Assalammualaikum, selamat tengah hari semua. Hari ini cm masak kari encer ikan tenggiri, encer tu maksudnya cair. Bak suka makan kari cair macam ni, kalau yang pekat dia makan juga, tapi tak berapa gemar. Kali ni cm guna ikan tenggiri, bahagian isinya dalam 4 potong dan cm guna tenggiri batang. Cm guna sdikit saja santan dalam 1/4 cawan. Kalau anda nak tambah bendi atau terung juga boleh. Satu lagi kari ini kurang pedas, sebab Bak kan tak boleh sangat makan pedas. Kalau anda suka pedas, sila lebihkan cili dalamnya. Bila ada kari, nanti boleh lah anda cicah dengan roti, roti canai atau lempeng pekak, itu satu keistimewaan kari, selain isi, kuahnya turut menjadi pilihan...Resipi amat2 mudah, seperti berikut..
BAHAN-BAHANNYA :-)
4 keping potongan ikan tenggiri, cuci bersih dan toskan
15 biji tomato ceri
1 biji cili merah, belah 2
1 biji cili hijau, belah 2
3 camca besar rempah kari ikan Baba's
1 camca besar cili kisar
1 kiub ikan bilis (optional)
1 keping asam gelugor
1 tangkai daun kari, dilurut*
3 biji bawang merah, hiris*
2 ulas bawang putij, hiris*
1 camca teh halba campur*(*bahan tumis)
1/4 cawan santan pekat
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya
BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar
3 biji bawang putih
1 biji tomato
1/2 inci halia
1/2 inci kunyit hidup
CARA MEMBUATNYA :-)
- Satukan bahan kisar halus bersama rempah kari, kacau rata hingga menjadi pes, ketepikan. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan2 bertanda (*), hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing, tambah pes rempah, kacau dan masak hingga terbit minyak, guna api kecil dan kacau selalu.
- Tuang air secukupnya (anggaran 3 cawan). Kacau dan bila mendidih, masukkan ikan tenggiri, kiub ikan bilis dan asam gelugor. Biar mendidih hingg ikan masak, tambah cili hijau/merah belah, tomato dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi, sambal belacan dan lauk2 lain.
4 Comments
Baru kali ini kakak dengar encer tau. Kakak pun lebih suka kari encer hihi... dah pandai cakap encer:)
ReplyDeleteTapi kakak suka pedas best!!
Eh...kakak suka tomato tu macam nak keluarkan dari gambar aje rasa:)
ReplyDelete@ kak zakie - haha, kak, tomato tu dari pokok depan rumah...last batch, pokok tu pun dah mcm nak meninggal, sebab kena serang serangga perosak..
ReplyDeletesedapnya CM..dah lama tak makan kari ikan..selalu ayam jer..
ReplyDelete