BEN ASHAARI

Saturday, December 18, 2010

IKAN BAWAL BERSOS ala THAI..

P1240549
Salam semua, cakkk...hahaha, alah hai comeynya memasing, erkk pesal pulak ada tu rupa huru hara semacam jee?...haaa..apa!!...lepas gaduh laki bini!...wallaweyy..sabar2, jangan marah2, nanti cepat kecutt!!..Ok dari gaduh, bercekau, bergusti bagai, elok baca dan cuci mata dengan resipi mat gebu, lepas tu masak, makan sama2, bersuap-suap.. hehe. Petang ni mat nak kongsi satu resipi yang mat rasa lah kan, aku yang reka...sebab pernah buat dulu. Hari ni sejarah berulang kembali, sebab mat letak resipi ni kira ulang tayang, tapi baru masak punya..hahaha, betul lah kan sejarah berulang kembali macam tu.. Ok lah penat lah bebel's, macam mana lah kalau yang kuat berleter tu kan, tak kering ke molot...huh..dah lah jom semak resipi, boleh masak untuk makan malam nanti...

Bahan-Bahannya :-)
2 ekor ikan bawal sederhana besar
1 batang serai, dititik
1 kuntum bunga kantan, dihiris
1 cm lengkuas, dititik
1 cm halia, dititik
5 biji bawang merah, dihiris
2 helai daun limau purut, dihiris
2 camca besar sos ikan
1 1/2 camca besar cuka makan
3 biji cili merah*
2 ulas bawang putih*
1 1/2 camca besar gula*(*ditumbuk hingga lumat)

Cara membuatnya :-)
  1. Ikan disiang, cuci bersih dan perap dengan jus lemon dan garam 10 minit, cuci kembali dan toskan. Kelar2 ikan, lumur dengan kunyit serbuk dan sedikit garam. Goreng hingga garing. Angkat dan toskan, alih ke dalam pinggan sesuai.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bawang hiris, lengkuas dan halia titik hingga harum. Masukkan bahan tumbuk lumat tadi. Tambah cuka dan sos ikan, gaul rata dan masukkan serai, hirisan daun limau purut dan hirisan bunga kantan.
  3. Masak hingga pekat dengan api perlahan. Dan tuang sos atas ikan tadi, hias dengan hirisan daun ketumbar (tak letak, sebab tak de) dan hidangkan segera....yumm yumm..

11 comments:

umialya said...

sedapnya

azlina aziz said...

Betul Mat cakap, cuci mata je la tengok ikan bawal ni. Bawal memang fevret. Goreng macam tu pon sedap apatah lagi bersos ala thai macam ni. Mau dua, tiga kali sedap :p

mia.lia's profile said...

nih xthn ni,,hehe

nur said...

CMG:
datang nak skodeng resepi2 CMG ni dari blog Ben
ALL IN ONE
membayangkan pintu ala doraemon disini

TEACHER MARIA said...

Salam. Alahai sedapnye cik Mat.

fara dean said...

singgah hirup bauu...ermm sedapnya

Yatie said...

Salam Mat,
Akak dtng awal
Nak makan ikan bawal
=>hahahahhaha...tak seni langsung akak nak lawan pantun Mat..

CT said...

Slm...Mat! Masuk sini je lapo...meh sini ikan bawal tu..hehehe

Ruziawati Bukhari said...

x tahan dowh! sangat sedaps!!

ruziawatibukhari@yahoo.com

Mat Gebu said...

@ umialya - yep sedap dan ringkas..

@ azlina - betul2, makan dengan kicap lepas tu nasi panas, ada sambal belacan pun dah ok kan..

@ mia - hehe..ni yg susah hati saya dengar..sebab tak tahan.

@ nur - terima kasih, DTS - BA, jiran sepagar yang amat serasi kan..peace no war!..

@ teacher maria - salam puan, ha yg ni sesuai untuk wanita2 bekerjaya, resipi mudah.

@ fara dean - hahaha, dah macam filem 3 abdul pulak..sabau je aku.

@ yatie - salam kak, erkk, hehehe tak pe, yg akak jawab tu pun dah ok.

@ CT - hehehe, pada saya kan ikan bawak juga sedap masak cam gini.

@ ruziawati - yeaa betul, makan masa panas2 lagi sheedapp..

Lachata Love said...

sopan ker mat gebu?? dah hbs xsopan dah tue..he3

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.