Malam semua, entri ringkas saja. Bukan lah apa sangat sekadar acar campur-campur. Atas permintaan Bak, cm buatkan acar campur yang ada timun, lobak merah dan sengkuang. Satu lagi cm letak kiub ayam sebagai bahan penambah perisa. Kebiasaannya, cm akan letak udang kering, tapi Bak tak boleh makan, risau penyakit gout dia datang lagi, maka kenalah cm ubah guna bahan yang tidak memudaratkan. Kalau ikutkan cuka juga tak boleh sebab masam dan berasid, tapi apa makna acar kalau tak rasa masam2. Alhamdulillah, setakat ni Bak kalau makan masakan yang ada cuka, dia tak mengadu sakit sendi. Acar macam ni selain mudah dibuat, ia juga amat2 sesuai digandingkan dengan nasi minyak, nasi beriani atau nasi tomato...errr, ngidam nasi tomato pulak....payah betul si mat tu, ngidam macam2, ngalahkan orang ngandung...hehe...Dan sebelum tu anda dah LIKE - TIFFINBIRU dan BEN ASHAARI di SINI?..Kalau belum sudi2kan lahh, terima kasih atas bantuan anda...
BAHAN-BAHANNYA :-)
1 biji sengkuang saiz kecil, kupas cuci dan potong jejari
1 biji timun, kerat pendek, buang empulur dan hiris jejari*
3/4 camca teh serbuk kunyit*
1/2 camca teh garam*(*gaul rata dan biar 10 minit)
1 batang lobak merah, kupas, kerat pendek dan hiris jejari
1 biji cili merah, kerat pendek, buang biji dan hiris jejari
1 biji cili hijau, kerat pendek, buang biji dan hiris jejari
10 biji bawang merah, belah 2 setiap 1
6 ulas bawang putih, belah 2 setiap 1
1 camca besar rempah rendang Baba's
1 camca besar cili kisar
1 inci halia, hiris halus
1/4 cawan cuka makan (cm guna jenama JALEN)
1 kiub ayam (Maggi)
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN-BAHAN TUMIS :-)
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
1 camca teh biji sawi
CARA MEMBUATNYA :-)
- Panaskan minyak dalam kuali, tumis biji sawi, kemudian masukkan bahan2 tumis yang lain. Tambah hirisan halia, dan bawang putih, kacau rata. Masukkan cili kisar, masak sekejap dan tambah rempah rendang, kacau rata. Biar sekejap.
- Masukkan cuka makan, kiub ayam dan gula (anggaran 3 camca besar), kacau rata dan biar pekat. Guna api kecil dan kacau selalu. Masukkan lobak merah dan bawang merah, masak hingga lobak merah lembut. Tambah cili hijau dan merah, kacau rata. Masukkan sengkuang. Masak sekejap.
- Timun ditoskan dan perah sedikit airnya. Masukkan ke dalam kuali dan gaul rata. Tambah garam secukup rasa dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Angkat dan hidangkan bersama nasi putih atau nasi minyak/nasi beriani.
0 Comments