RESIPI SUP IKAN MERAH

Assalammualaikum, salam semua. Hari ni che mat ambik masa update blog, rasanya sejak tahun 2021, ini baru entri ke - 3. Hurmm, sejak2 ni rasa macam malas pulak nak berblog, tapi sayang pulak kan blog ni dah beroperasi lebih 11 tahun ni kalau kita abaikan. Menu ringkas che mat hari ni ialah sup ikan merah. Memang dah biasa orang masak sup ikan, tapi lain orang lain lah resipi dan cara memasaknya. Sup ikan merah ni che mat masukkan cendawan tiram, tapi bukan cendawan tiram biasa tu, ini cendawan tiram jenis 'king oyster mushroom'. Batangnya besar dan tebal. Rasanya kenyal2 seperti daging ayam. Kalau yang tak makan ayam, cendawa ni sesuai kalau kita jadikan rendang. Che mat guna ikan merah saiz sederhana kurang lebih dalam 600+ gram seekor. Ni jam ikan mahal, apa tah lagi nak tahun baru cina, harga udang lagi lah, toksah tanya, mahal giler. Ikan merah ni pun sekilo RM 40!, pheww, nak makan punya pasal, beli juga lah. Selain masak asam pedas, ikan merah juga ngam dibuat sup. Kalau tak nak guna ikan merah, boleh saja ganti dengan ikan lain. Pada che mat, kalau nak buat sup ikan, pilih ikan yang isinya putih, baru sedap. Nak cuba masak? Jomm semak resipi di bawah ni...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ikan merah kurang lebih berat 600+ gram
4 kuntum cedawan 'oyster king mushroom' contoh di sini 
1 sup bunjut 'sup ikan' adabi
1 pokok daun ketumbar, kerat kasar
1 kiub ikan bilis maggi
1 batang serai, diketuk
1 camca teh lada hitam biji, ditumbuk halus
1 camca besar rempah sup adabi
1 biji limau nipis, perah jusnya
Garam secukup rasa
Air secukupnya

BAHAN-BAHAN TUMBUK HALUS :-)
3 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1/2 inci halia

BAHAN-BAHAN TUMIS DARAT :-)
3 biji bawang merah kecik, hiris
1 ulas bawang putih, hiris

BAHAN SAMPINGAN :-)
Hirisan daun bawang
Hirisan daun sup
Bawang goreng
Sambal kicap, jika suka

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan merah disiang, potong kepada beberapa bahagian atau ikut suka, Cuci dan perap denga garam kasar dan jus limau nipis selama 15 minit. Cuci kembali hingga bersih dan toskan. Cendawan dicuci, toskan dan potong kiub besar2 dan ketepikan,
  2. Panaskan minyak dalam periuk, anggaran 4 camca besar, Tumis bahan2 tumbuk halus, serai dan masukkan juga sup bunjut 'sup ikan' adabi (dalam bungkusan sup bunjut adabi ni ada 1  sup bunjut, bay leaf, kayu manis dan buah keras. Masukkan kesemuanya sekali). Kacau rata dan masak hingga wangi. 
  3. Masukkan rempah sup, kacau rata dan tuang sedikit air, anggaran 1/2 cawan. Kacau dan biarkan rempah masak dengan api kecik untuk 8 - 10 minit. Tuang air secukupnya, anggaran 1.2 liter, kacau dan biarkan mendidih.
  4. Masukkan ikan dan juga cendawan. Tambah kiub ikan bilis, lada hitam tumbuk dan kacau perlahan, biarkan mendidih hingga ikan masak. Perasakan dengan garam secukupnya dan masak sekejap. Akhir sekali masukkan daun ketumbar dan jus limau nipis, kacau perlahan dan rasa, jika ok boleh matikan api.
  5. Sementara itu, panaskan 3 - 4 camca besar minyak dalam kuali dan tumis hirisan bawang merah dan bawang putih (yang ni untuk tumis darat). Masak hingga bawang keperangan, tapi awas jangan sampai hangus pulak. Masukkan bawang tadi dengan minyak2 panasnya sekali ke dalam periuk sup. Tutup periuk dan biarka 10 minit. Sebelum dihidangkan, tabur dengan hirisan daun bawang, daun sup dan bawang goreng. Jika suka boleh dimakan dengan sambal kicap, selamat mencuba!
CATATAN MAT GEBU :- Jus limau nipis tu boleh juga diganti dengan jus limau kasturi. Bagi yang tak suka rasa masam , tak perlu masukkan jus limau nipis. Sedap dimakan sama nasi panas, roti atau dihirup panas2....

RESIPI SUP IKAN MERAH  RESIPI SUP IKAN MERAH Reviewed by Mat Gebu on 1/18/2021 01:27:00 PM Rating: 5

2 comments:

  1. sedapnyaaaa lama tak buat menu ni...nanti lah cari ikan merah

    ReplyDelete
  2. Sedapnya. Kena cari bahan untuk try resepi ini.

    ReplyDelete

PERINGATAN

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.

Powered by Blogger.