MUSHROOM SOUP WIF CROUTON.

rsz_crutoan_wif_mushroom_soup3
Salam semua....nak tau cerita tak, dulu kan, masa zaman cm ala2 bengap pasal hal masak2 ni, bila sebut mushroom soup, sah2 cm ingat tumis air, yelah kita orang asia ni kalau sup kan ala2 masak tumis air. Bila dah upgrade sikit, baru lah cm tau mushroom soup tu rupa dia macam puree cendawan yang dikisar setelah dimasak dengan bahan2 tertentu. Takpe, kalau tak tau kita belajar, kita tanya. Tapi zaman sekarang ni tak perlu susah, semua maklumat di hujung jari anda. Lepas tu bila cm berjinak2 dengan blog, cm teringin pulak nak cuba buat sendiri, tak jadi masalah, kita cari kat internet lagi dan alhamdulillah cm buat dan menjadi, rasa pun sedap dan telah cm share di blog. Tiba2 semalam teringin nak ber mushroom soup lagi, dan kebetulan ada roti dalam peti sejuk yang dah beberapa hari punya, keras macam papan. Dalam masa tu teringat pulak "crouton"....apa itu "crouton?"...

rsz_cruton_wif_mushroom_soup1rsz_cruton_wif_mushroom_soup2
Mengikut kata pakcik wikipedia 'crouton' ialah roti yang dipotong kiub, dan dibakar hingga rangup (tapi cm panggang dalam kuali jee). Kebiasaannya dicampur dalam salad ceaser, dimakan bersama onion soup atau mushroom soup (macam gambar atas). Perkataan 'crouton' itu sendiri berasal dari perkataan Perancis 'croute' yang bermaksud 'crust'. Kebiasaanya crouton dibuat menggunakan roti yang sudah mula mengeras (kalau anda simpan roti dalam peti sejuk tanpa membungkusnya, ia akan menjadi keras dan kejung). Atau boleh guna roti perancis. Crouton boleh dibuat lebih, kemudian simpan dalam bekas kedap udara untuk kegunaan bila perlu....

BAHAN-BAHAN MUSHROOM SOUP :-)
200 gram cendawan portobello segar (boleh guna cendawan butang)
600 ml susu rendah lemak
400 ml air
1 camca besar mentega
1 camca besar minyak zaitun
1 kiub pati ayam
1/4 cawan daging ayam yang dipotong kecil (optional)
1 camca besar tepung gandum
Serbuk lada hitam yang baru dikisar secukupnya
Garam jika perlu
Hirisan daun kucai, untuk hiasan

BAHAN-BAHAN 'CROUTON" :-)
3 - 4 keping roti roti sandwich (cm guna roti yang 3-4 hari dibiarkan kering dalam peti sejuk)
1 camca besar mentega bergaram (salted butter)
Sedikit minyak zaitun


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK MUSHROOM SOUP :- Cendawan dicuci, toskan dan hiris. Panaskan minyak zaitun, masukkan mentega dan biar cair. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu. Masukkan cendawan dan masak hingga layu. Tambah tepung gandum dan kacau rata. Tuang susu, kacau rata dan masak hingga mendidih. Kemudian matikan api. Biar suam.
  2. Kemudian kisar hingga halus, tuang kembali ke dalam periuk, masukkan air, kiub ayam, daging ayam dan kacau rata. Masak dengan api perlahan hingga mendidih dan soup pekat sedikit. Rasa dan jika perlu tambah garam secukup rasa. Matikan api, tabur lada hitam dan hirisan daun kucai sebelum dihidangkan bersama 'crouton'..
  3. UNTUK CROUTON :- Roti yang telah keras, dipotong kiub. Panaskan non-stick pan dengan minyak zaitun, masukkan mentega dan biar mentega cair. Tambah roti, gaul rata dan masak dengan api kecil hingga roti keperangan pada seluruh bahagian. Guna api kecil dan kacau selalu. Bila roti menjadi rangup, boleh matikan api. Biar sejuk dan boleh dimakan bersama mushroom sup. Simpan baki roti dalam bekas kedap udara...

Post a Comment

6 Comments

  1. Bonjourrr cm!
    Dinihari tgk mushroom soup...
    Lapaqqq

    ReplyDelete
  2. oooo, baru tau nama roti tu, yg selalu org campak dlm salad tu, hehehe.

    Kak Sari pernah jugaklah buat mushroom soup tu ikut resepi Kak Jee, tapi.. pehhh! berhari2 nak ngabiskan, hehe.. tapi memang puas hatilah buat mushroom soup sendiri nikan..

    ReplyDelete
  3. sedap. Bundo suka mushroom soup..

    ReplyDelete
  4. wow, sedapnya cik mat, terliur tgk

    ReplyDelete
  5. sedapnya... nk cuba buat gak la... selalu kalo nk mkn tuang yg dlm tin punya n panaskan..konon dh habis terer le tu... heheheheh

    ReplyDelete
  6. Salam.. nk tnya.. bawang besar & bawang putih berapa byk.. dlm resepi xde tulis pn..huhuu

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.