BEN ASHAARI

Tuesday, June 21, 2011

NASI LEMAK HALBA.....

P1290238
Cakkk!!...Selamat pagi Selasa, assalammualaikum. Dah sarapan ke semua, mat sambil2 bersarapan ni, minum kopi dengan biskut krim kraker, tapi kan rasa2 macam nak buat murtabak kraker plak bila nampak biskut nih..kacau si mat ni, semua nak buat. Pagi ni nak share resipi yang dah banyak kali juga rasanya buat. Nasi lemak halba ni mat buat semalam, untuk bonda berbuka puasa. Jadi nak letak malam tadi rasa macam tak berapa sesuai kan, memalam entri nasi lemak, ada kang yang bangun langsung nanti, kata orang makan nasi lemak ni mata boleh ngantuk..tapi kan mat semalam betul 30 minit jee tidur..huhu..susah leerr..Grrrrr!!...

P1290246
Nasi lemak halba ni amat ringkas, mat cuma masak sambal tumis kupang, telur rebus, timun dan ikan tanmban sardine goreng, tu saja. Tapi ikan tamban sardine tu mat tak syorkan pada mereka yang tak suka ikan banyak tulang dan tidak sesuai untuk kanak2 juga. Boleh lah ganti dengan ikan kembong atau ayam goreng berempah. Seperti biasa mat masak guna beras basmathi. Satu petua memasak nasi lemak, santan perlu segar dan wajib ada daun pandan, apa lah makna nasi lemak tanpa daun pandan. Kalau anda hendak tambah kacang tanah goreng dan ikan bilis goreng, pada bahan2 sampingan, takde masalah. Ok kita semak resipi yea...Jommm...

BAHAN NASI LEMAK :-)
3 cawan beras basmathi, rendam 30 minit dan toskan
4 1/2 cawan santan segar
1 helai daun pandan, disimpul
1 batang serai, dititik
1 biji bawang besar, belah 4
3 ulas bawang putih, dititik
1 inci halis, kerat 2 dan titik
1/2 camca teh halba
Garam secukup rasa

BAHAN SAMPINGAN :-)
Sambal tumis (mat buat sambal tumis kupang, resipi di sini...)
Hirisan timun
Telur rebus (atau goreng)
Ikan @ ayam goreng (optional)
Kacang tanah goreng (optional)
Ikan bilis goreng (optional)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Masukkan beras basmathi dalam rice cooker, masukkan santan dan semua bahan2 untuk nasi lemak, kecuali garam. Kemudian baru letak garam secukup rasa, agak2lah yea, mungkin dalam 3/4 camca teh macam tu. Masak nasi seperti biasa, hingga kering dan betul2 masak. Gemburkan nasi dengan chopstick dan biar sekejap lagi dalam rice cooker.
  2. Hidang nasi dengan bahan sampingan. Sesuai untuk sarapan, tapi boleh juga dihidangkan petang. Selamat mencuba untuk semua...

15 comments:

HAJAR AZMAN :| said...

alahaii, dah la tgah lapar ni ! ikan tamban sedapppppp even banyak tulang ! laparrr T__T

fairuz said...

aaaaaaaaaaaaaaa sedapla pulak tengok >.<

AMMAR YASIR said...

Sedapnya

kakchik@ella said...

hari tu kan cik mat, masa kakchik gi berkelah kat Janda Baik dengan Kak Nani Rostam, dia pun buat Nasi Lemak berhalba jugak. Sedaps!!

raja intan sulphida binti raja sabarudin said...

baru jek terpikir nak wat nasik lemak utk malam nih... dalam peti ais ada ikan kembong jek..

JIJI YU said...

bes la gune beras basmati

Sis-Lin said...

makan nasi lemak halba ni..boleh kurus tak mat? hu hu hu

anak2 aku tak suka klu letak biji halba tu..susahh nak masak kat rumah ni...yg ikan sardin tu, goreng garing2 terus makan je dgn tulang nya sekali...he he he

Sunah Sakura said...

laparnye nengok nasik lemak ni... T_T

Noriz said...

wah, pakai beras mahal la..mesti mkn bertambah nanti...

p/s: sya masih tunggu reply MG kat entry Heavenly carrot cake tu..thank u :)

makdara TERdiva said...

pergh!!! kompom sedap sbb pakai basmathi!
leh tiru rsepi pasni :)

IdaShazana said...

terbayang2 kesedapan nasik lemak CMG

Cik Kasut said...

salam abg mat nk tny skit blh?

sy nk buat jelly strawberry tp x pandai...mkn jer tau pn...sy adalah beli serbuk jelly yg ada flavor strawberry tp bila tgk cara buat 2 kn boh susu cair. klu x silaplah tp sy xnk boh susu blh x?mcm ne yek nk buat 2?kn tmbh air kasi lbh ker?

bersama kak Es said...

wanginya sampai sini.
letak halba , serai tu mmg menghasilkan aroma yang buatkan perut mendidih2 ...
bertuahnya mak yam :)

Zulfikar Hazri said...

tu ikan tamban!.. org mersing suka makan ikan tamban :)

ShashaCatering said...

Ikan tamban, dah lama tak makan. Nak makan lah. Tapi kan tak pernah pulak makan dengan nasi lemak ;)

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.