BEN ASHAARI

Sunday, November 20, 2011

TUMIS KUPANG BELACAN.

rsz_dsc_7162
Salam....tiba2 nak makan sesuatu yang ringkas, sesuatu yang tradisional yang boleh mengimbau kenangan masa era tok nenek kita zaman kolonial British. Teringat masakan ringkas tapi sedap, diisi dalam mangkuk tepen enamel bersama nasi beras kampung, ada ikan masin dan lauk seperti dalam gambar. Ada kala mereka tak delah guna kupang, ikan bilis sebagai ganti. Nostalgia..... Tu pasal mat suka bagi tau pada semua, kita sebagai generasi muda harus ada sedikit kesedaran mengenai barang lama peninggalan orang2 terdahulu, bukan apa, sebagai tanda kenangan tu saja, bukan nak suruh anda jadi pengkolek tegar macam mat gebu dan rakan2 dia...kenal mat gebu?...alah yang mabuk kolek teko lama tu lahh... Ok selesai cerita sejarah...Entri pilihan DTS hari ni ---> di sini..hmmm penuh makna..banyak2 bersabar yeaa...

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan isi kupang segar
1 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
6 biji cili hijau, hiris
1 inci belacan*
1/4 cawan air*(*larutkan)
1 camca besar air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis hirisan bawang besar, bawang putih dan cili hijau hingga layu. Masukkan belacan dan asam jawa tadi, kacau rata dan masak hingga pekat, guna api sederhana dan kacau selalu.
  2. Masukkan kupang, gaul rata dan tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Kacau dan masak sekejap lagi. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan panas bersama nasi hangat dan lauk2 lain.....hmmm i likeee!!!..

8 comments:

SiTi aiSya said...

Kreatif sungguh chef kita ni..tapi kenapa label dia "siut dan kerang" hik hik..

Iffah Afeefah said...

seafood grrr

Mat Gebu said...

@ siti asiya - hahahahahaha..... silap, patutnya "siput"...hahaha, boleh jadi "siut" pulak..hahaha...pengsan >__<

@ Iffah - sori...pantang eks ..

Hanis said...

Wahh blog ni benar-benar blog berilmu ! =) Banyak makanan serta resipi yang anda kongsikan ! Thumbs up ! xD Btw, jom pilih hadiah. Edit blog, pakaian, shawl, wang, syria & inner, keychain? >> http://www.nurul-hanis.co.cc/2011/11/small-contest-5-contestant-terawal-will.html

JIJI YU said...

hadoi..belacan tuuu

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

wahh ada byk hirisan cili hijau.saya suka~~

Jasman said...

sy suka sambal belacan...hehe

Sunah Sakura said...

terima kasih pcm...

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.