BEN ASHAARI

Tuesday, June 14, 2011

SANDWICH SALAD AYAM.

P1290047
Salam...nak share satu entri senang, ntah tiba2 macam terlapar pulak, jadi tadi mat buat sandwich salad ayam. Ni senang je seakan2 resipi yang lepas tu. Mat guna 1/2 bahagian dada ayam yang mat rebus dan didadu kecil. Lepas tu campur lah apa2 benda yang ada. Nampak mat macam tak ok ke?..Ntah lah..no komen, malas nak ingat2. Hmm, apa lagi nak cerita yea. Dah malam2 ni kita tulis yang ringkas sudah lah kan...Ok semak resipi, nanti boleh buat sarapan untuk esok.....dan jika anda sudi undi DTS, sila klik sini...Terima kasih yeaa...

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 keping roti sandwich (mat guna roti Gardenia)
Sedikit minyak zaitun
1 biji bawang holland saiz kecil, didadu halus
2 ulas bawang putih, cincang halus
10 biji jeruk capers, cincang halus
1/2 keping dada ayam, rebus hingga masak dan dadu kecil
2 batang jejari ketam, hiris
Serbuk lada hitam secukupnya
1 1/2 camca besar mayonnaise
3/4 camca besar sos thousland island

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Dalam satu bekas, masukkan semua bahan2 diatas kecuali roti dan minyak zaitun, kacau rata. Ambil sekeping roti, letak 1/2 bahagian inti dan sandwichkan, buat sapa pada baki roti.
  2. Panaskan non-stick pan dan lenser dengan sedikit minyak zaitun. Letak sandwich tadi dan masak 2 - 3 minit atau hingga kuning keemasan, guna api perlahan. Terbalikan dan masak lagi hingga kuning keemasan. Angkat dan buat kaedah sama untuk satu lagi set sandwich.
  3. Kerat dia sandwich tadi dan hidangkan sama ada untuk sarapan pagi atau minum petang.

14 comments:

bersama kak Es said...

alaaa.. tak cerianya post Che Mat kali ni.. :(

what's wrong?

Miss Ran said...

mantop

seksi seperti slalu

Miss Ran said...
This comment has been removed by the author.
Nour Eyza said...

ayat maca tak bermaya je en mat malam ni? erm.. semoga hepi2 selalu ye en mat.. jgn sedih2.. =)

JIJI YU said...

kalo tiap2 hari dok tgk gambor je leh gemuk jugak ni

Zulfikar Hazri said...

ni kalau balut dengan Cheese pastu bakar sampai cheese cair.. waaaalllaaahhhhhh....

Ummiakid @ lily said...

adoii terasa lapor le pulak cm mlm2 ni...picture pun seksi as always...malang x boleh cuba waktu terdekat...my small kitchen closed sementara waktu...ada kerja ubahsuai...jeles tgk sandwich tu

Kjee said...

creative lah. bende senang jer buat tapi kalau tak kreatif, tak jadik.

Mat Gebu said...

@ kak es - huhu, tu semalam kak, ni hari dah ok..

@ miss ran - erk..terseksi pulak...hehe..

@ nour - huhu, hmm itu semalam, dah lepas..ni hari lain sudah..

@ jiji - weeeee wettt, jiji, n3 romantik mu itu, aduhh...meleleh okeh awek baca..

@ zukfikar - wahhh..koo jgn bagi idea yang lebih menaikkan kolestrol aku. hahaha..

@ umiakid - wahh, dapur dalam pengubahsuan ke...mesti jadi dapur canggih tu.

@ kak jee - ala h benda biasa2 jee, akak lagi lah xpert..

Naimatul Hafizah Nor Rodin said...

selera sungguh! dah la posa hari ni.... ish, mcm nak makan time berbuka nanti pulak!

JIJI YU said...

ahahhaa...pakcik mat gebu....ni2..nape pakcik mat gebu masok metro ini hari...

Lysha said...

Dear CMG,u r definately the best,thank u,thank u..May Allah bless u always...salam FUBAR forever from me just for U,tata.

tiefazatie said...

sedap nie kan..hee..simple n senang je..

Lang Abdullah said...

nak tnye jeruk caper tu mcm mana bentuknye?..hehe

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.