P1290047
Salam...nak share satu entri senang, ntah tiba2 macam terlapar pulak, jadi tadi mat buat sandwich salad ayam. Ni senang je seakan2 resipi yang lepas tu. Mat guna 1/2 bahagian dada ayam yang mat rebus dan didadu kecil. Lepas tu campur lah apa2 benda yang ada. Nampak mat macam tak ok ke?..Ntah lah..no komen, malas nak ingat2. Hmm, apa lagi nak cerita yea. Dah malam2 ni kita tulis yang ringkas sudah lah kan...Ok semak resipi, nanti boleh buat sarapan untuk esok.....dan jika anda sudi undi DTS, sila klik sini...Terima kasih yeaa...

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 keping roti sandwich (mat guna roti Gardenia)
Sedikit minyak zaitun
1 biji bawang holland saiz kecil, didadu halus
2 ulas bawang putih, cincang halus
10 biji jeruk capers, cincang halus
1/2 keping dada ayam, rebus hingga masak dan dadu kecil
2 batang jejari ketam, hiris
Serbuk lada hitam secukupnya
1 1/2 camca besar mayonnaise
3/4 camca besar sos thousland island

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Dalam satu bekas, masukkan semua bahan2 diatas kecuali roti dan minyak zaitun, kacau rata. Ambil sekeping roti, letak 1/2 bahagian inti dan sandwichkan, buat sapa pada baki roti.
  2. Panaskan non-stick pan dan lenser dengan sedikit minyak zaitun. Letak sandwich tadi dan masak 2 - 3 minit atau hingga kuning keemasan, guna api perlahan. Terbalikan dan masak lagi hingga kuning keemasan. Angkat dan buat kaedah sama untuk satu lagi set sandwich.
  3. Kerat dia sandwich tadi dan hidangkan sama ada untuk sarapan pagi atau minum petang.