BEN ASHAARI

Saturday, May 31, 2008

KERANG REBUS

Kerang Rebus

Jom makan kerang rebus, sekarang ni musim kerang berisi penuh, tak rugi beli. Cuma yang perlu kita awasi teknik memasak, selalunya mat akan rebus betul2 sehingga kerang mudah dikopek, untuk mengelakkan kejadian yang tidah diingini......

Kerang Rebus

Salah satunya jika suka makan kerang yang tidak cukup masak, ialah penyakit "Hepatitis A"....untuk maklumat lanjut boleh rujuk disini.... Oleh itu pastikan kerang direbus sehingga cengkerangnya "tersenyum" dan mudah dikopek!!!...

Bahan-Bahannya :-)
Kerang secukupnya (mat rebus 3 kg kerang!!!)
4 biji bawang merah, dihiris
3 ulas bawang putih, dihiris
3/4 cawan air
Garam secukup rasa (anggaran 3/4 camca besar)

Bahan Sambal Cuka :-)
4 - 5 biji cili merah
3 ulas bawang putih
1/2 camca teh garam
1/2 cawan gula (boleh kurangkan)
3 - 4 camca besar cuka makan
Sedikit air

Cara membuatnya :-)
  1. UNTUK SAMBAL CUKA :- Tumbuk cili dan bawang putih hingga lumat, tambah garam dan gula, tumbuk sehingga semua sebati. Alihkan ke dalam bekas, masukkan cuka makan dan sedikit air, kacau hingga rata.
  2. UNTUK KERANG REBUS :- Cuci kerang bersih2, kalau dapat berus kulitnya (gunakan berus plastik) sehingga bersih. Bilas 3 - 4 kali dan toskan. Dalam kuali, masukkan 2 camca besar minyak masak, tumis bawang merah dan bawang putih hingga harum, masukkan kerang dan garam, gaul rata. Tuang air dan tutup kuali. Biar kerang masak, kacau sekali sekala, masak 10 - 15 minit atau hingga kerang mudah dikopek dan isinya senang tanggal.
  3. Hidangkan kerang bersama sambal cuka, boleh juga dimakan dengan sambal kicap, ikut selera masing2....selamat memasak untuk semua!!!

9 comments:

divahantu said...

mat gebu - aku nak belajarlah cara rebus keras sampai tersenyum tu. bila dia senyum senang nak kopek kan..?

jo ayee said...

I hate you so much right now
I hate you so much right now
I hate you so much right now
Ahh...

jo ayee said...

mat...jgn amik hati..itu lirik lagu..hehe...tpkan memang kejam...uhuk

KakYu said...

mat kerang rebus nampak sedap bila cik mat ni masak..... senyum kerang ..manis je rupa...

pReciOus shaRihaNa iLesOr said...

wah.
kerang rebus~!!!

sy sanggup tolak piza.mcD.kfc.SR.Kenny R. and many more kalo dh nmpk kerang rebus dpn mata~!!!

nak mkn kerang rebussssssssss~!
uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.

I Cook4Fun said...

Is so difficult to find fresh kerang kat sini. Semua dah rebus and frozen and keras macam batu. Wish I can sink my teeth into one
:(

Dianne said...

benci tul tgk kerang tu,lg lah asam pedas plak!!! lebih2 lg dpn mata dyg ni yg xmemasak!!! mak oiii kesian lah dgn dyg ni!!! terliur sampai nyer hati MUUUUUUUU!!!

box said...

salam mat
terima kasih memberi pesanan..anak akak yang bujang tu suka benor ngan kerang rebus ke bakar ke..

akak akan ikut pesanan mu..inshaALLAH

kak tun
http://boxhousestudio.fotopages.com

Min said...

Mat, tak tau pun pasal penyakit tu..kita akan pastikan lepas ni rebus sampai kerang senyum. Thanks.