BEN ASHAARI

Friday, October 31, 2008

MEE GORENG BASAH

Mee Goreng Basah

Mat sebenarnya jarang2 makan mee goreng. Tapi masa pergi golek2 ke blog "Kak Lina", ternampak n3 terbaru dia, "mee goreng"....serta merta koo tekak aku nak makan mee goreng, teruk kan, ala2 ngidamm anak sulung gitu....Jadi dengan rasminya patik hari ni menggoreng mee...itu pun ikut apa yang ada dalam peti ais...Jadi lah dari tak de langsung....

BAHAN-BAHANNYA :-)
600 g mee kuning
1 cawan daun kuchai yang telah dikerat2
Taugeh...(yang ni ikut suka banyak mana nak letak)
2 pokok sawi
1 cawan udang (kalau budget lebih, letak lagi yea)
3 ulas bawang putih, cincang halus
2 camca besar cili kisar
1/2 camca teh cuka makan
2 biji telur, dikocok sedikit
2 camca besar sos tiram*
1 camca besar sos tomato*
1 1/2 camca besar sos cili*
1 camca besar kicap pekat*(*bahan sos)
Kicap cair secukupnya
Air rebusan kulit udang secukupnya
Hirisan daun sup#
Bawang goreng#
Hirisan cili merah#
Hirisan tomato#
Belahan limau kasturi#(#bahan sampingan)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Cuci mee, kemudian siram dengan air panas. Tos dan sejatkan. Cuci bersih sawi, asingkan daun dan batangnya, kerat2 daun sawi, ketuk sedikit batang sawi dan kerat. Kupas udang, cuci kulitnya dan rebus untuk stoknya. Cuci taugeh dan toskan. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang putih hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga pecah minyak. Masukkan sos(*) dan kacau rata dan letak batang sawi dan udang. Masukkan cuka, sedikit kicap cair dan stok udang (anggaran 1/2 cawan).
  3. Bila mendidih, masukkan mee, kecil kan api dan gaul mee hingga rata. Tolak mee ketepi kuali dan masukkan telur, kacau hingga telur kental dan gaul dengan mee tadi. Masukkan daun sawi, daun kuchai dan taugeh, kacau rata. Rasa dan jika kurang masin, tambah lagi kicap cair. Kacau dan boleh matikan api.
  4. Hias dengan bahan2 sampingan sebelum dihidangkan panas. Kalau suka boleh tambah bebola ikan, tauhu dan sotong dalam mee goreng tadi....

Thursday, October 30, 2008

NUTTELA SWISS ROLL

Nutella Swiss Roll

Sekarang ni dah terkena wabak virus menggulung dari mamafami...seronok pulak gulung menggulung ni..kan mama?....Kali ni kita modifey sikit resipi mama tu, kerana kehabisan stok susu tepung, mat gantikan dengan coffemate...pastu tabur sedikit coklat cip dalam adunan sebelum dibakar, letak sedikit pewarna kuning...Hmmm itu jelah kot....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 bahagian adunan swiss roll....resipi disini...Gantikan pewarna merah dengan pewarna kuning
2 camca besar coklat cip
Nuttela secukupnya (boleh ganti dengan buttercream perisa coklat)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Gaul coklat cip dalam adunan swiss roll hingga rata. Tuang dalam loyang berukuran 12 inci x 8 inci x 1.5 inci yang dilenser dengan sedikit mentega dan alas dengan kertas minyak. Bakar 20 minit pada suhu 180C. Sejukkan sepenuhnya atas jaringan.
  2. Sapu nipis dengan nuttela atau coklat buttercream. Gulung kemas dan simpan dalam peti ais sekejap. Potong dan hidangkan untuk minum petang...

Wednesday, October 29, 2008

BROCCOLI DAN TOFU BERDAGING

Broccoli Dan Tofu Berdaging

Resipi asal dari buku "Sedapnyaaa...." oleh "Chef Wan"...nama dia panjang sangat dalam buku tu, mat pendekkan sikit, tapi yang lain memang mat buat berpandukan buku beliau...Sedap dan broccoli tu rasa dia manis2 lemak dan rangup gitu....Tapi syaratnya, kena lah makan semasa panas hangat bersama nasi...baru lah "hangat" kann....

BAHAN UTAMA :-)
300 g daging batang pinang, hiris nipis, cuci dan toskan
300 g broccoli, kerat seketul2 (macam pokok)
2 keping tauhu keras (mat guna tauhu Jepun)
1 1/2 camca besar minyak masak
2 camca teh halia cincang
1 camca teh bawang putih cincang

BAHAN PERAP :-)
1 camca teh jus halia (tumbuk halia dan perah)
1/4 camca teh garam
1/2 camca teh gula
1 1/2 camca teh sos tiram
1/2 camca teh kicap pekat
1/2 camca teh minyak bijan
1 camca teh tepung jagung
Secubit serbuk lada sulah

BAHAN SOS :-)
1 1/2 camca teh sos tiram
1/2 camca teh kicap pekat
1/4 camca teh garam
1/2 camca teh gula
1/2 camca teh minyak bijan
1 camca teh tepung jagung
60 ml air
1/2 camca teh serbuk lada sulah

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Perap daging dengan bahan2 pemerep selama 30 minit di dalam peti sejuk. Celur broccoli selama 2 minit dalam air mendidih yang ditambah sedikit garam. Toskan. Potong tauhu dan goreng hinga kuning keemasan. Angkat dan toskan. Bancuh semua bahan2 sos dan kacau hingga sebai. Ketepikan
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang putih dan halia hingga wangi, masukkan daging tadi dan masak 1 - 2 minit. Tuang kan sos dan kecilkan api. Masak hingga daging empuk dan kuah pekat (jika perlu tambah sedikit lagi air). Matikan api.
  3. Dalam pinggan besar, susun broccoli, kemudian tauhu goreng dan curahkan daging bersama2 sosnya dibahagian tengah. Hidangkan segera bersama nasi hangat.....

