rsz_dsc_6256
Salam semua, kek sarang lebah...hmm ibarat satu sumpahan bagi aku, tak pernah menjadi lawa, seingat mat dah 3 kali sebelum ni mat buat di sini, di sini dan di sini....tapi hasilnya setakat ala2 sahaja, tak pernah menjadi cantik, hingga ada yang usik mat, kena hilangkan "teruna" dulu, baru kek ni menjadi lobang dia....erkk...amboihh, nakal yeaaa ^__* . Baru2 ni mat dapat satu resipi dari sorang geng masak2, Kak Noraini, mat dapat dari buku masakan beliau. Lama dah simpan, dan hari ni tadi mat cuba test dan alhamdulillah menjadi lah..just nice lobang dia pun seakan2 sarang lebah, macam sarang anai2 pun ada. Jadi sapa kata kena hilang teruna baru jadi kek ni, kan Ben....erkk dia tu nak jadi daddy dah tak payah benda2 ni semua, dia sibuk soping barang baby, siap senarai lagi kat sini....yelah eksitet kan...

rsz_dsc_6287
Dalam buku resipi tu, dia cuma sarankan perap 30 minit, mat perap kurang lebih 1 jam, dan bakar guna acuan berlobang tengah, acuan kueh bingka style dulu2 tu..yang tengah ada lobang, kiri kanan ada tangkai dan berpenutup. Sebelum tu sapu dulu dengan mentega dan tabur sedikit tepung, ketuk keluar lebihan tepung tadi. Bakar pun api tak boleh tinggi, kurang lebih 175C selama 45 minit macam tu. Kek ni memang tak naik tinggi, kalau naik nanti dah jadi kek span gula hangus pulak. Ok...mat kongsi resipi mudah ni, nanti bleh cuba ok, insya Allah menjadi....Blog pilihan dts ---> di sini..

BAHAN "A" :-)
250 gram gula pasir
225 ml air
75 gram mentega

BAHAN "B" :-)
4 biji telur gred A
125 gram tepung gandum*
1 camca teh soda bikarbonate*
1 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
75 gram susu pekat manis
1 camca teh esen vanilla

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Masukkan gula pasir ke dalam periuk, masak dengan api sederhana hingga gula mencair, kacau hingga gula menjadi karamel, tapi jangan hitam sangat nanti pahit. Berhati2 masukkan air sedikit demi sedikit hingga habis, kacau hingga rata. Masukkan mentega, kacau hingga mentega cair. Sejukkan.
  2. Putar telur hingga kembang dan gebu, masukkan susu pekat manis, putar rata. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis dan diakhiri dengan gula karamel tadi. Putar sebati dan rehatkan 30 minit (mat rehatkan 1 jam).
  3. Panaskan oven pada suhu 175C, lenser tin bulat berlubang tengah berukuran kurang lebih 8 atau 9 inci dengan mentega, tabur tepung dan buang lebihan tepung tadi. Tapis adunan kek (kacau rata sebelum dituang) ke dalam tin dan bakar selama 45 minit atau hingga masak. Sejukkan sebentar dalam tin dan boleh dikeluarkan.