BOTOK-BOTOK IKAN TENGGIRI....WARISAN ORANG JOHOR

rsz_botok2_johor
Assalammualaikum, salam Khamis. Hari ni cm buat botok-botok. Apa kebendanya botok2 tu?..Botok2 ialah satu makanan tradisi orang2 Johor. Ia sejenis hidangan ikan yang di alas dengan pelabagai jenis ulam2man, disapu dengan rempah khas, dibalut dengan daun pisang dan dikukus hingga masak. Setau cm, orang Johor yang buat botok2 ini, namun begitu kemungkinan di negeri2 lain seperti Selangor juga ada. Asal nama botok2 tu cm kurang tau pulak mana datangnya. Dua minggu lepas cm ada pergi ke pasar pagi di Simpang Renggam dan cm beli botok2 ikan tenggiri. Satu bungkus RM 4, macam mahal, tapi cm faham ikan tenggiri harga dia pun agak mahal. Cuma cm kurang puas hati sikit, dengan rempahnya, sikit sangat, nak colek ulam pun tak cukup ...Hmmm, kalau nak sempurna, elok kita buat sendiri. Walaupun agak rumit tapi tidak lah susah mana, cuma ulam2man cm guna apa yang ada disekitar rumah. Selain ikan tenggiri, ikan kembong atau ikan bawal juga boleh digunakan....

Antara ulam2 yang cm petik awal pagi tadi, pucuk betik, pucuk ubi, pucuk mengkudu, pucuk bebuas, pucuk daun kesom, daun kunyit dan daun cekur. Sayang cm kehabisan daun selasih, kalau tak, lagi bess. Selain ulam2 diatas, kalau yang betul2 asli, mereka akan guna daun puding mangkuk, daun kadok dan pucuk daun letop2....pening ke?...Haha, releks, kalau nak buat, guna setakat mana yang ada sudah memadai. Apa yang penting rempah untuk botok2 tu. Kali ini cm guna satu lagi resipi  tradisi untuk rempah botok2  dan resipi ini menghasilkan 3 bungkus botok2 ikan tenggiri....

BAHAN-BAHAN REMPAH :-)
2 biji bawang besar, saiz sederhana*
3 ulas bawang putih*
1/2 inci halia*
1/2 inci lengkuas*
3 biji buah keras, hiris*
1/2 inci kunyit hidup*
2 batang serai, hiris*
1/2 camca teh lada hitam biji*(*dikisar halus)
2 camca besar penuh rempah beriani ( rempah Baba's)
1 camca penuh rempah kari ikan (rempah Baba's)
1 1/2 camca besar cili kisar
1 camca teh pes asam jawa
2 camca besar kerisik
1 camca besar gula melaka
Garam secukup rasa
1/2 cawan pati santan

BAHAN-BAHAN ULAM :-)
Pucuk ubi secukupnya 
Pucuk daun bebuas 
Pucuk betik secukupnya 
Pucuk mengkudu secukupnya, hiris
Segenggam daun kesom, hiris
6 helai daun cekur, hiris
4 helai daun kunyit, hiris

BAHAN-BAHAN LAIN :-)
3 keping keratan ikan tenggiri
Daun pisang secukupnya
Lidi sate secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK REMPAH :- Bancuh bahan kisar halus dengan rempah beriani dan rempah kari ikan, kacau rata hingga menjad pes, kalau perlu tambah sedikit air. Ketepikan. Panaskan minyak dalam kuali, tumis cili kisar hingga harum, masukkan pes rempah, kacau rata dan biar mendidih.
  2. Perlahankan api, masukkan santan, kerisik, asam jawa, gula melaka dan sedikit garam. Kacau rata dan masak dengan api kecil hingga rempah pekat dan naik minyak. Rasa, jika perlu tambah  lagi garam secukup rasa, masak sekejap dan boleh matikan api. Sejukkan rempah tadi.
  3. UNTUK BOTOK-BOTOK IKAN TENGGIRI :- Panaskan kukus, ambil sehelai daun pisang yang telah dibersihkan dan dilayur sedikit atas api (cm guna lapiskan lagi sehelai daun pisang). Letak pucuk ubi, pucuk daun bebuas dan pucuk betik. Sapu dengan pes rempah secukupnya. Letak sekeping ikan tenggiri. Sapu lagi pes rempah atas ikan dan tabur hirisan daun kesom, daun kunyit, daun cekur dan pucuk mengkudu. Kemudian bungkus kemas dan sematkan dengan lidi sate seperti anda membungkus tapai ubi (tak kesah lah apa gaya sekali pun janji ia dibungkus kemas). Buat hingga siap.
  4. Kukus dengan api besar selama 25 minit atau hingga masak. Hidangkan bersama nasi panas dan lauk2 lain. Pada cm botok2 paling bes bila ulam2 tadi digaul dengan rempah dan dimakan bersama isi ikan tenggiri......Pengsannnn okehhh!! >______<

