BEN ASHAARI

Saturday, November 19, 2011

BOTOK - BOTOK MAKANAN ORANG JOHOR..

rsz_dsc_7112
Assalammualaikum, selamat petang...sibuk ni hari, kelam kabut, tapi masih ok, masih sihat, syukur alhamdulillah. Semalam mat menonton MHI di TV3, sekali nampak Ally Iskandar berbual bicara dengan Jaafar Onn yang sedang menyediakan Botok-Botok. Aduhh meleleh air liur aku, kecur hingga semalaman..grrrr, sabar je lah. Pagi tadi pi check dalam freezer, ada ikan kembong jenis besar tu, mat terus plan nak buat, perihal ulam2 yang tak berapa nak cukup tu, belakang kira, janji benda2 penting ada. Pergi ke tanah rendam dan petik pucuk bebuas, cari pucuk betik, pucuk mengkudu, daun kesom, daun selasih, pucuk ubi, daun kadok dan serai...dan tak lupa daun pisang...tuu dia seakan2 cukup dah. Bila semua bahan2 dah ada, boleh lah mula projek. Resipi ini akan menghasilkan 5 bungkus botok-botok. Memang kebiasaan orang Johor guna ikan tenggiri, tapi ada juga yang suka ikan kembong atau ikan parang. Tapi tang rempah tu mat ikut yang biasa mat buat lah...mungkin ada setengah orang lain caranya, tapi yang ini mat gebu punya style.... Pstt apa pendapat anda mengenai pekara ini, masuk akal tak?....dan anda peminat seni?. Jika yea, ini pun untuk anda juga.....

BAHAN-BAHAN REMPAH :-)
3 biji bawang besar*
5 biji bawang merah*
4 ulas bawang putih*
1 inci halia*
1 inci lengkuas*
6 batang serai, hiris halus*(*kisar halus)
2 camca besar kerisik
1/3 cawan santan
3 1/2 camca besar rempah kari ikan (mat guna jenama Babas)
2 1/2 camca besar cili kisar
1/2 cawan jus asam jawa
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN ULAM :-)
Pucuk ubi secukupnya (kurang lebih 1 cekak)
Pucuk bebuas secukupnya (kurang lebih i cekak)
2 tangkai pucuk betik
3 tangkai pucuk mengkudu, hiris
30 helai pucuk kaduk
5 helai daun kunyit, hiris halus
5 helai daun cekur, hiris halus
2 genggam daun selasih
2 genggam pucuk kesom

BAHAN-BAHAN LAIN :-)
5 ekor ikan kembong besar, siang, cuci bersih dan toskan
10 batang lidi pengcungkil gigi
10 helai daun pisang berukuran 8 inci x 10 inci


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK REMPAH BOTOK-BOTOK (BOLEH SIAPKAN AWAL) :- Panaskan minyak dalam kuali, tumis cili hingga garing, masukkan bahan kisar halus, bersama rempah kari, kacau rata dan masak hingga terbit minyak, gunakan api kecil. Tambah jus asam jawa, kerisik dan santan. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Terus memasak hingga rempah garing dan terbit minyak. Rasa dan jika ok, matikan api. Biar rempah sejuk.
  2. UNTUK BOTOK-BOTOK :- Ambil 2 helai daun pisang (atau anda boleh layur atas api sekejap bagi dia lembut dan mudah dilipat). Susun dedaun seperti dalam gambar, mulakan dengan pucuk ubi, pucuk betik (boleh koyakkan kalau besar), daun kadok, pucuk bebuas dan hirisan pucuk mengkudu. Sudukan rempah atas daun2 tadi (kurang lebih 2 camca besar)
  3. Letak ikan atasnya (mat kerat 2 untuk setiap ekor ikan kembong), letak lagi 1 1/2 camca besar rempah dan tabur dengan hirisan daun kunyit, hirisan daun cekur, daun kesom dan daun selasih. Berhati2 bungkus botok2 tadi dan semat kiri dan kanan nya dengan lidi. Kemaskan. Buat kaedah sama untuk baki bahan.
  4. Susun dalam kukus dan kukus atas air mendidih selama 30 minit. Biar sejuk sekejap dan boleh hidangkan bersama nasi dan lauk2 lain..Selamat mencuba.





19 comments:

ZYASH said...

Mcm ikan panggang jer..

zacky786 said...

botok2.. mmg sdap..

yuyu Zulaikha said...

atok suka buattttttttttttttttttt ^^

Melati Qistyna's Mummy said...

bestnye... terasa nak makan, terus buat...kalau kita ni, nak kena cr resepi dl...hahahaha

ingat td CM guna BOTOX.. hik2x.. *guwau je CM*

Ummiakid @ lily said...

adoiii...dah bertahun saya x makan boto² cm...dulu arwaj mak rajin buat. nak buat sendiri mcm x der keberanian...apapun tq for the resepi dan saya akan cuba buat nanti...tq CM

cikgu su said...

CMG kita ngidam nk makan botok2...
Meleleh la air liur baby dlm perut ni.
Nangis kita nengok n3 CMG ari ni....

ADEEYA said...

Nampak sedap jee yumyum :D

Alin.Nolin.Colin said...

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ

Sedapnya CMG... Klau balik jb tu bole naik bus aje, skang jugak sya balik mintak mak buat! Nak buat sendry, mustahil sungguh utk mendapatkan bahan2 di sini.. Tapi x pe tgk pic CMG je da kenyang hehehe... Tq CMG

Munnafendy said...

cik mat ada tanam semua tu ke? dgn pucuk kodok pn ada? isy3...rajinnnn

Iffah Afeefah said...

oooo inilah botok2

Cik Puan Nurul said...

mcm makanan org dlm pantang kan..mana mau cari pucuk bebuas tu ye pasar mlm ade tak..dah lama teringin nak buat tgk abon masak kt tv dulu guna ikan tenggiri kot

pinky said...

hari tu ada kuar kat tv...makan angin...memang makanan orang Johor...kan...

Sunah Sakura said...

sis munna..........gulp! kodok pun bolehhhhhhhhhhhhh! ahahah~

JIJI YU said...

botok2..best kot wat nama glam

CuteOven said...

Aduuhh...CMG...

buat orang Johor yang duduk KL terliur...

kempunan.....

wie mohamad said...

wah mcm best la,lg2 tgk pic..rasa nk cuba la...^_^

CekWa said...

sedapnya!

Cik Oda Gelang said...

alaaa..sy org johor nape sy xtau mknn ni...hukhukk..

azielee said...

wah... memang sedapla mat..terliur..

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.