Tuesday, October 28, 2008

KEDAI ROTI AWAL DI JOHOR BAHARU

NOSTALGIA ( THIS TIME ABOUT FOOD)

Di Johor Baharu ni ada satu kedai roti lama (pernah masuk paper dulu, tapi tak perasan tahun bila)...Kira roti benggali atau roti bai macam tu. Mat dah lama beli roti di sini (mula2 dulu abg mat yang kerja di pejabat daerah Johor Baharu yang beli), walaupun boleh buat guna bread maker, tapi kalau ke Johor, mesti rembat juga roti bai...Rasa dia "asli" dan tidak berubah sejak dahulu lagi, terutama roti "pound" dan "baquet", sedap dimakan dengan kuah kari, cicah air kopi, buat sanwich atau dipanggang pastu makan dengan seri kaya....Selain tu ada juga bun kelapa, bun kari, bun kacang merah dan bun kaya...Dannn ada juga roti yang ditabur gula, disapu margerin dan disimpul ala2 roti siput dan juga pastry2 rapuh. Dulu tak de benda2 ni, sejak2 ni saja ada...Karipap yang macam mamak style pun ada, bentuk 3 segi tu.....

Gambar 1 :- Roti2 yang dibentuk telah siap untuk dibakar, punya lah tembam u naik dia....ala2 mat gebu gitu....

Gambar 2 :- Dan depa tak bakar dalam oven biasa, sama ada jenama Zanussi, Europa atau seangkatan dengannya...tapi guna oven tradisional yang dikenali sebagai "sabak"....ishh bakar pizza pun sedap nihh!!!...

Gambar 3 :- Lepas bakar tu depa letak lah atas tempat2 ni bagi sejuk dan sedia untuk dijual...yang baju merah berjambang ala2 Amitah Bachan tu lah tauke dia, Encik Sallahuddin...dia ni generasi ke-3 kot yang buat roti ni, tok dia asal2 mai dari India....Tapi mat memang syorkan lah kalau nak rasa roti yang asli macam dulu2, boleh cuba beli kat sini...psstt "Jalan Dhoby" tu kan kalau waktu malam..bahaya uuu..ala2 Lorong Haji Taib.....Ada manusia buat business "kupu2 malam gitu"....Tak kuasaaaaa pakcik!!!!

Monday, October 27, 2008

KUE TEOW SUP HOR FUN

Kue Teow Sup Hor Fun

Tengah malas2 pun jadi rajin...Ni semua gara2 nampak "kue teow sup hor fun" kat dapur rinnchan yang femes ituu.....Memang menggoda u, lagi lah kalau tengah lapar ala2 buaya....tak caya gua cakap?..Lu check sendiri lah bebb kat sini......Tapi maaf yea rin sebab mat buat ikut apa yang ada dalam peti ais ku sahajaaa......Ok ni resipi asal dari rinn....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 kati kue teow (600 g), dicelur sekejap dan toskan, gaul dengan sedikit minyak
2 potong dada ayam (mat guna daging batang pinang=300g)
10 ekor udang besar (tak letak sebab udang masih kat laut)
10 biji bebola ikan (tak letak juga sebab tak de)
5 batang crab sticks, dikerat2
1/2 batang lobak merahm hiris nipis (yang ni tambah sendiri)
3 ulas bawang putih, hiris halus
Sedikit minyak untuk menumis
1 camca teh lada sulah
Air secukupnya
Sedikit miyak bijan
Garam dan gula secukup rasa
Hirisan daun kuchai (mat guna daun sup)
1 ketul kiub ayam (optional)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bawang putih hingga harum, masukkan serbuk lada sulah. Kacau rata dan tuang air secukupnya dan biar mendidih.
  2. Masukkan daging batang pinang dan rebus hingga ayam/daging empuk. Keluarkan dan bila sejuk, hiris daging nipis2 (kalau ayam, carik2kan dagingnya).
  3. Masukkan bebola ikan, kiub ayam, crabstick, lobak merah dan udang ke dalam sup tadi dan perisakan dengan beberapa titis minayk bijan, garam dan sedikit gula. Biar mendidih sekejap.
  4. CARA PENYEDIAAN :- Ambil kue teow secukupnya dan masukkan ke dalam mangkuk sesuai. Tuang kuah, tabur ayam/daging dan daun kuchai (mat guna daun sup n bawang goreng). Nak sedap lagi letak sambal kicap....Hidangkan panas2....

Saturday, October 25, 2008

STRAWBERRY SWISS ROLL

Strawberry Swiss Roll

Sejak lepas raya, ni lah baru start baking, itu pun sebab tak tahan godaan dari "Mama Fami"....Memang senang swiss roll ni, semua bahan2 kita lebur dan putar sampai kembang, pastu gaul dengan mentega cair, pastu bakar...senang kan, kalau yang baru nak berjinak2 baking, boleh cuba buat nie...Betul tak Mama?...Tapi mama fami buat durian swiss roll, mat guna strawberry filling jee....

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 biji telur gred A*
2 oz gula halus*
1/2 camca teh baking powder*
1 camca teh esen vanilla*
1 1/2 oz tepung gandum*
1/2 camca besar susu tepung*
1/2 camca besar ovallate*
2 oz mentega, dicairkan
Sedikit pewarna merah
Strawberry filling @ jem, secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan semua bahan2 bertanda (*) dalam mixing bowl, putar dengan kelajuan tinggi sehingga kembang (7 - 8 minit). Tuang mentega cair dan gaul rata dengan spatula.
  2. Cedok 3 camca besar adunan dan gaul dengan sedikit pewarna merah. Tuang adunan biasa dalam loyang swiss roll yang telah dialas kertas minyak. Ratakan.
  3. Sudu2kan adunan merah dan lorek2 dengan chopstick untuk mendapat kesan marble. Bakar dalam oven pada suhu 180C selama 20 minit. Sejukkan sepenuhnya sebelum disapu dengan strawberry filling@jem dan gulung kemas2...