CATATAN MAT GEBU :- Ulam2man termasuk yang dihiris serta pes rempah, anda boleh bagi kepada 3 bahagian untuk memudahkan anda membuat botok2. Untuk langkah demi langkah cara menyusun dan membungkus botok2, anda boleh rujuk entri DTS terdahulu, di sini....selamat mencuba!!!

Post a Comment

15 Comments

  1. wahh nampak sedap sgt..nk kne cuba neh..meh org penang nk try resipi tu..hee

    ReplyDelete
  2. Sy sgt suka botok2...Sedap & menyihatkan...byk daun ulam

    ReplyDelete
  3. cik mat..tgok je trus jd kecur..meleleh2 air liur ni,dlu msa duduk pasir gudang,ada jiran buat knduri,dia msak lauk ni,tramat la sedpny,e2 la 1st time mrasa,8thun yg dlu,pastu bila pindh kl ni,smpai la ni xdpt nk mkn lg,e2 yg trliur sgt bila tgok cm buat ni

    ReplyDelete
  4. Kakak suka botok-botok. Kawan kita gadisBunga kata botox boleh awet muda kalau makan sebab banyak ulam. Sebab itu nama botox tu dapat dari botok-botoklah agaknya:)

    ReplyDelete
  5. sy org johor tpai baru tau ni mknn org johor.. ehehe.. malunya.. haha.. tp sy suka botok2 ^____^

    ReplyDelete
  6. sedap ni mat... akak suka mkn lauk yg ada ulaman2 mcm ni...

    ReplyDelete
  7. as salam. td akak li majalah rasa, terus teringin nak surf blog che mat ni. yg slalu buat botok2 kat umah, suami akak. dia lah yg ngajar jenis2 daun tu.lagi satu hobby dia msk telur pindang. moga cek mat terus berjaya ya. in shaa ALLAH

    ReplyDelete
  8. tak pernah lg makan.. nampak sgt sedap ler botok-botok ikan tenggeri tu.. menyelerakan

    ReplyDelete
  9. Salam En Mat Gebu,

    Terliur tengok botok2 ni...teringat kat emak selalu buat tapi nak buat sendiri tak pandai...izinkan saya mencuba resepi ni...sedap nya.... nyum...nyum

    ReplyDelete
  10. mmg terbaik botok2 ni ... lebih-lebih lagi kalau bersulam air katira abu bakar. pernah dengar pais ikan x ... satu lagi buntil ... Buntil mmg rare tapi cara masak hampir botok2. buntil ni mmg sedap cuma dia dibungkus dengan daun keladi

    ReplyDelete
  11. Salam..saya pembuat dan pnjual botok botok. Jika berminat boleh hubungi saya Boleh dihntar seluruh malaysia dgn jumlah memadai.wakil penjual Botok botok frozen juga di perlukan. Cal sms whatsap rauf 0127749242 atau yatie 0147755935

    ReplyDelete
  12. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  13. aku rasa la kan, yang kat pasar Larkin jual 7rm, 8rm kan
    aku rasa kalau 10rm pun orang beli la.. tapi sekali2 la..
    pasal sesekali mesti nak makan..

    tu hari aku beli daun2 dia dan rempah dia banyak, so berbaloi la..

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.