BEN ASHAARI

Friday, November 11, 2011

KEK SARANG LEBAH....KENA HILANG "TERUNA?"..

rsz_dsc_6256
Salam semua, kek sarang lebah...hmm ibarat satu sumpahan bagi aku, tak pernah menjadi lawa, seingat mat dah 3 kali sebelum ni mat buat di sini, di sini dan di sini....tapi hasilnya setakat ala2 sahaja, tak pernah menjadi cantik, hingga ada yang usik mat, kena hilangkan "teruna" dulu, baru kek ni menjadi lobang dia....erkk...amboihh, nakal yeaaa ^__* . Baru2 ni mat dapat satu resipi dari sorang geng masak2, Kak Noraini, mat dapat dari buku masakan beliau. Lama dah simpan, dan hari ni tadi mat cuba test dan alhamdulillah menjadi lah..just nice lobang dia pun seakan2 sarang lebah, macam sarang anai2 pun ada. Jadi sapa kata kena hilang teruna baru jadi kek ni, kan Ben....erkk dia tu nak jadi daddy dah tak payah benda2 ni semua, dia sibuk soping barang baby, siap senarai lagi kat sini....yelah eksitet kan...

rsz_dsc_6287
Dalam buku resipi tu, dia cuma sarankan perap 30 minit, mat perap kurang lebih 1 jam, dan bakar guna acuan berlobang tengah, acuan kueh bingka style dulu2 tu..yang tengah ada lobang, kiri kanan ada tangkai dan berpenutup. Sebelum tu sapu dulu dengan mentega dan tabur sedikit tepung, ketuk keluar lebihan tepung tadi. Bakar pun api tak boleh tinggi, kurang lebih 175C selama 45 minit macam tu. Kek ni memang tak naik tinggi, kalau naik nanti dah jadi kek span gula hangus pulak. Ok...mat kongsi resipi mudah ni, nanti bleh cuba ok, insya Allah menjadi....Blog pilihan dts ---> di sini..

BAHAN "A" :-)
250 gram gula pasir
225 ml air
75 gram mentega

BAHAN "B" :-)
4 biji telur gred A
125 gram tepung gandum*
1 camca teh soda bikarbonate*
1 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
75 gram susu pekat manis
1 camca teh esen vanilla

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Masukkan gula pasir ke dalam periuk, masak dengan api sederhana hingga gula mencair, kacau hingga gula menjadi karamel, tapi jangan hitam sangat nanti pahit. Berhati2 masukkan air sedikit demi sedikit hingga habis, kacau hingga rata. Masukkan mentega, kacau hingga mentega cair. Sejukkan.
  2. Putar telur hingga kembang dan gebu, masukkan susu pekat manis, putar rata. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis dan diakhiri dengan gula karamel tadi. Putar sebati dan rehatkan 30 minit (mat rehatkan 1 jam).
  3. Panaskan oven pada suhu 175C, lenser tin bulat berlubang tengah berukuran kurang lebih 8 atau 9 inci dengan mentega, tabur tepung dan buang lebihan tepung tadi. Tapis adunan kek (kacau rata sebelum dituang) ke dalam tin dan bakar selama 45 minit atau hingga masak. Sejukkan sebentar dalam tin dan boleh dikeluarkan.

18 comments:

Iffah Afeefah said...

Erk ni mcm kek gula hangus ke
lubang2 sme da cm mk wat

Citarasa Rinduan said...

cayalah..

mmg suka bila cik mat akhirnya berjaya

kiranya, kata2 BA dahulu dah berlalu pergi, teruna pun boleh buat gak.. ahaksss.

aimie amalina said...

weeeee
kek gula hangus
sarang lobah memikat hati den

cik cek said...

Dah lama teringin nak buat kek ni...ntah bilala sampai serunya...

Nieza said...

sedapx2...lama dah tak buat:)

Junie Octovian said...

Mat! Santeknya tea set mu......

Ummi said...

Eeemmm...kita nak kek sarang semut la Mat, kek ni xda sumpahan kan Mat... ^__^

Liza said...

salam CMG...ada yg pulak yg Liza baca lagi lama kita peramkan kek tu sblm bakar, lg bnyak lobang2 dia dan lagi cantik...tp jgn lebih dr 4 jam la....betul kot sbb Liza prnh buat cmtu jugak...

Oh Oeya said...

Aduh.. kalau ade kuasa.. skrg juga saya ngappp kek ni CMat..

ShashaCatering said...
This comment has been removed by the author.
ShashaCatering said...

Wah! Cayalah Cik Mat.
Dah jadi dengan cantik. Tahniah!

Ryo Azhar said...

sama ngan sarang semut tak??

aida's said...

cik mat.. thanks for sharing the recipe. Aida dh buat semalam.. senang, sedap & menjadi lubang2 sarang tu. alhamdullillah. Tried yg cik mat posted kan few recipes previously tu.. jadi & sedap gak cuma sarang2 dia tu kurang jadi nye. Terima kasih banyak2 ye & to kak Noraini juga.. :)

growing-up-girl said...
This comment has been removed by the author.
Growing Up said...

Sama je bahan2 dengan http://www.tiffinbiru.com/2012/04/kek-sarang-semutke-lebah-eks.html

Tapi kenapa tekstur mcm tak sama? Yg ni superb! Apa secret recipe/ skill awak utk jadikan tekstur mcm post yg ni?

~NoRaLiza Effendy~ said...

Kalau kita bancuh terus bakar bolehke?

www.kedaishakleeannur.blogspot.com

rosnita hashim said...

Salam che mat.. boleh tak kalau gula pasir utk buat karemel kita ganti dgn gula castor.?

syaseby said...

che mat..kl guna tepung naik sendiri no need soda n baking powder kn?
ke x blh derhaka langsung ngn resepi tu??.hihi..

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.