RESIPI SAMBAL GORENG JAWA

Assalammualaikum, salam semua. Ini entri pertama che mat untuk bulan Februari 2021. Rasa lemau ajer nak kemas kini blog. Apa2 pun in sha Allah jika ada resipi yang che mat rasa ok untuk dikongsikan, boleh lah tulis kat sini. Kadang2 memasak tu hari2, cuma menu yang biasa dan kerap orang lain masak. Satu lagi, che mat dah banyak kali kongsikan kat blog, contohnya asam pedas, berpuluh2 kali dah ada entri asam pedas dalam blog tiffinbiru ni, mesti jemu, yea dak. Resipi ringkas hari ni sesuai untuk dihidangkan setiap masa, makan dengan nasi putih sedap, ketupat pun ok, atau boleh diratah2 macam tu saja. Memasknya mudah dan bahan2 dia ada yang perlu digoreng dulu. Che mat gunakan pedal ayam, walaupun pedal ayam tu dari ayam muda, che mat rebus dulu kasi betul2 empuk, maklumlah kan sejak usia menganjak ke warga emas ni, pagar semua dah goyang, kang makan2 tau gigi terpelanting jatuh. Kalau nak tambah daging lembu, paru lembu atau hati pun boleh juga, Teringat arwah bak dulu, dia suka campur usus ayam, tapi che mat tak makan. Mungkin cara tradisi orang2 jawa masak macam tu kan, campur macam2...Nak cuba masak, jomm che mat kongsikan resipi kat bawah ni..

BAHAN-BAHANNYA :-)
8 ketul pedal ayam
1 biji kentang saiz besar, kupas dan potong kiub
1 keping tempe, che mat guna tempe yang berbungkus plastik tu
1 keping tauhu, kalau tauhu jenis kecik, guna dua keping
3/4 cawan isi udang, cuci dan toskan (che mat guna isi udang besar, jadi seekor dikerat 3)
Tauhu kering @ fucuk, sebesar 2 tapak tangan dewasa, potong kecik dan rendam hingga lembut
1/2 cekak suhun, kerat pendek dan rendam hingga lembut
1/4 camca teh pes asam jawa adabi
1 genggam ikan bilis, dibersihkan, cuci, rendam sekejap, toskan dan tumbuk kasar
6 - 7 biji bawang merah kecil, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
3 keping hirisan nipis halia, dimayang halus
1 biji cili hijau, hiris
1 biji cili merah, hiris
Kicap lemak manis secukup rasa, anggaran, 2 - 3 camca besar
Garam secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Pedal ayam dicuci bersih dan rebus dengan sedikit halia dan bawang putih, hingga pedal empuk. Kemudian hiris dan goreng, tapi toksah goreng lama sangat, goreng sekejap saja dalam 30 saat dengan api besar, angkat dan toskan. Goreng berasingan tauhu, tempe, kentang dan isi udang. Isi udang tu pun goreng sekejap ajer, dalam 15 saat, angkat dan toskan, Ketepikan semuanya. 
  2. Dalam kuali yang sama, keluarkan minyak dan tinggalkan dalam 1/4 cawan. Tumis ikan bilis hingga wangi, masukkan hirisan bawang merah kecil, bawang putih, halia cili hijau dan cili merah. Masak hingga semua bahan2 layu. Masukkan pes asam jawa dan kacau rata. Tambah fucuk (toskan dulu air rendamannya), kacau rata.
  3. Masukkan kesemua bahan2 yang digoreng tadi, gaul dan tambah suhun (toskan air rendamannya), Gaul rata dan masukkan kicap lemak manis. Bila dah dikacau rata kita rasa dulu, baru dimasukkan garam secukup rasa. Biarkan masak sekejap, dan boleh matikan api. Siap untuk dihidangkan, selamat mencuba!

RESIPI SAMBAL GORENG JAWA RESIPI SAMBAL GORENG JAWA Reviewed by Mat Gebu on 2/11/2021 11:04:00 AM Rating: 5

2 comments:

PERINGATAN

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.

Powered by Blogger.