NASI DAGANG 2

Nasi Dagang

Hari ni mat masak nasi dagang...kali kedua cuba menggunakan beras kaler coklat tu (dulu masa mula2 try, aku fill....frustt leer, nasi tu keras gilaaa!!!)...Mat campur dengan beras wangi. Cuma guna 1 bahagian beras coklat dan 3 bahagian beras siam wangi...

Nasi Dagang

Dengan senang hatinya, kali ni nasi jadi elok, tapi mat rebus dulu beras coklat tu sampai kembang dan lembut, toskan dan campur dalam beras siam (selepas beras siam tu dikukus untuk kali kedua)....Pening ekk..tak pe, kita tengok yea.....

BAHAN-BAHANNYA :-)
800 G beras siam, cuci dan rendam 3 jam
250 g beras coklat (brown rice), cuci dan rendam semalaman
600 ml santan*
1 camca teh garam dan sedikit gula (secukup rasa)*(*disatukan dan kacau sebati)
10 biji bawang merah, hiris halus
1 camca besar halba
2 inci halia muda, hiris halus

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Toskan beras perang, rebus hingga menjadi nasi (kurang lebih 25 - 30 minit). Tos dan ketepikan. Toskan beras siam, kukus 15 minit atas air mendidih.
  2. Keluarkan beras siam dan masukkan ke dalam satu bekas besar. Gaul beras perang tadi, halba, bawang merah hiris dan halia. Kacau rata. Tuang sebahagain santan dan gaul rata.
  3. Kukus semula selama 20 minit. Kemudian keluarkan, dan gaul lebihan santan hingga habis. Kukus kembali hingga nasi masak elok (kurang lebih 25 minit). Hidang kan bersama gulai ikan tongkol dan acar mentah...

GULAI IKAN TONGKOL

Gulai Ikan Tongkol

Gulai ikan tongkol ni mat olah dari beberapa resipi, tapi masih sama, cuma nak mendapatkan hasil yang sesuai pada tekak, agak sukar. Yang ini mat rasa sedap dan sesuai pada anak tekak ku ini....Biasa lah sedap pada tekak kita, mungkin tak sedap pada tekak orang lain....betul takkk?...

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 ekor ikan tongkol (anggaran 1.2 kg) disiang, dan kerat, cuci bersih dan toskan#
2 keping asam gelugor#
1 inci halia, dititik#
1 camca teh garam#(#untuk direbus bersama ikan)
1.5 liter santan
2 biji cili merah, belah 2
2 biji cili hijau, belah 2
1 camca besar gula melaka
3 camca besar rempah kari ikan
Garam secukup rasa
1 keping asam gulogor
2 camca besar kerisik
2 biji bawang besar*
3 ulas bawang putih*
1 inci halia*
1 1/2 inci lengkuas*
1/2 cawan cili kisar(boleh tambah kalau nak pedas)*
1 inci kunyit hidup*(*dikisar halus)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Masukkan ikan dalam periuk bersama bahan bertanda (#), tuang air lebih kurang 1.5 liter dan rebus hingga ikan masak (kurang lebih 20 minit). Satukan bahan2 kisar bersama rempah kari, kacau rata dan ketepikan.
  2. Dalam periuk lain, panaskan minyak 1 cawan minyak masak. Tumis bahan2 kisar tadi hingga naik bau dan terbit minyak. Masukkan gula melaka dan asam gelugor. Tuang santan dan biar mendidih.
  3. Masukkan ikan, tapis air rebusan ikan dan masukkan sekali ke dalam periuk. Kacau rata dan masukkan kerisik. Tambah sedikit garam dan masak hingga mendidih.
  4. Kecilkan api dan reneh gulai sehingga pekat dan terbit minyak (kurang lebih 2 jam). Masukkan cili belah dan masak lagi 5 minit. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi dagang dan acar.

ACAR MENTAH

Acar Mentah

Rasanya acar ni tak payah bagi resipi pun orang dah tau buat kan, cuma perlu timun - hiris halus, lobak merah - hiris halus, bawang besar - hiris halus, cili merah - hiris halus, cuka makan, gula dan garam....Gaul sebati dan sesuaikan rasa, kalau nak pedas boleh tambah hirisan cili padi...Hidangkan bersama nasi dagang....

Friday, October 24, 2008

TUNA BERCILI

Tuna Bercili

Tuna bercili ni ala2 sambal tumis, tapi tak pedas dan rasa dia pun lain sikit dari sambal...Sedap dimakan bersama nasi hangat, ulam-ulaman, ubi rebus, lempeng, "lace pancake@roti kirai, roti putih dan lain2...Kalau makan dengan nasi lemak pun sedap, buat sandwich pun boleh, kalau tak habis simpan dalam peti ais dan boleh guna sebagai perencah untuk nasi goreng. Resipi asal, kutip dari buku masak Chef Wan, tapi dia guna 3 tin tuna, mat cuma ada 1 tin, kita dah modifey sikit....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 tin tuna dalam tin
1/3 cawan jus asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
1 biji cili hijau, hiris serong
1 biji terung, potong dan belah 4 setiap potongan (tak letak sebab tak de)
5 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1/2 cm lengkuas*
1 batang serai, dihiris*
1/2 inci belacan*
10 tangkai cili kering, potong, rendam hingga lembut*(*dikisar halus)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan tuna ditoskan, terung digoreng dengan sedikit minyak hingga layu, angkat, tos dan ketepikan.
  2. Dalam kuali sama, tumis bahan2 kisar hingga garing dan terbit minyak. Masukkan jus asam jawa. Bila mendidih, masukkan ikan tuna dan tambah gula serta garam scukup rasa.
  3. Masak hingga pekat dan masukkan cili hijau, gaul rata. Akhir sekali masukkan terung, kacau dan matikan api. Rasa jika ok boleh dialihkan ke dalam bekas sesuai, hidangkan segera....

