Salam malam semua, sebelum tidur ni nak letak entri penyejuk tekak. Ini cuma resipi olahan, tiada yang istimewa. Mat saja nak habiskan stok buah raspberry. Terfikir juga apa nak buat dengan buah tu, harga dah lah mahal, rasa pun masam..serius, harap rupa dan harga saja, tapi rasa, 10x sedap limau kasturi. Cuma rupa paras dia menawan dan nampak presentable sangat lah konon2nya. Takpe lah, pada mat benda2 macam tu kalau kita beli dan gunapakai, takde istilah membazir, kalau nak dibandingkan mereka2 yang merokok, haa yang tu baru membazir, harga rokok mahal, hasil pun cuma pencemaran dan menjejaskan kesihatan. Mat perhatikan ada orang ni bab nak belanja agak berkira, tapi kalau beli rokok, tak langsung rasa rugi, main bayar sahaja..hmmm, ntah lah itu memang hak mereka, dan mat cuma beri pendapat saja. Macam kes salah satu entri blog ini..kalau mat pun tak setuju sangat dengan tebiat mereka...huh, tak kenan pakcik..kalau nak masuk minang anak dara aku, awal2 ni reject...perghh!!!....
BAHAN-BAHANNYA :-)
5 gram jelly powder Konnyaku
1/2 cawan gula halus
300 ml susu sejat Ideal
550 ml air
60 gram Raspberry*
1 camca teh gula halus*(*dilecek hingga hancur dan gula larut)
1 helai daun pandan, disimpul
Beberapa biji raspberry segar, untuk hiasan
Beberapa helai daun pudina atau basil sebagai hiasan
CARA MEMBUATNYA :-)
BAHAN-BAHANNYA :-)
5 gram jelly powder Konnyaku
1/2 cawan gula halus
300 ml susu sejat Ideal
550 ml air
60 gram Raspberry*
1 camca teh gula halus*(*dilecek hingga hancur dan gula larut)
1 helai daun pandan, disimpul
Beberapa biji raspberry segar, untuk hiasan
Beberapa helai daun pudina atau basil sebagai hiasan
CARA MEMBUATNYA :-)
- Satukan jelly powder dan gula halus dalam periuk, kacau rata dengan whisk. Tuang susu, air dan masukkan daun pandan, kacau dan masak atas api sederhana hingga mendidih, kacau sekali sekala.
- Sementara itu, sudukan kurang lebih 1/3 camca teh buah raspberry yang dilecek dengan gula halus tadi dalam bekas untuk membekukan jelly (mat guna bekas kecil2). Ketepikan
- Alih bancuhan jelly tadi dalam bekas bermuncung (jug), keluarkan daun pandan. Tuang dalam bekas yang berisi tadi hingga penuh, buah hingga siap. Biar hingga hilang wap panas dan simpan dalam peti sejuk.
- Keluarkan dari acuan dan hias dengan sebiji raspberry dan sehelai daun pudina atau basil, hidangkan sejuk sebagai pencuci mulut. Selamat mencuba!!... ^__^
10 Comments
betul tu cik mat. sy ni dah bbuih2 mulut bcakap ngan tng psl rokok tu lgsung tak jln. apa ke sedap sgt ntah la. mkn puding cik mat ni lagi sedap! =)
ReplyDeleteErmmm sedap jek nmpk
ReplyDeletehuwarghhhh...yummy....
ReplyDeletemakan time panas2 memang ngam,,,,,,,,,,,
ReplyDeletecantiknya stberry dok tertenggek atas tu.. hehehe
amboi resipi olahan tu sama tak dgn yg derhaka
ReplyDeletemasamasamasamasamsasamsamsamsa eh salah eja da..ahahah
ReplyDeletemakan cuaca panas sedap nie :D
ReplyDeletemakan cuaca panas sedap nie :D
ReplyDeletebleh try nie..hihihi
ReplyDeleteteringinlah pulak nak cuba buat:)
ReplyDelete