LEMAK PEDAS REBUNG & DAGING.,

P1240543
Salam tengah hari semua, dah makan ke?...Hmm mat masa tulis N3 ni baru siaa siap masak, sebenarnya mat gebu home alone ni hari, mereka2 semua keluar ada menguruskan sedikit hal keluarga. Ok hari ni tiba2 macam nak makan sesuatu yang pedas dan ada bau2 kampung..hehe, rebung ni mat beli tu hari, tapi ianya nampak macam dah berjeruk, cuma tak masin dan bau dia pun ok lahh, tak menyengat macam rebung jeruk biasa tu. Kalau kat belah utara depa panggil rebung madu dan nak masak dia pun ada teknik menghiris, dia bukan macam rebung buluh biasa ni, kalau nak tengok style macam mana perlu di buat, boleh klik sini...Sebelum mat tulis resipi, mat nak bagi tau sesuatu laa..benda ni rasanya kita "perlu" tau...anda nak tau jugak?..ok sila klik sini...... (terima kasih "Ku Jie" atas informasi berguna itu)...

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 gram rebung madu, dikerat dan hiris tapi tak putus, cuci dan toskan
200 gram daging batang pinang, hiris nipis, cuci dan toskan
4 batang serai, dititik
3 keping asam gelugor
300 ml pati santan
1 liter santan cair
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
1/4 cawan cili padi kampung, hijau
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/4 inci halia
1 inci kunyit hidup

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Rebung tadi, jika yang segar celur hingga lembut, toskan. Dalam periuk masukkan daging, serai titik dan bahan kisar halus. Masak hingga daging kecut. Tuang santan cair dan kacau. Bila mendidih, masukkan rebung.
  2. Masak hingga daging lembut dan rebung empuk. Masukkan asam gelugor dan juga pati santan. Tambah garam secukup rasa dan secubit gula sebagai pemangkin. Masak dengan api perlahan sambil dikacau sekali sekala. Sesiapa nak guna serbuk perasa pun ok.
  3. Bila kuah kelihatan elok dan rasa nya cukup, boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat dan ulam-ulaman...

Post a Comment

7 Comments

  1. ini memamng sedap. tambah-tambah ada rebung dan daging. sedap! thanks cik mat. eh, cik mat biasa makan rebung petin (betul ke ejaan tu eh) tak ? yang ni pun sedap jugak. hehe :)

    ReplyDelete
  2. salam..
    wah...meleleq air liur ayu, ayu belum makan lagi...
    tapi agak sedih lah...bila cik mat beri daging...
    ayu derhaka ganti ayam yer...hehehe

    ReplyDelete
  3. @ miza - Yeaa betul, saya pun suka rebung, selalunya kat belah Johor banyak rebung buluh betong, kalau yg fresh masak lemak putih..erkk. rebung petin tu, mcm mana eks, tak pernah pulak dengar..

    ReplyDelete
  4. bestnya..
    kalu guna daging salaipn sedap jugak ye + rebung.

    ReplyDelete
  5. ooooo~ ^-^ baca entry ni lepas tu keluar bilik nk makan lunch. Tgk2 ada lauk ni atas meja makan. What a coincidence. :DD

    ReplyDelete
  6. @ ayu - tak pe, boleh masak dengan ikan, rasa2nya dengan ayam pun boleh lahh..

    @ umialya - betul2, daging salai bukan lagi, tapi mmg sedap ;-)

    @ aracy - waaaaaa...caya lah beb, dah macam cita doraemon kan..hehe :-)

    ReplyDelete
  7. wah.. lauk peberet sy... yummy yummy.. nak petua tak? nak lauk ni extra extra sedap.... letak daum kesum... yakin pasti sedap... selamat mencuba!

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.