Alhamdulillah, selesai lah hari ke - 2 kita berpuasa dan mat hari ni beransur sihat, tekak dah semakin ok, kepala pun rasa lega dan ringan cuma berdenyut sikit2. Hari ni mat masak seperti biasa, sama macam bulan biasa. Untuk berbuka tadi mat masak asam pedas ikan pari dengan nenas Sarawak, lepas tu ada Ayam goreng kunyit daun kari dan urap pucuk ubi, jiran mat bagi mi bandung, tapi mat tak boleh makan sebab mi bandung dipenuhi dengan sotong...huhu. Mat rasa masa agak terhad, bila petang masa nak on9 memang tak sempat dah. Kalau, pagi insya Allah sementara belum mula buat biskut raya. Hari ni mat buat benda2 yang mudah. Blackpepper oblong chicken burger tu mat guna daging burger ramly jenis bujur, ada jual di Mydin, Tesco dan pasaraya2 lain. Bentuknya klasik dan rasa dia pun ok, sedap. Untuk sos tu mat guna sos lada hitam dalam botol jenama Puteri. Resipi biasa2 saja...tapi sebagai adat berblog masak2, mat tulis serba sedikit yea..
BAHAN-BAHANNY :-)
3 keping daging burger ayam oblong klasik "ramly"
3 biji roti hot dog (bentuk bujur)
Sos lada hitam secukupnya
Mayonnaise secukupnya
Daun salad secukupnya
Hirisan timun secukupnya (mat guna 12 keping, 4 keping utk 1 burger)
Hirisan tomato (sama jumlah dengan hirisan timun)
Hirisan bawang besar (jika suka)
Sedikit majerin untuk disapu pada roti
CARA MEMBUATNYA :-)
- Panggang daging burger hingga masak, tapi jangan lama2 sangat nanti daging jadi keras. Ketepikan. Roti dibelah dua, sapu sedikit majerin, kemudian panggang hingga perang, angkat dan ketepikan.
- Ambil 1 roti, sapu sedikit mayonnaise pada bahagian bawah roti, susun daun salad, kemudian susun hirisan timun, diikuti hirisan tomato dan bawang besar. Tuang sos lada hitam, ratakan. Letak daging burger, tekan sedikit.
- Sapu sedikit mayonnaise pada roti yang satu lagi (bahagian atasnya), letak atas daging dan kemaskan. Cucuk dengan lidi sate bersih seperti dalam gambar. Tujuannya, kalau anda nak kerat dua, nanti bahagian dalamnya tak bergerak. Hidangkan segera dan jangan lupa buang lidi sate tadi sebelum anda makan....
7 Comments
Selamat berpuasa En. Mat Gebu. Sedap pulak nampak burger tu tatkala puasa begini yea.
ReplyDeleteganas cik mat...buka2 je nampak oblong...adoiii....
ReplyDeletebleh wat menu sahur gak ni..
moga CMG sembuh seperti dahulu kala..
ReplyDeletekalau boleh jgn minum ais ya..
aduhhhhhhhhh..ablong menyesakkan tekakku.. mauu
simple je rupanya buat burger ni. time pose nie lah pulak ngidam burger.haha
ReplyDeleteSelamat berpuasa...oblong burger yang sungguh mengancam...harus ku cuba.
ReplyDeleteRaya nanti datanglah rumah.
huwaaaaaaa....tak berani nk pandang lama2. buat sahur ni mmg best kan CM
ReplyDeletesalam kenal, dah lama ikuti resepi di blog ni. sedap2 semuanya. Selalu sahaja kecur.
ReplyDeletejemput mat ke blog akak yg x seberapa. Mana tau berminat nak beli serbuk keju CHEEZE MAZ, boleh letak dalam resepi Mat laIN kali. Tak mahal pun hanya RM 10.00 sahaja.
cheezemaz.blogspot.com