MINTA MAAF...MENU...ALAAHAII...BOLEH LAHH..

P1270471
Salamm semua, selamat pagi Jumaat yang mulia. Diam tak diam dahh Jumaat, hmm mat kan mula berbelah bagi, nak letak ke tak n3 ni, mee goreng..aduhh, segan sebenarnya, asyik menu ni je. Tu hari Abby Fana kata Radio Sinar, ejaan betul "Mi"..bukan "Mee"...Jadi ni kira Mi Goreng lah kan. Bunyi sama jee cuma ejaan berbeza. Atas permintaan sebenarnya, mat sarapan biskut pun ok dah, tadi pagi bigboss tanya...goreng ke?. Hmm terus lah kata, ok kejap lagi...terus lahh membuatnya, kebetulan ada tetamu pulak pagi ni, jadi mat biar lah bonda/ayahanda layan..kita ni orang tak berapa tua, jadi guaa rasa kekok pulak..((tak baik milih tetamu...huhh...panas ayat okehh!!...masuk dalam botol kang kang "orang tu"...grrrrr!!). Ok lah, mat tulis resipi dia, terpulang lah kalau anda rasa ok..ok lahh, kalau rasa tak ok...kena ok kan jugaa...OK!!..Pstt..try masuk sini..blogger muda ni buat segmen...

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 gram mi kuning
20 ekor udang saiz sederhana
1 genggam isi kerang
1 keping fish cake, hiris
2 genggam taugeh
1/2 cekak kuchai, hiris
2 biji telur, dibuat telur hancur (scramble egg)
1 keping tauhu, dadu kecil dan goreng
1 camca besar penuh cili kisar
1 camca besar sos tiram
2 camca besar sos cili
2 camca besar kicap pekat
Sos ikan secukup rasa
1 cawan air
5 biji bawang merah, hiris
3 ulas bawang putih, cincang halus
1 biji tomato, didadu
Hirisan cili merah, untuk hiasan
Hirisan halus kuchai untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Mi kuning dicuci, toskan. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang merah, bawang putih dan cili kisar hingga garing. Masukkan sos tiram, sos cili dan kicap pekat, kacau rata. Tambah udang, kerang, telur, fish cake dan tauhu. Kacau dan tuang air dan biar mendidih.
  2. Masukkan mi dan gaul rata. Tambah kuchai, tomato dan taugeh, gaul dan renjiskan sos ikan secukup rasa. Masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan dengan menabur hirisan kuchai dan cili merah sebelum dihidangkan panas2...

Post a Comment

22 Comments

  1. alahaaaiii..tapi tetap nampak sedap.
    CMG buat n3 mee mamak blh?

    ReplyDelete
  2. waaaaaaaaaa dh lama tak makan mee ni.... pastu makan dgn cili yang rendam dalam air tu...apa ntah nama dia... huhuhu

    ReplyDelete
  3. makan dengan cili jeruk sedap nih...^__^

    ReplyDelete
  4. tgh nak bljr amik gmbr makanan lawa mcm en.mat:)

    ReplyDelete
  5. Salam CMG, alahai macam tu pun boleh membuatkan saya terliur abis :)
    New Entry "Hidu pen marker ganti gam."

    ReplyDelete
  6. mi goreng ni kalau dimsk selalu pun rasanya berubah-ubahkan... w/pun bhnnya sama yg penting maintain sedapppp!

    ReplyDelete
  7. sedapnye..makan time brekfes..

    ReplyDelete
  8. menu simple tapi deco 5 star,. sangat menyelerakan,. saya suka semua orang kasi thumb up,.. 1 malaysia setuju,..

    ReplyDelete
  9. Aslkm

    Banyaknya bahan dia...mestilah sedap! nyam3

    ReplyDelete
  10. abg MAT...Terima kasih ye..patutlah ramai masuk blog saya pagi nie...

    ReplyDelete
  11. favorite saya ni CM mi goreng!! tapi tak de keinginan nak masak...haha

    ReplyDelete
  12. grrrr!! air liur membasahi kebodku!

    ReplyDelete
  13. oooiii...sedapnya...tengok N3 cik mat terus perot saya berbunyi! he he..salam perkenalan dari saya..baru follow yr blog..tapi belom mencuba lagi...mi goreng memang my favorite!

    ReplyDelete
  14. baunye sampai ke Moscow dah ni cikmat. ML cuti hari ni=)

    Oh ye, ML ade buat giveaway from Moscow. Sempena dah last year di sini. Kalau cik mat sudi,jemput join ye=)

    http://www.miszlullaby.com/2011/04/giveaway-from-moscow-by-miszlullaby.html

    ReplyDelete
  15. mi goreng pun sodap apa...tetibe ras lapar...singgah sekejap di http://mycocostation.blogspot.com/2011/04/manisnya-cinta.html

    ReplyDelete
  16. selalu gak buat mee goreng..seminggu sekali ajer..tak leh banyak kali..

    ReplyDelete
  17. sedapnyer CMG...byk2 fish cake LM sgt suker!

    ReplyDelete
  18. mee goreng ni kalau akak masak selalu je berubah rasa.. maklumlah masak main campak2 mana yg sempat jer... tu yg malas nak letak resepi. tapi mat ni mmg rajin catit resepi.. syabas atas usaha tu.. bukan senang tau... sambil masak nak tulis balik resepi.. kalau tak tulis karang ada yg terlupa & nnt tak sama pulak kuantiti bahan2nya betul tak?

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.