Thursday, October 23, 2008

GULAI LEMAK TEMPOYAK

Gulai Lemak Tempoyak

Sebelum tu, mat nak ucapkan tahniah pada "Min" dari blog "bakingproject" kerana kemunculannya dalam satu segmen di rancangan "Apa2 Ajee" terbitan TV3 sat tadi, dia sebagai tenaga pengajar di "Cake Connection" telah muncul dengan beberapa pelajarnya yang sedang menghias cup cake...Walaupun sekejap tapi sungguh bermakna..kan Min?....Cup cake tu pun semuanya cantik2....Ok lah, lepas cerita, jom kita makan gulai lemak tempoyak, mat guna ikan air tawar, yang mana tak makan tu, boleh ganti dengan ikan air masin (ikan laut) yeaa..

BAHAN-BAHANNYA :-)
5 - 6 ekor ikan "terebol" yang sederhana besar (sejenis ikan air tawar)
1 - 2 cawan terung pipit (optional)
3 helai daun kunyit, disiat
1/3 cawan cili padi*
1 1/2 inci kunyit hidup*
1 camca teh garam kasar*(*tumbuk halus)
2 1/2 camca besar tempoyak
700 ml santan cair
400 ml pati santan
3 - 4 biji limau kasturi
Garam secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan terebol, dibuang sisik, siang, cuci bersih dan perap dengan jus limau nipis dan garam selama 10 - 15 minit. Cuci kembali, toskan dan lumur dengan sedikit kunyit serbuk dan garam. Goreng ikan hingga garing. Terung pipit dicuci bersih, tumbuk sedikit (sekadar pecah2 sahaja) dan ketepikan.
  2. Dalam belanga atau periuk, masukkan bahan2 tumbuk, tempoyak dan terung pipit, gaul rata dan tuang santan cair. Jerang atas api hingga mendidih dan terung lembut sedikit.
  3. Masukkan ikan dan tuang pati santan. kacau perlahan dan masak hingga mendidih, masukkan daun kunyit. Tambah garam jika perlu. Akhir sekali perah jus limau kasturi secukupnya hingga mendapat rasa yang sesuai....(mat guna jus dari 3 biji limau kasturi).
  4. Biar mendidih 1 - 2 minit, matikan api dan boleh hidangkan bersama nasi hangat. Berhati2 semasa makan ikan, kerana ikan tu tulang dia berselirat....

IKAN TAUCHO

Ikan Taucho

Jom lah makan lauk paling senang, mudah dan cepat....Makan dengan bubur nasi punn sedapp!!!

BAHAN-BAHANNYA :-)
5 - 6 ekor ikan gelama (atau apa2 ikan yang digemari)
1 biji bawang besar, hiris bulat
3 ulas bawang putih, diketuk
1/2 inci halia, diketuk
2 biji cili hijau, hiris
1 camca besar sos tiram
1 keping asam gelugor
1 1/2 camca besar taucho
1/2 inci belacan + 1/2 cawan air, ramas hingga sebati
1 cawan air
Garam dan gula jika perlu

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Siang ikan, cuci bersih, kelar2 dan lumur dengan kunyit dan sedikit garam, gaul rata dan goreng hingga masak. Angkat dan ketepikan.
  2. Tinggal kan dalam 3 camca besar minyak masak, tumis bawang besar, bawang putih, halia dan cili hijau hingga harum, masukkan belacan + air, sos tiram dan juga taucho. Kacau rata dan masak hingga terbit minyak.
  3. Tuang air dan masukkan asam gelugor. Bila mendidih, masukkan ikan dan juga sedikit gula. Masak perlahan hingga kuah pekat sedikit, rasa dan jika perlu tambah sedikit garam. Angkat dan hidangkan segera

Monday, October 20, 2008

ASAM PEDAS BUGIS

Asam Pedas Bugis

Jom cuba masakan "asam pedas bugis"......bahan2 lebih kurang sama macam asam2 pedas lain, cuma teknik dan kaedah saja berbeza. Mereka selalu menghidangkan masakan asam pedas ni bersama makanan tradisi seperti "burasak" dan "lepat loi" (itu je yang aku tau..hehehehe). Tapikan, asam pedas ni guna "tebu" sebagai alas pada dasar periuk...Tak percaya keee?....

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 keping ikan parang
3 batang tebu berukuran 5 inci setiap satu
1 cawan jus asam jawa (jangan terlalu pekat)
1 1/2 cawan cili kisar
3 biji bawang merah, hiris halus
1 biji bawang putih, hiris halus
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya
7 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1/2 inci belacan*
1/2 inci kunyit hidup*
10 - 15 biji lada hitam*
1 camca teh garam kasar*(*ditumbuk halus)




CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan dicuci, perap dengan jus limau nipis dan sedikit garam selama 10 minit, cuci kembali dan toskan. Tebu dikupas, belah dua dan titik sedikit. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang merah/putih hiris hingga wangi, masukkan bahan2 tumbuk dan cili kisar, masak hingga terbit minyak. Tuang air dan masukkan jus asam jawa. Bila mendidih, tambah garam dan secubit gula. Matikan api.
  3. Dalam belanga tanah atau periuk, susun tebu seperti dalam gambar, kemudian susun pula kepingan ikan. Tuang kuah tadi dan masak atas api perlahan sehingga mendidih.
  4. Tutup periuk dan biar mendidih perlahan untuk 8 - 10 minit. Rasa dan jika ok boleh matikan api....

