DAGING HALIA SOS TIRAM.

P1290061
Salam semua, aduhh, masa agak ketat hari ni, nasib baik mat dah kurang ketat. Hari ni mat masak untuk anak2. Jadi semua jenis tak pedas. Patutnya hari ni ada 3 entri...huhu tapi tatau lah sempat nak masukkan ke tak, yang ni pun masak mat nak up entri, dok kat meja makan dengan segala hidangan dok terlonggok lom kemas, lepas ni ingat nak keluar kejap, mungkin petang baru boleh up entri baru, insya Allah...Terima kasih mat pada blogger JIJI yang komen kat entri bawah ni, dia kata blog mat terselit kat satu artikal di Harian Metro hari ni 15 June 2011...Yang tu nanti mat masukkan entri dia yea..sekarang kita semak resipi, sesuai sangat untuk anak2 anda...Jommm..

BAHAN-BAHANNYA:-)
500 gram daging batang pinang, hiris nipis, cuci dan toskan
1 inci halis*
3 ulas bawang putih*(*tumbuk halus)
2 camca besar sos tiram
1/2 camca teh serbuk lada hitam
Secubit gula
1 cawan air
1 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
2 inci halia muda, hiris halus
3 camca besar kicap cair
Hirisan cili merah, untuk hiasan
Daun sup untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Daging digaul dengan halia + bawang putih tumbuk dan perap 2 jam. Panaskan minyak dalam kuali, tumis hirisan bawang putih dan halia hingga wangi, masukkan sos tiram dan kacau rata. Tambah daging, gaul dan masak hingga daging kecut.
  2. Tambah air dan bila mendidih, masukkan kicap cair, tambah hirisan bawang besar dan serbuk lada hitam. Masak hingga daging lembut. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan cili merah dan daun sup sebelu, dihidangkan..

Post a Comment

20 Comments

  1. Alahai cik mat .. kakchik rasa mcm nk pindah sebelah rumah cik mat sekarang jugak. hari2 tumpang mkn sedap2. hihi

    ReplyDelete
  2. sedapnnya..yummy3x!
    cik mat, bg la inna semangkuk..rasa malas pula nak masak ari nie..
    nak makan jer..^^

    ReplyDelete
  3. perghhhhhhhhhh melelehhhhhhh!!!

    Jemput-jemput: Saat Aku Kau Pilih

    ReplyDelete
  4. aduii..time-time puasa ni tetiba terasa lapar la pulak Cik Mat..menduga betullah!! nak try lah wiken ni.

    ReplyDelete
  5. Balik Johor nak datang rumah boleh CM...dekat jer...kota tinggi AT3...nak makan kat sana...(muka x malu melawa diri sendiri...)

    ReplyDelete
  6. WAHHAHH SENNAG JER.. SANGAT MUDAH UNTUK DIBUAT

    ReplyDelete
  7. - wahhh...blom abis ku mkn sandwic salad ayam, dtg lak hidangan daging halia sos tiram...ape lagi makan le...hehe

    ReplyDelete
  8. Tahniaaaahh Mat, ko mmg terbaiiiikkk!!! Nanti petang kang akak cari Metro tu...td xdan nak singgah...lupaaass..hehe

    ReplyDelete
  9. tahniah lagi buat cik mat. tak lama boleh gader2 ngan chef wan..meletopss.. hehe

    ReplyDelete
  10. senang je yek bahan2 tu...leh lah try buat...

    ReplyDelete
  11. hhmmmmm...memang menyelerakan tengok lauk daging tu..
    sedappnya..

    ReplyDelete
  12. simple dn menyelerakan.sedapnya mkn dgn nasi yg tgh pans2 tu.

    ReplyDelete
  13. As'salam Mat

    tahniah dari kak ct juga. tumpang gembira dengan kejayaan Mat dari hari ke hari. teruskan dengan usaha murni Mat di DTS ya Mat.

    sedap nya hidangan daging halia ni, kalau hirup gitu2 pun jadi gak ni :D

    ReplyDelete
  14. cik Mat...sedap lah walau pun resepi ni utk anak2...mak bapak atuk nenek pun boleh tumpang...tq cik Mat kongsi idea..

    ReplyDelete
  15. nak pi cari sat MG...td dok baca kosmo je..hehe

    apa2 pun tahniah dulu MG!

    ReplyDelete
  16. cik mat dah cuba...mmg ummpppphhh....mintak izin copy resipi yer....

    ReplyDelete
  17. tgk macam sdap je..

    tgk resepinya pun mudah je..dan simple je nak masaknya..

    nti nak cuba la.. ;)

    ReplyDelete
  18. Macam senang je ni. heh. boleh try kat rumah ni. :)

    ReplyDelete

Peringatan

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.