMat .. aku akan publish demi keadilan ... hidup YB Mat ...
ReplyDeleteBetul tu PCM . semoga pihak majalah 'yg berkenaan' sedar dan faham apa yang pcm sampaikan melalui entry ni .
ReplyDeleteSy sokong Mat GEbu!! Sesuka dorang je nk cilok gmbr. Harap ada pihak yg baca n dorang akn sedar akan kesilapan yg mereka lakukan
ReplyDeleteBetul tu..tersangat setuju..kebanyakan seri sesuatu majalah masakan tu datangnya dari resepi resepi dan pic dari blogger .. Tu antara utama minat nak beli majalah tu..so harus la ada rasa kesedaran untuk beri komisen kepada para blogger masakan.. Di dunia semuanya perlu berbayar..
ReplyDeleteItu pendapat saya..
betul sangat2
ReplyDeletelagi satu xde polisi..jadi derang senang2 je ambil dan ceduk
http://welovesusuibu.blogspot.com/2013/04/5-cara-berkesan-tambah-susu-ibu.html
saya sokong YB Mat, nak pilihanraya nie saya pilih YB Mat...kekadang majalah nie take for granted akan penulis blog untuk melariskan jualan majalah dorang....
ReplyDeletehidup PCM.. Hidup PCM..
ReplyDelete-.-' sian YB Mat... Tak patut...tak patut..
ReplyDeletelembu punya susu, sapi dapat nama
ReplyDeletetak patut,.....tak patut....:-(
Tabik spring
ReplyDeleteLaa.. Ya ya je selama ni saya igt bloggers dibayar tuk resepi2 tu..
ReplyDelete@ ...ada yang bayar dan ada yang tidak dibayar..Sesetengah majalah, bila resipi yang ada di blog, kemudian mereka siarkan pula di majalah, mereka hanya memberi kredit pada tuan punya blog dengan meletakkan nama blog. Tapi ada juga majalah yang membayar wang saguhati. Pihak majalah hannya 'akan' membayar jika resipi yang mereka nak, belum pernah keluar di blog...
ReplyDeletehmm. pihak yg membuat honar tu silap oranglah tak siasat siapa pdngurus kepada pihak yg cuba diambil kesempatan ke atasnya tu. pasti dia menyesal sedikit je masa lagi.
ReplyDeleteSaya rasa, sebagaimana penyanyi yang mana setiap kali lagu mereka mendapat royalti apabila ke udara di corong2 radio, model atau artis yang mendapat royalti dari penampilan mereka, saya rasa wajar juga setiap blogger masakan mendapat sedikit bayaran royalti dari hasil keuntungan syarikat.
ReplyDeleteBukan kira ambik atas persetujuan atau apa, ceritanya secara logik, pihak majalah menghasilkan majalah adalah utk mendapatkan keuntungan. Apa salahnya sedikit imbuhan di berikan kepada oranh yang menghasilkan masakan tersebut dengan penat lelah? Pihak majalah pun bukan mereka yang masak setiap resepi yang keluar dalam majalah mereka, mereka cari orang utk masak dan bagi resepi tu. Kemudian, banyak kali juga pembeli majalah masakan di 'tipu' resepinya..dalam gambar bukan main cantik, tapi bila kita buat ikut resepi, Tak pernah nak jadi dengan cantik setiap kek2, biskut atau kuih muih.. Pernah buat kuih lapis nyonya dari resepinyang terdapat dalam majalah RASA (minta maaf kalau ada yang tak suka saya mention, tapi kalau tak mention, nanti ramai 'terperasan' majalah mereka bagus sangat)..dalam resepi ada di nyatakan menggunakan 1 kg tepung beras, tidak di nyatakan berapa banyak santannyang harus di gunakan, masa tu saya baru nak belajar masakan kuih muih melayu, langsung keras! Kalau masak2 lauk insyaAllah jadi, tapi kalau kek, kuih muih atau biskut...kadang2 ada kuga tipunya...
Jadi, para blogger masakan wajar memohon bayaran kerana pihak majalah mencari keuntungan dengan mudah apabila mengambil resepi dari blogger masakan. Dah dapat untung, bagilah sikit bayaran..
Setuju sangat dg pandangan CM. ada majalah hubungi saya suruh masak itu dan ini, saya tolak. Sorry saya tak ada masa, kalau nak ambik jer dari blog. Tak ada makna nya jadi glamor. Mereka mencari bahan utk mengisi majalah mereka dan melariskan jualan. Kita dpt apa? Skrg saya tak layan lagi. Sepatutnya berilah ganjaran sedikit. Tiada yg percuma dalam dunia ni, hanya majalah jer dpt bahan percuma... Saya pun tak lagi membeli buku masakan kerana lebih percaya dg apa yg ditulis dan dikongsi oleh blogger dari apa yg ada dalam majalah.