SAMBAL UDANG & TERUNG PIPIT

Sambal Udang & Terung Pipit

Sekarang ni musim terung pipit@terung rimbang, pokok2 yang tumbuh meliar mula mengeluarkan butiran terung yang comel2 (saling tak tumpah macam kacang pis u!!)...Mat suka kalau dimasak sambal tumis, kalau guna ikan bilis pun sedappp!!!!...Lagi satu kan terung pipit ni mempunyai nilai2 perubatan untuk pesakit "Gaot".....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 1/2 cawan terung pipit
1 cawan udang
1/2 cawan jus asam jawa
2 cawan cili kisar
6 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 inci belacan*(*ditumbuk lumat)
Garam dan gula secukup rasa
1 cawan air

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Cuci terung pipit, tumbuk sedikit (sekadar pecah2 sahaja) dan udang dikupas, cuci dan toskan. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk lumat hingga wangi, masukkan cili kisar dan masak hingga terbit minyak. Tuang air dan masukkan terung pipit tadi. Tambah jus asam jawa dan biar mendidih sehingga terung pipit lembut.
  3. Masukkan udang dan tambah garam dan gula secukup rasa. Masak hingga sedikit pekat dan rasa, jika ok boleh matikan api...Hidangkan bersama nasi hangat.

LEMAK CILI PADI REBUNG & IKAN

Lemak Cili Rebung & Ikan

Ini masakan bermusim, maksudnya kalau ada stok rebung baru lah boleh masak. Orang2 N9 memang suka makan rebung jeruk ni, masak dengan daging salai, babat atau ikan, semua boleh u. Tapi kalau yang kalah dengan rebung elok lah elakkan, kot2 kang sakit lutut ke...dah tak boleh nak "gedek2"!!!...

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 - 3 cawan rebung jeruk, cuci dan toskan
4 keping ikan tenggiri
1 keping asam gelugor
600 ml santan cair
300 ml pati santan
3 batang serai, dititik
Garam dan sedikit gula
1/3 cawan cili padi*
1 1/2 inci kunyit hidup*
1 camca teh garam kasar*(*ditumbuk lumat)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan rebung, bahan tumbuk, serai titik, asam gelugor dan santan cair. Kacau rata dan tenggekkan atas api sederhana sehingga mendidih.
  2. Masukkan ikan dan kacau perlahan dan tuang pati santan. Tambah garam secukup rasa dan secubit gula (jika suka). Masak atas api perlahan, kacau sekali sekala sehingga mendidih. Rasa dan jika ok boleh matikan api...

SPAGHETTI SEGERA

Spaghetti Segera

Ini masakan 2 hari lepas, tak sempat nak masuk kan ke blog, tah kenapa line ada gangguan pulak di kawasan kampung nie.....Sebab malas nak masak, jadi mat guna sos spaghetti segera saja, tapi masih sedap!!!!.

BAHAN-BAHANNYA :-)
Spaghetti, direbus mengikut arahan pada pack, toskan dan gaul dengan sedikit mentega
2 batang sosej "AYAMAS" berlada hitam, potong bulat
4 batang jejari ketam, dikerat2
1/2 biji capsicum merah*
1/2 biji capsicum hijau*
1/2 biji capsicum kuning*(*didadu)
1 batang saleri, hiris halus
5 kuntum cendawan butang, hiris
2 ulas bawang putih, cincang halus
1/2 camca teh lada hitam biji, tumbuk halus
1 tin sos spaghetti segera (sebarang perisa), mat guna perisa herba dan keju
Minyak zaitun untuk menumis

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak zaitun, tumis bawang putih hingga layu, masukkan cendawan dan saleri, kacau rata.
  2. Masukkan sosej dan jejari ketam, kacau rata dan tuang sos spaghetti dan sedikit air (anggaran 1 cawan). Biar mendidih dan masukkan semua capsicum tadi dan juga lada hitam tumbuk. Masak dengan api perlahan sehingga pekat.
  3. Letakkan spaghetti atas pinggan sesuai, tuang sos dan hidangkan segera. Jika suka boleh tabur hirisan daun parsley (mat guna daun bawang saja).....

Friday, October 17, 2008

PACERI TERUNG NYONYA

Paceri Terung Nyonya

Kaum baba dan nyonya, seperti orang melayu, mereka juga menghidangkan paceri terung, pada mat semuanya sama mcm orang kita masak.....kita tengok saja lah yeaa...

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 biji terung bulat
1 biji cili merah, belah dua
1 biji cili hijau, belah dua
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji bawang merah, hiris halus
1 ulas bawang putih, hiris halus
2 camca besar cili kisar
2 1/2 camca besar rempah kari ikan
2 camca besar kerisik
Garam dan gula secukup rasa
1 keping asam gelugor
1 cawan santan
1 camca besar udang kering, rendam 10 minit dan toskan*
5 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
3 biji buah keras*
1 inci kunyit hidup*
1/2 inci halia*(*dikisar halus)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Terung dibuang sedikit kulitnya, potong 2 setiap biji dan belah 4 bahagian untuk setiap potongan, rendam dalam air becampur sedikit garam. Satukan bahan kisar halus bersama rempah kari dan cili kisar, kacau rata dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bawang merah/putih hiris, kayu manis dan bunga lawang, masak hingga harum. Masukkan bahan2 kisar yang telah dibancuh tadi. Tumis hingga terbit minyak, guna api sederhana.
  3. Masukkan garam dan gula (lebih sikit, sebab paceri rasanya manis), kacau rata. Tuang santan dan masukkan asam gelugor. Biar mendidih.
  4. Masukkan terung, cili belah dan kerisik, kacau rata, kecik kan api dan masak hingga terung lembut dan kuah pekat. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan....

