P1270471
Salamm semua, selamat pagi Jumaat yang mulia. Diam tak diam dahh Jumaat, hmm mat kan mula berbelah bagi, nak letak ke tak n3 ni, mee goreng..aduhh, segan sebenarnya, asyik menu ni je. Tu hari Abby Fana kata Radio Sinar, ejaan betul "Mi"..bukan "Mee"...Jadi ni kira Mi Goreng lah kan. Bunyi sama jee cuma ejaan berbeza. Atas permintaan sebenarnya, mat sarapan biskut pun ok dah, tadi pagi bigboss tanya...goreng ke?. Hmm terus lah kata, ok kejap lagi...terus lahh membuatnya, kebetulan ada tetamu pulak pagi ni, jadi mat biar lah bonda/ayahanda layan..kita ni orang tak berapa tua, jadi guaa rasa kekok pulak..((tak baik milih tetamu...huhh...panas ayat okehh!!...masuk dalam botol kang kang "orang tu"...grrrrr!!). Ok lah, mat tulis resipi dia, terpulang lah kalau anda rasa ok..ok lahh, kalau rasa tak ok...kena ok kan jugaa...OK!!..Pstt..try masuk sini..blogger muda ni buat segmen...

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 gram mi kuning
20 ekor udang saiz sederhana
1 genggam isi kerang
1 keping fish cake, hiris
2 genggam taugeh
1/2 cekak kuchai, hiris
2 biji telur, dibuat telur hancur (scramble egg)
1 keping tauhu, dadu kecil dan goreng
1 camca besar penuh cili kisar
1 camca besar sos tiram
2 camca besar sos cili
2 camca besar kicap pekat
Sos ikan secukup rasa
1 cawan air
5 biji bawang merah, hiris
3 ulas bawang putih, cincang halus
1 biji tomato, didadu
Hirisan cili merah, untuk hiasan
Hirisan halus kuchai untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Mi kuning dicuci, toskan. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang merah, bawang putih dan cili kisar hingga garing. Masukkan sos tiram, sos cili dan kicap pekat, kacau rata. Tambah udang, kerang, telur, fish cake dan tauhu. Kacau dan tuang air dan biar mendidih.
  2. Masukkan mi dan gaul rata. Tambah kuchai, tomato dan taugeh, gaul dan renjiskan sos ikan secukup rasa. Masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan dengan menabur hirisan kuchai dan cili merah sebelum dihidangkan panas2...