BEN ASHAARI

Monday, June 6, 2011

SAMBAL TAUHU DAN UDANG..

P1280783
Waaaa pedas2...berapi, lepas gatal kena pulak yang pedas, memang ngam kan. Aku ni kadang macam ngidam, tengah2 masak gulai kuning ketam tu, terus tiba2 nak makan sambal tumis tauhu. Selak2 dalam peti sejuk, ada pulak 2 keping taukwa..Jalan lah projek bila barang dah ada. Ini macam sambal tumis biasa saja, kalau mat tak letak resipi pun pasti anda boleh buat. Tapi dah jadi syarat jika ada gambar makanan, ada tulis cerita pasal makan, mesti ada juga resipi..baru selari kan..Ok jomm semak resipi...sambil2 tu jangan lupa vote DTS kat sini yeaa...terima kasihh.... (^_*)

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 keping tauhu, potong kiub (sekeping mat potong 9), goreng kekuningan dan toskan
3/4 cawan udang yang telah dibuang kulit, cuci dan toskan
1 biji bawang besar hiris kasar
1/3 cawan jus asam jawa
1/2 cawan cili kisar
Garam dan gula secukup rasa (mat guna sedikit serbuk perasa)
1 biji bawang besar*
3 biji bawang merah*
1/2 inci belacan*
2 biji buah keras*(*dikisar halus)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis cili hingga garing, masukkan bahan kisar dan tumis hingga pecah minyak. Tambah jus asam jawa, garam secukup rasa dan gula. Kacau rata.
  2. Masukkan udang dan tauhu goreng, gaul rata2 dan tambah hirisan bawang besar. Masak hingga pekat dan bawang lembut. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan panas bersama nasi...

10 comments:

JIJI YU said...

kalo tarok kacang peas ok tak..

Miss Ran said...

pengsan..meleleh

slalu gne buah keras wat smbal ikan bkar siakap je

DJ Dayang said...

waduhh!...xleh jadi ni..sungguh menyelerakan!

Mat Gebu said...

@ JIJI YU - orait juga, kalau ganti udang tu dengan daging ayam pun sedap.

@ miss ran - kalau kami orang2 pranakan, mmg guna buah keras dengan meluas dalam resipi.

@ dj - erkk, hehhe.kalau DJ buat lagi meletop's..

bersama kak Es said...

CMG ... buah keras tu utk apa ye ? khasiatnya pula camne ?

korielis said...

cer campur petai..ok tak?hihi

Ummi said...

Waaaaaaa...entry kejiiiiiiii...menciiisss... akak malas nak siang udang...esok suh anak dara laaa siang...wahahahhaa...Mat, mata berpinar menguruskan kad undangan anak orang nak kawin...esok2 anak akak kawin sapa la nak taipkan, hahaha...kijam kan bos akak..!

Mat Gebu said...

@ kak es - buah keras tu kalau tak nak letak pun tak pe, tapi buah keras akan bagi rasa lemak dan memekatkan kuah...kalau buat soto pun boleh letak, kisar sekali dengan bahan2 rempah ratus dia.

@ korielis - Haha, yg tu jgn leer kata, memang tersangat okehh..

@ kak ummi - salam my dear kekanda..huhu sian akak, tulah kan, orang ni suka ambik kesempatan, yang tu bukan kerja akak kat ofis, kalau bagi xtra money kaa, sedap sikit..sabar jelah kan, esok time anak akak, akak, guna FB jeee..boleh jemput Dato Najib sekali..perghh kelasss..

chikadakbiru said...

Mat kalau tokok lagi dengan fishball yang digoreng laghi sodap...ini menu wajib kat umah... :)) buat org terliuqqq

Melati Qistyna's Mummy said...

Salam CMG... Nak Tanya, napa Ada sesetgh sambal CM boh buah keras, apa bezanya ye dgn yg x letak buah keras? Tk

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.