Salam Isnin semua, selamat pagi. Lewat sikit lah masukkan entri, terlewat bangun ni hari, lepas subuh tadi golek2 sekali kan...kan...kan..sedar jam 7 pagi!!!..macam nak pengsan okeh, terus bangun tak hengat nya...yelah selalu kan mat jam 6 dah kecoh2. Ok ni hari saja nak test satu resipi ni, sambil2 tu aku kasi derhaka sikit. Past penne ni pastA ala2 makaroni tapi lurus dan dikerat serong. Selalunya chef wan suka kan guna pasta jenis ni dalam resipi2 beliau, pada mat pasta jenis berlobang ni lagi sedap, sebab kalau kita masak, jus dari bahan2 masakan tu akan masuk dalam lobang pasta tadi..mmmm lagi sedap...Ok yea mat nak ucapkan terima kasih pada semua yang sudi mengundi DTS untuk DIGI tu....serius cakap, menang ke, kalah ke mat tak kesah sangat, ikut rezeki, jika dah itu ketentuan Allah, kita terima dengan lapang dada.. Ok jom semak resipi...
BAHAN-BAHANNYA :-)
150 gram pasta Penne atau macaroni
1 keping portobello mushroom @ 3 biji cendawan butang
1 biji red capsicum saiz sederhana, dibakar hingga lembut
1 biji tomato merah, dibakar
1 biji bawang holland saiz sederhana, dadu
2 biji cili padi, buang biji dan cincang halus
3 ulas bawang putih, cincang halus
1 cawan daging ayam, hiris kecil
6 batang sweet peas, potong serong
Lada hitam secukupnya
Secubit gula
Garam secukup rasa
Parutan keju parmesan secukup nya (optional)
Minyak zaitun
CARA MEMBUATNYA :-)
BAHAN-BAHANNYA :-)
150 gram pasta Penne atau macaroni
1 keping portobello mushroom @ 3 biji cendawan butang
1 biji red capsicum saiz sederhana, dibakar hingga lembut
1 biji tomato merah, dibakar
1 biji bawang holland saiz sederhana, dadu
2 biji cili padi, buang biji dan cincang halus
3 ulas bawang putih, cincang halus
1 cawan daging ayam, hiris kecil
6 batang sweet peas, potong serong
Lada hitam secukupnya
Secubit gula
Garam secukup rasa
Parutan keju parmesan secukup nya (optional)
Minyak zaitun
CARA MEMBUATNYA :-)
- Rebus pasta penne hingga lembut atau ikut arahan pada paket, dalam air bergaram. Toskan dan simpan airnya untuk kegunaan kemudian. Cendawan dihiris, capsicum tadi, dibuang kulit dan cincang halus, tomato dibuang kulit dan cincang halus juga. Ketepikan.
- Panaskan minyak zaitun, tumis bawang putih dan bawang holland hingga layu, masukkan cincangan capsicum dan tomato, masak hingga lembut. Tambah daging ayam, cili padi, cendawan dan sweet peas, gaul rata dan masukkan sedikit air rebusan pasta (dalam 1/4 cawan). biar ayam masak.
- Masukkan pasta dan gaul rata. Letak sedikit gula, kacau rata. Rasa dan jika perlu tambah garam secukup rasa. Masak sekejap dan boleh matikan api. Alih dalam bekas sesuai dan tabur parutan keju dan serbuk lada hitam. Hidangkan segera.
13 Comments
mmmmmmmmmmmmm....nasib bek da bekpes~
ReplyDeleteSedap..terliur I cik Mat he he :)I suka smoked bell pepper..jgn wisau cik mat.I undi dah ;)
ReplyDeletecik mat....
ReplyDeleteboleh gila sy tengok resepi2 pasta cik mat.....
sy sememangnya sgt2 menyukai pasta...klu cik mat kuarkan resepi pasta, laju jer sy nak buat...
klu boleh nnt nak mntk cik mat buat resepi fettucini ala2 itali gitu...igt mase bday sy nnt sy nak buat spagetti meatball...aahhhh sedapnya pasta...
sorry cik mat, dok meroyan kt sini pulak...
LALLAL TERASA LAPOR SANGAT NIE
ReplyDeletemaaf, tumpang lalu, bell pepper tu kalau di goreng sampai hitam, pas tu rendam dalam air ais baru senang nak buang kulitnya. Tomato pulak, toreh sikit macam bentuk x kat bahagian atas buah tomato dan rendam sekejap dalam air yg mendidih, angkat dan rendam dalam air ais, isi dalam tomato tu buang, guna yg luar saja, rebus penne tu biar AL DENTE saja.
ReplyDeletemama mia walla2 cik mat x kedip mata che kiah nengok saborrr jer pepagi isnin dugaan pose asyik melanda tp kan mmg btoi CK pun ske this type of pasta sbb smua rencah2 akn mencelah masuk ke dlm lubang pasta xder ler bila geget rasa plain kan kan kan cik mat hehe
ReplyDeletetak tahaaaannn tgk cheese aas tu!!
ReplyDeletenmpk sedap... dgn cis yang berselerakan itu... huhuhu. meruntun sukma sungguh.
ReplyDeletebonda suke jg pasta yg ado lubang cenggini. biler masuk mulut tu kan pastu gigit dan kuah kuah yang terperangkap dalam lubang tu pun memancut keluar dlm mulut... hmmmm nyamannnn.
kenyang tak makan benda ni..eheh..amoi jiji tanye ni
ReplyDeletewowee nyummy nye..pasta mmg my favourite! muehehe tp biasa org2 melayu mkn pasta ni x rasa kenyang sgt..nk mkn nasi jgk kan...
ReplyDeleteUnik! Bestla Cik Mat. Thanks for sharing ;)
ReplyDeletewahh menu menarik !
ReplyDeleteresepi petang ni.. TQ MG .. selalunya kak liza buang air tos tu.. he..he.. baru tau boleh guna balik. mesti sedap.
ReplyDelete