RESIPI KAMBING MASAK BLACK PEPPER

RESIPI KAMBING MASAK BLACK PEPPER

Assalammualaikum, selamat tahun baru cina bagi yang merayakannya. Hari ni che mat tiba2 nak makan kambing masak lada hitam atau black pepper. Tapi masalahnya tak tau lah ada ke tak stok kambing dalam freezer. Maka operasi menyelongkar freezer pun berjalan, alhamdulillah, memang rezeki, ada belen daging kambing sikit, dalam satu container plastik. Boleh lah kita masak black pepper. Dan untuk jadikan ia nampak banyak sikit, che mat tambah sayuran sikit sebagai penyeri. Untuk sos black pepper tu che mat bancuh sendiri, gunakan lada hitam biji, kita tumbuk hingga hancur, tapi toksah halus sangat. Daging kambing tu che mat rebus dulu dengan sedikit halia dan bawang putih hingga dagingnya empuk. Air rebusan nanti kita guna balik untuk masak kuah black pepper. Resipi mi memang mudah. Kalau tak makan kambing, boleh ganti dengan daging lembu atau ayam. Sedap ni makan dengan nasi panas, nasi tu masak lembik2 sikit. Atau makan dengan bubur nasi pun enak...Jomm kita semak resipinya di bawah ini..

BAHAN-BAHANNYA :-)
400 gram daging kambing, cuci dan toskan*
1 inci halia, hiris*
3 ulas bawang putih, diketuk*(*direbus hingga daging kambing empuk, asingkan air rebusannya)
1/4 traffic light capsicum (merah, hijau, kuning), dipotong kiub
2 batang leek, kerat pendek dan rendam
1 biji kentang, kupas, potong kiub dan goreng hingga masak
1 biji bawang holland, hiris kasar
2 ulas bawang putih, mayang halus
1/2 inci halia, mayang halus
3/4 camca besar tepung jagung*
1/4 cawan air*(*dikacau rata)
Hirisan daun bawang, untuk hiasan

BAHAN-BAHAN SOS - DISATUKAN :-)
1 cawan air
4 camca besar sos tiram
3 camca besar kicap lemak manis
1 camca teh minyak bijan
1 camca besar lada hitam biji, ditumbuk hancur

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, anggaran 3 camca besar. Tumis hirisan halia dan bawang putih hingga wangi. Masukkan daging kambing rebus, kacau dan masak sekejap. Masukkan air rebusan dan bahan2 sos yang disatukan tadi. Kacau rata dan biarkan mendidih dengan api sederhana.
  2. Masukkan leek (toskan dulu air rendamannya), hirisan bawang Holland, kacau rata dan bila bawang lembut, boleh masukkan traffic light capsicum dan kentang goreng. Gaul rata dan masak sekejap.
  3. Rasa dan jika kurang masin, boleh tambah garam atau sedikit lagi kicap. Kuatkan api dan masukkan bancuhan tepung jagung, kacau bancuhan tepung jagung tadi sebelum dimasukkan ke dalam kuali. Gaul rata dan bila kelihatan pekat, terus matikan api.
  4. Alihkan ke dalam mangkuk sesuai, tabur dengan hirisan daun bawang dan boleh hidangkan dengan nasi putih dan lauk2 lain. Selamat mencuba!

RESIPI KAMBING MASAK BLACK PEPPER RESIPI KAMBING MASAK BLACK PEPPER Reviewed by Mat Gebu on 2/12/2021 12:18:00 PM Rating: 5

2 comments:

  1. Perghhhh!! Walau ako x makan kambing.. Dengar black pepper pun dh buat tekak ako terasa nak makan😋😋

    ReplyDelete
  2. meggodanyaaaaa mbekkkkkk heheheh

    ReplyDelete

PERINGATAN

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.

Powered by Blogger.