BEN ASHAARI

Sunday, June 19, 2011

SAMBAL TUMIS KUPANG.....AL - FATIHAH..

P1290195
Salam semua, hmmm..Kadang2, sampai tatau apa nak letak entri dalam blog masak2 ni. Mat pun bukan hari2 masak benda yang bess sangat, sama macam masakan orang2 lain juga. Macam hari ni, mat masak sambal kupang, lepas tu ada ikan bawal goreng kicap, yang ikan tu tak yah letak kat blog lah kan, sebab semua orang pandai bikin. Kupang ni mat beli yang segar, rebus dan ambik isi dia, kasi bersih dan buang kotoran. Kalau ada petai ke, ngam juga dicampurkan sekali. Tapi kali ni mat masak sambal tumis biasa je, tanpa petai. Kalau campur belimbing buluh yang masam tu pun sesuai rasanya, tapi kita kurangkan sikit penggunaan asam jawa. Selain sedap dimakan bersama nasi lemak, ianya juga sesuai dimakan bersama roti, pulut kuning, nasi putih biasa pun sedap, kalau nak cicah lempeng pekak atau lempeng kelapa, semua ok..boleh masuk punya....Dalam kesempatan ni mat juga.....

Ingin mengucap kan salam Takziah pada keluarga arwah Zami Ismail (67) , atau lebih dikenali dengan panggilan Pak Uda dalam sitcom Pi Mai Pi Mai Tang Tu, arwah adalah pelawak yang mat minat, terutama trademark arwah dengan baju kemeja yang senget sebelah tu, butang dia salah pasang..hmm semua tinggal kenangan setelah arwah meninggal dunia pagi tadi...Al - Fatihah moga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya....aminnn...

Sumber Dari Blog "KSP" di sini.....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 1/2 cawan isi kupang segar, cuci bersih dan toskan
1 biji bawang besar, hiris kasar
1/2 cawan jus asam jawa
2 keping nipis hirisan halia
Garam dan gula secukup rasa (atau secubit serbuk perasa)
3/4 cawan cili kisar (atau secukupnya)
6 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1/2 inci belacan*(*ditumbuk halus)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing dan terbit miyak. Masukkan jus asam jawa, garam dan gula secukup rasa. Kacau rata.
  2. Tambah kupang dan hirisan bawang besar, gaul rata dan masak hingga pekat. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi atau roti..




16 comments:

kakchik@ella said...

Sedap sambal kupang tu. Al-Fatihah buat arwah Zami Ismail aka Pak uda.

ibundo said...

Alfatihah untuk arwah pak uda. Baru tahu bila baca n3 mat ni.

Sedap nampak sambal kupang tu.

shinobee46 said...

sedap la kupang. lama dah tak makan.

alfatihah dan takziah kepada allahyarham serta warisnya.

Kalamhati said...

Al-fatihah..

KH tak penah mkn smbal kupang..huhu

bersama kak Es said...

innalillahi wa innailaihi roji'un....

~dari DIA kita datang kepadaNya juga tempat kita kembali

Yatie said...

Al fatihah utk arwah Zami Ismail
sambal kupang tu menyelerakanlah..lama tak makan..

Miss ORchid @ Nur said...

My feberet kupang..lagi best dapat yg fresh2..klu kt melaka ada dijual dispj jln pantai klebang sana..basuh bersih2..rebus..kopek isinya..makannn..perhhh lbh sedap dr kerang
Al-fatihah untuk arwah Pak Zami Ismail aka Pak Uda (Pi Mai Pi Mai Tang Tu) aka Pak Abu (HKLBR)

JIJI YU said...

bismillah..
huk aloh perut bergendang2 kelaparan..

Sunah Sakura said...

sebab tu gak kadang2 entri kat selera sakura tu tak update, sebab bukan hari2 masak best sangat... erkkk! (malas update, padahal banyak da gambar kat laptop)

al-Fatihah untuk arwah Pak Uda..

ajwa said...

Assalam,

Sedapnya sambal kupang, foto plak tempting lorr.. AlFatihah.. minat sangat dgn lakonan Pak Uda.

ShashaCatering said...

Alfatihah, semoga dia tergolong dalam golongan orang2 yang soleh. Aminnn..

JIJI YU said...

pinjam name pulak ek..ehehe

Zul Fattah said...

Salam... saya ada buat satu segmen. ini pertama kali saya buat.. dan sebagai ganjarannya.. saya akan pergi ke blog idola blogger yg menyertai segmen saya...

Mintak tolong tuan blog Dapur Tanpa Sempadan..terjah blog ini..
http://lianapm.blogspot.com/
dia sangat respect dengan cara Dapur Tanpa Sempadan in berblogging..

harap sudi terjah ya..
tima kasih..
penat terjah blog idola ni.. ini yg last..

OMR (Oh My Rose) said...

Al-Fatihah! Semoga Allah mencucuri rahmat atas roh arwah.
Aduishh...berselera betul tgk sambal kupang abg mat ni. N'way, terima kasih sbb abg mat selalu kongsi resipi...utk org2 yg x berapa nk pandai sgt memasak mcm sy ni, resipi2 abg mat tu byk membantu! I like!

Citarasa Rinduan said...

al fatihah atas arwah..
dan salam takziah dari ayu sklrg utk family pak uda

PS; aduh.. sambal kerang!! mmg pilihan pelanggan setia CR

makdara TERdiva said...

alfatihah..

tak sangka, baru jer lepas tengok citer dia kat tv9 sabtu ptg aritu..

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.