ASAM PEDAS BERANGIN AGAINNN!!!!!!

Asam Pedas Berangin

Lepas2 raya ni kan, tekak rasa sedap je kalau makan asam pedas, tak jemu2 gitu....Oleh yang demikian mat masak lah lauk2 siaran ulangan. Oleh sebab macam rajin, mat tulis jugaklah resipi dia walaupun dah ada dalam n3 lepas....

BAHAN-BAHANNYA :-)
4-5 keping ikan "duri" atau ikan "tenggiri
1 pokok sawi jeruk
1 cawan jus asam jawa
Garam dan gula seckup rasa
1 cawan cili kisar
7 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1/2 inci kunyit hidup*
1/3 camca teh lada hitam biji*
1/2 inci belacan*(*ditumbuk hingga lumat)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan diperap bersama sedikit garam dan jus limau nipis selama 10 minit, cuci bersih dan toskan. Sawi jeruk dicuci, kerat2 dan rendam dalam air sejuk. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk (kalau ada belanga tanah, lagi bestt!!), tumis bahan2 tumbuk hingga wangi, masukkan cili kisar dan masak hingga terbit minyak.
  3. Masukkan air (anggaran 600ml, atau ikut keperluan) dan juga sawi jeruk (perah sawi jeruk sebelum dimasukkan). Bila mendidih, masukkan ikan dan jus asam jawa. Tambah garam secukup rasa dan sedikit gula.
  4. Biar menididh hingga ikan masak, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidang kan bersama nasi hangat....

Thursday, October 16, 2008

DAGING EMBEL BALI

Daging Embel Bali

Ini resipi "Mami Asmah Laili" dari Singapura. Tapi mat main masak saja, sebab terdengar mami asmah bagi resipi ni dalam radio singapura dalam segman "pesta perut", kebetulan masa tu, kita nak beraya, jadi main ingat gitu2 aje laa...Kalau sesiapa ada resipi lengkap yang betul boleh lah kongsi dengan mat yeaa....Nak kena cari jugak buku masak Mami Asmah nie.....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 kg daging batang pinang, hiris nipis lebar2, cuci dan toskan
4 helai daun limau purut
3 helai daun salam (mat guna "bay leaf")
2 batang serai, dititik
1 camca besar gula melaka
Garam secukup rasa
8 biji bawang merah*
5 ulas bawang putih*
1.5 inci lengkuas*
2 1/2 camca besar ketumbar biji*
1 camca besar jintan manis*
1/2 camca besar lada hitam biji*
1 inci kunyit hidup*
4 biji buah keras*(*dikisar halus)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Masukkan daging ke dalam periuk, tuang bahan2 kisar, gaul rata dan masukkan juga serai titik, daun salam/bay leaf dan daun limau purut. Tambah air sehingga separas daging.
  2. Masak hingga mendidih, masukkan garam secukupnya (jangan banyak2) dan rebus hingga daging lembut, masukkan gula melaka dan masak lagi dengan api perlahan hingga kuah kering (seakan2 rendang). Alih ke dalam bekas dan biar daging sejuk.
  3. UNTUK MENGHIDANG :- Oleskan sedikit minyak dalam non-stick pan. Goreng daging tadi hingga dua2 bahagian menjadi kekuningan (bergantung pada kuantiti, mat goreng 7- 8 keping sekali). Angkat dan hidangkan segera bersama nasi hangat dan sambal belacan....Mintak ampoonnn sedappp!!!!! (petik dari kata2 Mami Asmah Laili!!!)....

Wednesday, October 15, 2008

UDANG KARI KAPITAN

Udang Kari Kapitan

Mat masak kari kapitan guna udang, tapi bukan udang galah yea. kami guna udang "kaki merah" yang selalunya begitu popular bagi kaum cina dan peranakan untuk dimasak semasa "makan besar"....Sekali2 boleh lah makan, udang ni kalau dibelah2 Johor, harga ada sikit atas laaa (sekitar RM40++ per KG!!!).....Tapi dari segi rasa, memang sedap dan berbaloi sangat...Mungkin yang dok Sabah/Sarawak harga lebih rendah kot.....

BAHAN-BAHANNYA :-)
7 - 8 ekor udang "kaki merah" saiz besar (boleh guna udang lain atau ketam)
1 biji timun (kalau resipi tulen, tak letak timun)
8 biji belimbing buluh (resipi tulen, yg ni pun tak letak)
2 batang serai, dititik
600 ml santan cair
300 ml pati santan
1 keping asam gelugor
4 biji bawang merah, hiris halus
2 ulas bawang putih, hiris halus
Garam dan gula secukup rasa
5 biji cili merah*
1 inci lengkuas*
3 biji buah keras*
7 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 inci kunyit hidup*
1/2 inci belacan*(*dikisar halus)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Udang dipotong sedikit bahagian hujung kepala, buang kotoran, cuci bersih dan toskan. Timun dikupas, potong 2 kemudian belah 4 setiap potongan. Belimbing dicuci dan belah 2. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis serai titik, bawang merah dan bawang putih hiris hingga harum, masukkan bahan2 kisar dan masak hingga terbit minyak. Masukkan udang dan gaul rata. Masak sekejap. Tuang santan cair dan masukkan asam gelugor. Biar mendidih.
  3. Masukkan timun dan tuang pati santan. Tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Biar mendidih perlahan sambil dikacau. Akhir sekali masukkan belimbing buluh dan masak 1 - 2 minit lagi. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan panas2....

KERABU SOTONG MANGGA

Kerabu Sotong Mangga

Jom makan kerabu sotong dengan mangga....tekak pakcik dah tak bley tahan nihh!!!!

