rsz_dsc_5481
Assalammualaikum, salam Ramadhan, maka dengan izin Allah swt, kita selamat menjalankan ibadah puasa di hari pertama. Syukur alhamdulillah. Walaupun aku pancit hari ni, tapi ia sekadar peringatan kecil. Namun begitu, sempat juga mat ikut abang dan bonda ke Rengit..hehe, bukan apa sebab rasa macam otak aku ni dah keras bedentum nengok dapur....lepas tu tekak pulak rasa kasar macam sand paper, kepala tak yah kata lah, rasa macam baru lepas buat head banging!!!...grrr, Sahur semalam pun telan Quaker oat saja, lepas tu makan ubat. Harap esok ok lah...mat kalau sakit tekak tu ok lagi, cuma jangan demam dah lah..tu jam serius aku rasa macam "period" heavy punya...tak leh buat apa2..Sabar jee lahh. Jadi mat berbuka apa hari ni, masak apa?. Mat masak nasi je lah, lepas tu tumis pucuk manis campur cendawan busut dan keledek, goreng tempe, goreng ikan masin dan juga jiran mat bagi soto.Mat buat juga lah sosej roll seperti dalam gambar atas tu. Alah yang mudah2, buat untuk sedekah pada budak2, resipi kalau tak letak pun anda tau nak buat, yea tak...takpe lah tulis juga... 

BAHAN-BAHANNYA:-)
5 batang sosej Ayamas
5 keping roti sandwich (mat guna Gardenia)
2 putih telur, dipukul sedikit
Serbuk roti secukupnya (mat guna serbuk roti bewarna kuning)
1 kuning telur
Sos kegemaran anda (mat guna sos cili + sedikit mayonnaise)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Celur sekejap sosej dalam air mendidih, toskan dan biar sejuk. Roti dibuang sedikit bahagian tepi2nya. Kemudian canai sedikit biar sama saiz dengan ukuran sosej. Buat hingga siap.
  2. Ambil sekeping roti, letak sebatang sosej dan gulung ketat. Sapu kuning telur pada hujung roti dan  gulung hingga melekat. Buat hingga siap.
  3. Celup sosej roll tadi dalam putih telur, golekkan dalam serbuk roti, kemudian celup sekali lagi dalam putih telur dan golekkan sekali lagi dalam serbuk roti. Buat hingga siap. Kemudian goreng dalam minyak panas dengan api sederhana hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan. Hidang dengan sos kegemaran anda....
CATATAN MAT GEBU :- Jika anda suka salutan nipis, cukup sekadar mencelup sekali sahaja sosej roll tadi dalam adunan telur dan golekkan dalam serbuk roti.