ReplyDeleteassalamualaikum cm..
ReplyDeletebetul la apa yg cm luah dan utarakn..nk wat gambar dlm entri mmg bukan senang..alih2 org amik hasil dri apa yg kita usaha..
Tambahan, honestly cakap, resepi dari majalah kebanyakkan tak lengkap atau ada spinnya.. Paling puas hati kalau buat satu2 jenis masakan dari blog atau internet, pasti jadi..saya belajar buat kek marble dari blog (tak ingat siapa punya) hasilnya cantik lembut dan gebu sehingga dapat pujian dari kawan2... Diorang kata rasa macam beli kat kedai kek! Dulu follow yang kat dalam satu majalah tu, kek saya keras! Sakit jiwa bila suami pun kata tak berapa sedap! Penat saya buat, dan beli bahan..dah tu bahannya, saya beli yang terbaik punya...tiba2 tak jadi...frust!
ReplyDeleteSetuju sangat. Undi saya untuk YB Mat. hehe. :)
ReplyDeleteRinganTangan.com
saya setuju ngan CM.. jangan risau cm, kami semua sokong cm...
ReplyDeleteElakkan resipi, gambar dan hasil kerja kita dari dicopy-paste...
ReplyDeletePrevent People From Copying Your Blog Content
Setuju sgt2 ngan CMG.. Raih keuntungan atas usaha gigih org je mana leh kan.. Ermm bg je lah imbuhan kan majalah dema gak yg laku ye tak so win win situation kann :D...
ReplyDeleteTerima kasih CMG.. Saya setuju sangat sangat.. Harap pihak tertentu dpt fikirlah jugak penat lelah kita.. Apa yg kita buat semua kuar modal jugak kann.. :)
ReplyDeleteHarap majalah2 yg buat2 tak faham!
ReplyDeletesetuju CMG....sekurang2 bagilah sikit saguhati kan.
ReplyDeletesokonggg! saya pilih untuk mengundi.. ;)
ReplyDeletekak lily tu senior sek sy..saluteee!! :)
ReplyDeleteSalam yang amat amat amat Kak Lily sanjung dan hormat, Inche Mat Gebu! Salam kenal juga untuk semua yang di sini! Alllah! Mat akak mintak ampun juta juta juta juta bintang di langit. Pagi ni baru akak bukak balik facebook akak yang akak kunci kejap dik kesibukan doniawi yang entah apa-apa. Barulah akak ternampak mesej mat!
ReplyDeleteHahaha... segan pulak kak lily bila mat mention nama akak kat sini. Kak lily ni dah pencen kerja. Terima kasih sebab masih ingat Kak Lily! Begitu jugak pada Ummi... tq so much dear!
Isu ni memanglah selalu jugak berbangkit. Bagi akak simple aje... Yalah, setiap benda yang kita usahakan dengan penuh rasa minat, kesungguhan memang menagih masa, tenaga dan tak dapat tidak, modal duit ringgit pasti akan dikeluarkan jugak.
Dan bila ada yang berhajat, berminat, nak melamar 'hak' kita tu semanis-manisnya, semolek-moleknya kenalah ada sikit maharnya bukan? Hahaha... kata orang tanda hargai dan upah penat. Sepanjang akak bertugas dulu... ya memang taklah banyak dapat diberi. Tapi alhamdulillah, adalah jugak tokennya.
Sebab yang melamar tu dah tentu tentu untuk urusan bisnes yang menghasilkan, yang menjanakan RM kan... jadi memang lebih manis kalau sedikit ganjaran dikongsi. Tanda terima kasih kata orang.
Tak mengapa mat... juga mungkin kenalan blogger yang lain. Kalau ini yang terjadi, mudah-mudahan dengan catatan ringkas mat ni, pencerahan diperolehi pihak yang terlibat.
Kak Lily faham sebab kak lily sendiri freelancer sekarang. Faham erti rasa 'luka' yang kekadang taklah besar tapi pedih bila orang buat-buat tak faham hasil kerja kita. Dan kekadang rasa sakit hati bila hasil kerja kita ditayang sana sini. Dicanang sana sini, tapi kredit haraaammmm tak bubuh dan duit jauhhhhhhhh sayuppppp berbalam pun tak nampak bayangnya....
World peace untuk semua!