BEN ASHAARI

Tuesday, June 14, 2011

SINGGANG REBUS IKAN SENANGIN......."GA" DARI KAK ES.

P1290036
Salam semua, dah makan?.. Entri ringkas yang ni mat share juga, walaupun mat tau ianya mudah dimasak dan semua orang mat percaya pandai memasak nya. Singgang rebus ikan senangin ni tak guna minyak, rebus je semua, jadi ia boleh lah dikatakan dalam kumpulan hidangan sehat..kann... Selalunya kalau kurang sehat, elok makan singgang macam ni, sedap, nak pulak rasa masam2 sikit. Oh yea bila masak singgang ni kan teringat pulak geng masak2 mat, Puan Azlita, dia pun masak singgang ikan tu hari, kat sini. Satu lagi


Sepatut nya ni semalam mat promot kan sekali, tapi tak pe lah...blogger Kak Es & Nesloo ada membuat GA. Anda sudi2kan lah join sama, klik sini untuk tau lebih lanjut mengenai GA tersebut yea...Ok kita semak resipi pulak...Jommm..

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 ekor ikan senangin saiz kecil, buang sisik, siang dan cuci bersih, toskan
1 biji cili merah, belah dua
1 biji cili hijau, belah dua
1 biji bawang besar, hiris
1/2 inci halia, hiris nipis
1 inci kunyit hidup, kerat 4 dan titik
1 keping asam gelugor
3 cawan air (atau secukupnya)
4 ulas bawang putih, dititik
1 kiub pati ikan bilis MAGGI (optional)
Garam secukup rasa (dan serbuk perasa)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Dalan periuk, satukan air, bawang hiris, bawang putih, halia, kunyit, air dan kiun pati ikan bilis. Masak hingga mendidih. Masukkan ikan dan asam gelugor. Biar mendidih perlahan.
  2. Tambah garam secukup rasa dan juga belahan cili merah dan hijau, jika suka renjis kan sedikit serbuk perasa. Masak sekejap dengan api sederhana, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan..

12 comments:

Anna Qawina said...

aslmkm Cik Mat..siaht ke? sedapnya hirup kuah iakn singgang tu...ayah saya suka sgtla menu gini..

bersama kak Es said...

sangat kebetulan ... kak es pun masak singgang air mata ni

nampak tak menarik lah kalau kak es masak... tapi kuah tu dgr jugak bunyi sllrrppp tu hehehe..

TERIMA KASIH che mat sudi mewar2kan GA kak Es tu .. terima kasih daun keladi... jap gi nak try buat talam keladi ;)

JIJI YU said...

hurm saye tambah sedikit budu...nak kasikaw2 sikit

Sunah Mohammad said...

GA tu sama ngan jiji punye semalam tu...heheheh...

Ida,Japan said...

Betul kata JIJI tu...org Kelate mmg letak budu sikit dlm singgang
apa2 pun singgang ni simple tapi sedap...

rara pinkmafia said...

sedapnya makan dgn nasi panas2.

AI said...

- wahhh...cek mat masak singgang lagi ye...

Lysha said...

Gee gee geee..this is one dish I can never get it right..but its ok..thanks for the Lempeng dish..my life partner said he like...Lysha yang malas nak buat...so thank you ,the picture make me wanna do the dish,thank you..u r the best...tata.

fazilzura said...

wahh sgt suke ini menu

ladyzamea said...

sedapnya..
lama tak masak singgang..heeee

Mat Gebu said...

@ anna - ni lauk versatile kan, tapi kalau masa demam, lagi sedap nih..

@ kak es - wahh sama juga yeaa...nice kan singgang2 ikan macam ni, lite2 jee..

@ jiji - waaaa...pcm pernah masak sekali singgang letak budu...hehe

@ sunah - ha ahh...lupa nak letak nama kak es semalam, tak pe, kita letak dlm n3 ni.

@ ida - tuu diaaa....budu mmg sedap kan.

@ rara - betul2, boleh jaga body pun yea..

@ AI - yep..yang ni senang, tak sampai 20 minit.

@ lysha - terima kasih, huhu, tak pe nanti boleh cuba masak singgang yeaa..

@ fazilzura - sama lah kitaa..

@ ladyzamea - Memang sedapppp...

Min Aina Ila Aina said...

Saja jalan-jalan tengok resepi berpantang..

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.