rsz_rasa
Salam, entri penghargaan cm untuk Majalah Rasa 2013 yang berada dipasaran sekarang. Kenapa?... Kerana edisi Mac 2013 menampilkan beberapa blogger masakan. Che Mat salah sorangnyalah kan, kira aku lah kumbang nan seekor sebagai blogger masakan. Persetujuan dibuat sejak hujung 2012 lagi. Dan akhirnya seperti yang anda lihat. Untuk pertama kalinya dalam sejarah cm berblog, cm muncul di majalah walaupun gambar kabur, namun masih jelas kelihatan...Untuk entri ini cm tak de apa nak kata sangat cuma ucapan terima kasih pada Kumpulan Media Krangkraf terutama pihak Majalah Rasa. Tak lupa Cik/Puan Nani Saudiar Zakir (yang inbox cm pasal hal ini), Cik Siti Ramlah Mahmud, wartawan RASA dan jurufoto Ahmad Jumain Mukthar....dan sorang lagi yang turut sama, alaaa cm lupa pulak nama dia, tapi beliau orang Majalah Maskulin....

rsz_rasa1
Alhamdulillah, sesi temubual dan foto shooting berjalan dengan lancar. Dan orang RASA amat2 memberi kerjasama dan memahami cm. Rasanya lepas ni ada satu lagi majalah dari Kumpulan Media Karangkarf akan memuatkan resipi dari DTS...majalah yang mana?...Kenalah tunggu. Ok dalam kesempatan ini cm sampaikan ucapan tahniah pada geng blogger masakan yang turut sama muncul dalam RASA edisi Mac 2013 ini...Nak tau apa kesah2 kami blogger masakan?...Boleh dapatkan RASA di kedai2 buku dan majalah berhampiran.....Jomm kita lihat, siapakah mereka ituuu..

rsz_rasa2rsz_rasa3
Puan Azlita - Masam Manis
Puan Siti Delima - Dari Daput CT

rsz_rasa4rsz_rasa5
Che Mat Gebu - Dapur Tanpa Sempadan
Puan Wan Rogayah (Kak Wan) - Blog Citarasa Wan

rsz_rasa6rsz_rsaa7
Puan Noor Shadian (Noorsha) - 1001 Cerita 1001 Rasa
Puan Animah (Penyulawa) - Cookery Pot - Secret Of Happiness