BAHAN-BAHANNYA :-)
300 g sotong
2 biji mangga separuh masak, kupas dan h
1 kuntum bunga kantan, hiris halus
1 biji bawang besar, hiris halus
1 batang serai, bahagian putih sahaja, hiris halus
Garam dan gula secukup rasa
2 - 3 biji limau kasturi, perah jusnya
2 biji cili merah*
8 - 10 biji cili padi*
1 inci belacan, dibakar*(*ditumbuk halus)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Bersihkan sotong, potong bulat, cuci dan toskan. Celur sotong dalam air mendidih yang ditambah sedikit garam selama 30 saat. Angkat dan toskan.
  2. Masukkan bahan2 tumbuk dalam satu bekas, masukkan gula dan sedikit garam, kacau rata. Masukkan hirisan bunga kantan, serai dan bawang. Gaul hingga rata.
  3. Masukkan bahan2 lain kecuali jus limau kasturi, kacau hingga rata dan tambah jus limau kasturi. Jika suka masam tambah lebih, sesuaikan rasa dan boleh dihidangkan segera....

BAWANG GORENG

Bawang Goreng

Ini bukan resipi, cuma nak berkongsi tips, mat tau memang semua dah tau cara2 nak buat bawang goreng, tapi mungkin setiap individu berbeza teknik dan gaya mereka. Apa lah salah kan kita berkongsi idea...Apa yang kita tau, mungkin orang lain tak tau dan begitulah sebaliknya.


Bawang Goreng

Selalunya mat pilih bawang merah kecil bewarna merah gelap. Lepas kupas, cuci bersih dan toskan sampai kering. Hiris nipis hingga siap dan gaul bersama sedikit gula halus (anggaran 1/2 camca teh, bergantung pada kuantiti bawang hiris) dan juga sedikit garam, gaul rata. Panaskan minyak dan goreng dengan api sederhana kuat sehingga kekuningan. Matikankan api dan terus angkat, jangan tunggu kaler bawang goreng jadi perang baru nak angkat, sebab masa kita toskan bawang goreng tu, ia masih melalui proses memasak lagi. Alih ke atas dulang beralas paper towel, ratakan dan biar sejuk sebelum disimpan dalam bekas kedap udara....

Sunday, October 12, 2008

TAT STRAWBERRY

Tat Strawberry

Sebelum tu nak minta maaf dulu sebab terlewat letak n3 yang ini, tak perasan rupanya tertinggal satu resipi biskut lagi. Ini tat strawberry yang inti dia dihasilkan dari puree strawberry asli yang dimasak seperti jem nenas hingga pekat dan boleh digentel...Tapi bukan mat buat, cuma "rembat" kat kedai baking saja...hehehehe.

BAHAN-BAHANNYA :-)
250 g mentega
100 g margerine
2 kuning telur
80 g gula aising
1 camca teh esen vanilla
3 camca besar tepung kastard
Tepung gandum secukupnya
Jem strawberry secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Putar mentega, margerine, kuning telur dan esen vanilla hingga sebati. Masukkan tepung kastard, gaul rata. Tambah tepung gandum sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh yang lembut dan boleh dicanai. Rehat kan doh 15 minit. Kalau nak buat tat gulung, buat adunan lembut sedikit.
  2. Canai dan terap menggunakan acuan tat (kalau rajin boleh sepit keliling dia, tapi guna acuan tat jenis plain). Buat hingga siap dan letak jem strawberry yang telah digentel. Letak sedikit doh atas jem sebagai hiasan. Buat hingga habis.
  3. Bakar pada suhu 175C selama 15 - 20 minit. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum disimpan dalam bekas kedap udara...

Saturday, October 11, 2008

KUPANG GORENG PEDAS

Kupang Goreng Pedas

Masakan ringkas, mudah dan sedap kalau dimakan bersama bubur nasi atau pun nasi hangat. Kalau nak berapi, makan pulak dengan sambal belacan....boleh tergolek kat situ jugakk!!!!!!!

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan isi kupang, cuci, tos dan gaul bersama 1/2 camca teh serbuk kunyit dan sedikit garam
1 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
8 biji cili hijau, hiris
1 inci belacan
1/3 cawan jus asam jawa (jgn pekat sangat)
Garam dan sedikit gula

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, goreng kupang selama 2- 3 minit. Tolak tepi kuali, dan masukkan hirisan bawang besar, bawang putih dan cili hijau. Masak hingga bawang layu. Gaul bersama kupang tadi.
  2. Satukan belacan bersama jus asam jawa, ramas hingga sebati, masukkan ke dalam kuali, kacau rata. Tambah garam secukup rasa dan sedikit gula jika perlu. Masak untuk 1 - 2 minit. Rasa dan jika ok, boleh matikan api.
  3. Hidangkan bersama nasi hangat atau pun bubur nasi.....

Thursday, October 9, 2008

MASAKAN KAMPUNG 2

Masakan Kampung

Lemak putih nangka muda, rendang ayam serai, sambal belacan dan ikan masin goreng tergolong dalam masakan kampung juga lah kan, walau pun mudah dapat dibandar. Bahan2 mentah dia kalau dipasar memang senang didapati, cuma kalau di kampung, kami tanam sendiri di kebun2, dan ada juga yang tumbuh melata di tepi2 jalan...

Masakan Kampung

Resipi2 untuk masakan ni mat dah sertakan secara ringkas di bawah...Kalau rasa ingin mencuba silakan lah yea...Kalau rasa payah, beli jee lah yang dah siap dimasak, cuma kalau masak sendiri lebih puas hati dan boleh test skill memasak kita....Selamat mencuba untuk semua!!

IKAN MASIN GORENG

Ikan Masin Goreng

Yang ni tak payah lah nak bagi tau dengan panjang lebar kan. Ikan masin tenggiri ni memang lagi sedap dimakan bersama nasi hangat dan perahan jus limau kasturi dan ditenyeh cili padi....Fuu yooo!!!!, berpeluhh uu!!!

