GULAI KUNING KETAM BUNGA.

P1280780
Salam petang semua, jomm makan ketam masak gulai kuning...Bukan sebarang gulai yea, ini ala2 kerabat's di-raja gitu. Tapi tadi mat makan sekor ketam, lepas tu ada rasa gatal2 sikit, grrrrr...geramnyaa, laa ni dah makan ubat, dah ok sikit. Tapi kan sebab ketam ni segar, aduhh manis rasanya dan isi dia pun padat. Makanan laut seperti ketam kena dimasak segera, kalau simpan dalam peti ais lama2 isinya akan kecut, tak sedap dah. Kalau anda hendak campur sayur pun ok, kalau di Johor, ada orang letak timun, tapi selalunya gulai udang, kalau ketam mat tak pasti lah. Kalau nak mencuba tak salah.....Ok kita semak resipi senang ni..

BAHAN-BAHANNYA :-)
600 gram ketam bunga (bersepit biru)
2 batang serai, dititik
2 helai daun kunyit, disiat2
1 keping asam gelugor
300 ml santan pekat
800 ml santan cair
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
2 biji cili merah
10 biji cili padi merah
3/4 inci kunyit hidup
2 biji buah keras
Secubit belacan
2 keping hirisan lengkuas

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ketam, disiang, kerat kaki2 kecilnya, cuci bersih dan tos. Masukkan ke dalam periuk bersama serai titik, asam gelugor dan bahan kisar halus. Masak hingga mendidih dan tuang santan cair, kacau dan biar mendidih.
  2. Tuang pati santan, letak garam secukup rasa dan secubit gula. Kacau dan biar mendidih dengan api perlahan. Tambah daun kunyit, masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidang kan bersama nasi hangat..

Post a Comment

12 Comments

  1. salam cik mat,

    sy tk gemar sgt ketam ni... tk gemar bkn sbb apa, sbb malas nak mengerjakannya, hehehe... tp klu kuah masak ketam sy suka, sedap... masak lemak or masak kari... hehehe...

    ReplyDelete
  2. terliur saya melihat ketam ala diRaja tu..sebelah utara panggil masak lemak jika kuah macam nie ..tapi tak ada lengkuas la. Hihi nanti nak try juga versi En.Mat ..mesti sedap.

    ReplyDelete
  3. hehe benda ni susah nak makan ni..memerlukan ketabahan tahap tinggi ni..

    ReplyDelete
  4. dah lama CK tak makan ketam...ermmm sedapnya. Minggu depan kena pi cari ketam nie ....

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. alamak..sedapnye nengok gulai ketam mat gebu nih..;)

    ReplyDelete
  7. sedapnya. kalau ketam dah habis, makan nasik dengan kuah dia pun sodap tu

    ReplyDelete
  8. - wahhh...cmg masak ketam lagi...

    - ubat allergic da sedia?

    - malas kopek ketam...hehe

    ReplyDelete
  9. uishhh!!! boh nenas dlm kauh ketam ni syedap ni... lapar la pulak...

    ReplyDelete

Peringatan

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.