BEN ASHAARI

Wednesday, February 23, 2011

SOTONG KUNYIT BERSAYUR...

P1250864
Salam petang Rabu semua, tadi resipi ayam masam manis, ala2 bidan terjun kan, lepas tu ni kali ni share satu lagi, resipi bodoh2 katanya..hadoi, mana ada resipi bodoh...goreng telur tu pun kira pandai, kalau masak air, lagi lah pandai..bayangkan sampai "empuk" air tu kita rebus, silap2 dengan cerek2 tu sekali empuk, haha...alah releks lahh mat gebu bukan perli sapa2..nanti kan kalau ada masak mat cerita pasal "periuk empuk" kena rebus.. Ok, sekarang ni semak resipi mudah ni, mat letak ni untuk yang nak cepat masak, macam ibu2 yang bekerja dan sebagainya...tapi kalau tak de masa juga...senang cerita tapaww jee lahh!!..

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 ekor sotong saiz sederhana, cuci bersih potong bulat atau ikut suka
6 tangkai kacang panjang, kerat2 lebih kurang 2 inci setiap satu
5 biji cili padi merah, diketuk
2 camca besar kicap ikan
1/2 camca teh serbuk kunyit
1 biji bawang besar, hiris
3 ulas bawang putih, dititik
1 camca besar sos tiram
Sedikit garam dan gula
Hirisan daun sup sebagai hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Sotong ditoskan kering2, gaul dengan serbuk kunyit dan sedikit garam. Panaskan minyak dalam kuali tumis bawang besar dan bawang putih hingga harum, masukkan cili padi dan sos tiram, kacau rata.
  2. Tambah sotong dan juga kacang panjang tadi. Masukkan sos ikan, kacau rata dan masak hingga kacang lembut tapi masih rangup. Rasa dan jika perlu letak sedikit gula dan garam. Masak sekejap dan angkat. Tabur dengan hirisan daun sup sebelum dihidangkan..

16 comments:

y u y u Z u l a i k h a said...

saya nak sotong gorengg T_T

Kak Am (Flora Heights) said...

ni sedap ni mat..! ada sotong ada sayur sedap meratah..kasi licin..! hee..

Pendekar Berkuda said...

macam sedap je... perut dah la lapar....

bro CMG... hantar la sini skit...


BLOG PENDEKAR

Nieza said...

sedap ni....senang masak 2 in 1 ada sayur sekali...menarik menu cik mat ni...:)

mia.lia said...

syur syur syur~hahahah

Azizah a.k.a N.a.z said...

sedapnye..nyummy..

Pembawa_Wacana said...

memang time lapar la aku selalu bukak blog DTS ni...huhuhu

Fathiah Rosdi said...

cm sdp..mao try la..

Fathiah Rosdi said...

cm sdp..mao try la..

Hanis MY said...

en MG terima kasih yeayyy ada idea nak masak utk cinta sy mlm ni hehe...

kd-gardens said...

Simply delicious......nyummy!

kakchik@ella said...

Ya Ampun .. sedapnya cik mat. aduhai .. hari2 kena goda dgn blogger masakan idaman malaya nih. hihi ..

akuanakpahang said...

Salam CMG, sotong goreng tepung pun sedap :)
New Entry "Blog Hijau :)"

SaYraH WonDerLanD said...

nasib baek x letak sotong goreng tepung T_T..huuu mau x kebuluq Sarah

izahdaut said...

simple tapi dah boleh imagine kan rasa dia tu..sah sah maniss je dapat pulak sotong segar..
cik mat, kicap ikan tu sama ke dengan sos ikan? ke lain?

ili azman said...

dah cuba resipi CMG yang ni! sedappp! thank you :)

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.