RESIPI AYAM MASAK STEW

Assalammualaikum salam semua. Masak apa hari ni, cuaca jerebu2 macam ni rasa malas nak keluar, apa tah lagi kalau kena pi belanja barang dapur yea dak. Banyak juga sekolah2 dicutikan sebab jerebu. Harap2 ini semua cepat berlalu dan kita dapat jalankan kehidupan seharian seperti biasa. Hari ni che mat masak satu menu barat, tapi tak seratus peratus macam orang barat masak, kira ala2 fusion lah sebab ada gunakan bahan tempatan. Bahan2 ada kat rumah ajer. Pernah makan stew ayam? Biasakan orang masak stew daging, kali ni che mat masak stew ayam pulak. Hidangan ni sesuai untuk semua peringkat umur, dari kanak2 hingga yang berusia macam che mat, ehh, kita bukan tua sangat wak, baru 40 an tapi rasa macam 21...hahah. Stew ayam paling sedap dimakan dengan roti, atau boleh lah kalau nak makan macam tu saja, atau nak makan dengan pasta pun tak salah, ikut selera masing2. 

Ada sedikit istimewa stew ayam che mat hari ni, kerana menggunakan Ayam Bismi, apa tu Ayam Bismi? Ayam bismi ini keluaran syarikat 100% milik orang Islam kita dan ayam dia bersih, segar dan yang bagusnya dibekukan sejurus ayam tu disembelih, dibersihkan dan dikerat, maksudnya lepas dicuci terus dibekukan. Jadi isi ayam kekal segar dan bau dia pun kurang. Nak masak tak perlulah cuci macam nak rak, setakat perap sekejap dengan jus limau kasturi, bilas2 kemudian dah boleh masak ikut resipi apa yang kita nak. Satu lagi dia didatangkan dalam pack2 yang telah siap dipotong, sama ada yang potong 9 atau 12 bahagian, bahagian kepak, peha, dada atau ada juga ayam seekor2. Senang, beli banyak dan simpan dalam freezer..

Untuk resipi hari ni, che mat guna Ayam Bismi yang dipotong 9, tapi takde lah guna habis, cuma 5 potongan saja, yang belen dia simpan untuk masak yang lain pulak. Ayam Bismi setakat ini ada agen di serata Semenanjung Malaysia, dan boleh beli secara atas talian di agen2 berhampiran kawasan kediaman masing2. Penghantaran percuma pulak tu. Macam che mat di Johor, pi beli kat kedai dia saja. Kedai terdekat terletak di Simpang Renggam, di Taman Universiti di Skudai pun ada juga. Tapi kalau dah lalu dan ternampak kedai yang menjual produk Ayam Bismi, lagi elok kita singgah sendiri, dan boleh pilih nak beli yang mana, yea dak. Mesti ada yang tertanya2 pasal Ayam Bismi, kat mana nak beli, agen setiap negeri kat mana, apa bukti ayam ni bagus dan macam2 lagi lah, Ok, sebelum che mat kongsikan resipi, boleh lah ke link2 berikut...

Lawan web rasmi Ayam Bismi - Ayam Bismi 

Wassap : 018 200 0137 - Ayam Bismi

FB rasmi Ayam Bismi - Ayam Bismi

IG rasmi Ayam Bismi - Ayam Bismi (kat IG, ada senarai2 agen disetiap negeri di Semenanjung)

Ok. jangan lupa beli dan sokong produk muslim kita #BMF....Jomm  semak resipi ayam masak stew...

BAHAN-BAHANNYA :-)
5 potongan ayam, che mat guna bahagian peha dan dada, cuci dan toskan, tak perlu dibuang kulit
1 camca teh lada hitam, ditumbuk halus
1 camca teh garam
1 batang lobak merah, potong kiub
3 biji kentang saiz sederhana, kupas dan potong 4 setiap 1, rendam
2 batang saleri, kerat kasar, cuci dan toskan
8 kuntum cendawan butang dalam tin, toskan, tak perlu dipotong
1 biji bawang holland, hiris kasar
3 ulas bawang putih, cincang halus
1 camca besar tepung gandum
1 kiub pati ayam
1 liter air
1 camca besar kicap cair
1 camca besar penuh tomato puree
1 tangkai herba Thyme segar @ 1/2 camca teh herba Thyme kering
3 helai bay leaf
Garam dan lada hitam secukup rasa
Hirisan parsley untuk hiasan
Roti perancis untuk dimakan sama stew ayam
Minyak zaitun untuk memasak

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan periuk, masukkan 3 camca besar minyak zaitun (takde minyak zaitun, kau belasah minyak masak pun boleh). Sementara itu gaul ayam tadi dengan lada hitam tumbuk dan garam hingga rata. Goreng ayam tadi dalam periuk, goreng dengan api sederhana untuk 3 - 4 minit, kemudian terbalikkan dan goreng lagi 3 - 4 minit hingga kulit atau permukaan ayam tadi keemasan. Angkat dan ketepikan.
  2. Dalam periuk yang sama (toksah taruk minyak), tumis bawang holland dan bawang putih hingga layu. Masukkan lobak merah dan saleri, kacau rata dan masak selama seminit, tuang sedikit air dan kacau rata, masak hingga kering.  Masukkan tepung gandum, kacau rata. Tuang baki air, masukkan tomato puree, kiub pati ayam dan bay leaf, kacau rata dan bairkan mendidih.
  3. Masukkan kentang dan herba thyme, kacau rata. Kendian masukkan pula ayam yang digoreng tadi. Kacau perlahan, ayam tu tak perlu dibalikkan. Kecilkan api dan renih semalam 40 minit hingga kentang empuk dan kuah pekat, kacau sekali sekal agar tak hangus. Tambah lada hitam dan garam secukup rasa. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangan ayam masak stew dengan roti...Selamat mencuba!

Post a Comment

3 Comments

  1. Roti perancis mkn dgn stew ayam bismi fuhhh meleleh air liur tau. Nak cuba resipi kedua chemat ni, sbb juju pun beli ayam bismi stok utk sebulan. Puas hati kan brand bismi diyakini halal. 👍

    ReplyDelete
  2. Sedapnya... Ayam bismi pertama kali dgr.. Boleh beli nt sb Muslim produk

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.