Assalammualaikum, salam Sabtu. Makan apa tengah hari tadi?.. Cm masak agak awal hari ni. Cm bangun jam 2 pagi tadi dan terus tak nak lena sampai sekarang. Sebenarnya cm sakit gusi semalam dan lepas makan ubat, mata mula nampak bintang2. Lepas isyak terus pengsan, sedar2 dekat jam 2 pagi, terus mata tak boleh nak lelap dah. Macam nak buat roti je masa tu, tapi rasa gusi masih sengal2, jadi cm kenselkan. Pagi ni masak yang betul2 senang dan cepat. Bila kurang ok ni rasa malas sangat2 nak masak, namun kena gak masak. Ikan pari cm masak kicap saja, malas nak buat asam pedas dah kerap sangat. Makan pulak dengan nasi yang dimasak lembut, ada sambal belacan dan ulam2...ish ish ish, nak cerita pun malas...
BAHAN-BAHANNYA :-)
600 gram ikan pari
Sedikit serbuk kunyit*
Sedikit garam*
1/2 camca besar rempah kari ikan
1 camca besar cili kisar
3 camca besar kicap lemak Jalen
1 camca besar kicap manis Jalen
1 camca besar kicap pekat
1/4 camca teh cuka makan
1 biji bawang besar, hiris bulat
4 ulas bawang putih, diketuk
1 inci halia, hiris
1 batang leek, kerat pendek dan rendam
1 biji tomato, belah 4
1 biji terung biru, hiris serong sederhana tebal dan rendam
1/2 cawan air
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
1 biji cili merah, hiris memanjang
1 biji cili hijau, hiris memanjang
1 tangkai daun kari, dilurut
CARA MEMBUATNYA :-)
- Ikan pari dikerat kecil, perap dengan jus limau kasturi 10 minit, cuci kembali, toskan dan gaul dengan bahan bertanda (*), kemudian goreng hingga masak. Tak perlu sampai garing, cukup sampai masak sahaja. Kemudian, toskan terung hingga kering dan goreng sampai layu, angkat dan toskan. Ketepikan.
- Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis kayu manis, bunga lawang, halia,, daun kari dan bawang putih hingga harum. Masukkan cili kisar dan masak hingga garing. Tambah serbuk kari, kacau rata dan tuang air. Masukkan kicap manis, kicap cair dan kicap pekat. Kacau.
- Masukkan ikan, leek (toskan) dan hirisan bawang besar. Tambah cuka makan dan gaul rata. Masuk hirisan cili merah dan hijau. Masak sekejap hingga leek dan bawang lembut. Akhir sekali masukkan terung dan tomato. Gaul dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan panas bersama nasi putih dan lauk2 lain..
1 Comments
Baru 1st fime nampak ikan pari masak kicap, walaupun rasa pelik tapi adunan warnanya nampak sangat cantik sampai saya kecur air liur dibuatnya.
ReplyDelete