SAMBAL BELACAN

Sambal Belacan

Lepas tu, ada pulak sambal belacan...Ini memang wajib bagi kita orang2 melayu, kalau dah ada masak lemak, sambal belacan dan ikan masin tak boleh tak de.....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1/4 cawan cili padi
2 biji cili merah
1 inci belacan, dibakar hingga harum
Secubit garam
Secubit gula
Limau kasturi, dibelah 2

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Cuci cili padi dan cili merah, toskan hingga kering. Masukkan ke dalam lesung batu bersama bahan2 lain kecuali limau kasturi. Tumbuk hingga lumat. Elakkan terkena air semasa menumbuk, ini boleh menyebabkan proses menumbuk jadi sukar dan boleh terpercik ke mata.
  2. Hidangkan bersama belahan limau kasturi....

RENDANG AYAM SERAI

Rendang Ayam Serai

Lepas tu kita masak rendang ayam serai, rendang ayam biasa2 saja......

BAHAN UTAMA :-)
1 ekor ayam anggaran 1.2 kg, potong 12 atau 16
2 keping asam gelugor
2 camca besar kerisik
1 camca besar gula melaka
1300 ml santan
3 camca besar cili kisar
3 helai daun kunyit, dimayang halus
Garam secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
1/3 cawan cili padi
8 batang serai, dihiris halus
3 biji buah keras
1 1/2 inci halia
1 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
10 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1/2 camca teh lada hitam biji
2 camca besar rempah kari daging

BAHAN TUMIS :-)
4 biji bawang merah, hiris halus
2 ulas bawang putih, hiris halus
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji pelaga

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ayam dicuci bersih dan toskan. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumis hingga harum, masukkan bahan2 kisar bersama cili kisar. Masak dengan api sederhana hingga terbit minyak. Masukkan ayam dan masak hingga ayam kecut.
  2. Tuang santan dan biar mendidih, masukkan garam, asam gelugor dan juga kerisik, masak dengan api sederhana sehingga hampir kering. Masukkan gula melaka dan hirisan daun kunyit.
  3. Masak dengan api kecil sehingga rendang kering. Bergantung pada individu, jika mahu rendang basah, boleh matikan api dan jika suka kering, masak lagi hingga kering. Kacau selalu dengan berhati2 untuk mengelakkan rendang hangus.

LEMAK PUTIH NANGKA MUDA

Lemak Putih Nangka Muda

Hari ni masak lemak nangka muda, mesti semua dah biasa masak gulai ni dan mat pun dah beberapa kali masak dan letak kat blog, tapi tak pelah, mat letak lagi sekali yeaa, kot2 lain kan dari resipi terdahulu....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 kg nangka muda yang siap dikupas
3 helai daun kunyit, disiat2
1 camca besar udang kering, rendam 10 minit, toskan dan tumbuk kasar
1 biji bawang besar, hiris halus
4 ulas bawang putih, diketuk
1/2 camca teh lada hitam biji, ditumbuk kasar
800 ml santan cair*
300 ml pati santan*(*dari 1 biji kelapa parut)
1/3 camca teh serbuk kunyit (jika suka)
Garam dan sedikit gula

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Nangka dipotong kiub sederhana besar. Celur hingga 1/2 empuk, toskan. Masukkan ke dalam periuk bersama udang kering, bawang besar, bawang putih, serbuk kunyit dan lada hitam tumbuk.
  2. Tuang santan cair dan masak dengan api sederhana hingga mendidih. Bila nangka hampir empuk, tuang pati santan dan tambah garam secukup rasa dan juga secubit gula. Masukkan daun kunyit.
  3. Biar mendidih perlahan hingga nangka empuk, tetapi tidak terlalu lembut. Rasa dan jika ok boleh matikan api dan hidangkan...

Wednesday, October 8, 2008

LALA GORENG SERAI

Lala Goreng Serai

Salam untuk semua...Sekian lama bercuti dengan tak de n3 baru (sebenarnya masak2 juga, tapi semuanya masak2 biasa jee), hari ni mat masukkan n3 baru yea, tapi resipi mudah dan teramat senang sekali.....Jom kita lihat sapa yang kenaaa!!!!!!!


BAHAN-BAHANNYA :-)
1 kg "lala" segar (kalau dapat yg masih hidup) cuci bersih dan toskan
2 batang serai, dititik
4 biji bawang merah, hiris halus
3 ulas bawang putih, diketuk
1 inci halia, diketuk
1 camca besar sos tiram
3 tangkai cili kering, hiris serong dan rendam
Sedikit garam
2 camca besar minyak untuk menumis
Hirisan daun bawang secukupnya untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis cili kering dan goreng hingga wangi. Masukkan bawang hiris, bawang putih, halia dan serai. Kacau rata.
  2. Tambah sos tiram, gaul rata dan masukkan lala. Gaul hingga rata. Tuang sedikit air (anggaran 1/3 cawan). Tutup kuali dan masak 5 minit dengan api kuat. Kacau rata dan tambah sedikit garam jika perlu.
  3. Angkat dan taburkan hirisan daun bawang sebelum dihidangkan panas2 bersama nasi hangat dan sambal belacan....Sedapppp waaa cakap sama luuuuu!!!!!!

Friday, October 3, 2008

KAD-KAD UCAPAN SELAMAT HARI RAYA....

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Dan Batin untuk semua, Mat minta ampon dan maaf pada semua, terutama yang sudi beri mat kad2 raya cyber yang begitu cantik...Terima kasih sekali lagi atas ingatan anda semua dan minta maaf juga sebab terlewat mengambilnya..

From :- Zira

From :- Moi

From :- Siti Khuzaimah

From:- Suzi

From :- Sweet Lilly

From :- Aishah

From :- Along Roz

From :- Bunga Rose

From :- Cek De Sam

From:- Kak Lin