Ini menu sarapan pagi, tapi sebab tak sempat nak up ke blog DTS pagi tadi, mat letak lah masa malam. Cuma nasi goreng sardine. Menyesal tak masuk?...erkk, tu lah kata dah, tapi hari ni mat gebu tak berapa ok, jadi masak ala kadar sahaja. Nasi goreng sardine antara idea yang banyak dikongsi oleh ramai teman2 blogger masakan, ianya mudah dimasak namun berbeza mengikut pembuatnya. Ini untuk sarapan pagi tadi bagi mereka2 yang nak. Mat santap benda lain. Sebenarnya ia amat mudah dan bahan2 yang diperlukan juga amat minima. Mat guna 1 tin kecil sardine (sebarang jenama), nasi pulak guna yang baki semalam atau nasi sejuk. Sedikit sayur (yang ni boleh guna kacang panjang, kacang buncis, kacang botol atau mix vege macam mat guna tu), sambal belacan, atau sambal tumis, telur, bawang, sedikit halia muda dan garam secukup rasa (mat guna sos ikan). Tu saja..mudah bukan. Untuk hiasan tu gunalah apa saja yang anda rasa sesuai....
BAHAN-BAHANNYA :-)
4 cawan nasi semalam @ nasi sejuk, dileraikan
1 tin kecil sardine, ambil isi
1 camca besar sambal belacan @ sambal tumis
1/2 cawan mix vege (karot, jagung, kacang pis) @ sayur pilihan anda
1 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawanh putih, hiris
1/2 inci halia muda, hiris halus
2 biji telur, kacau sedikit
Sos ikan secukup rasa @ garam
Hirisan daun bawang, untuk hiasan
Hirisan cili merah, untuk hiasan
CARA MEMBUATNYA :-)
- Panaskan minyak dalam kuali, tumis hirisan bawang besar, bawang putih dan halia hingga harum. Masukkan sambal belacan dan masak sekejap. Tolak ketepi kuali, masukkan telur dan biar mengeras, kemudian hancurkan. Gaul rata.
- Masukkan ikan sardine dan hancurkan tapi jangan halus, biar kasar2. Gaul rata dan masukkan mix vege atau sayuran pilihan anda. Masak sekejap dan tambah nasi, gaul rata2. Perasakan dengan sos ikan secukup rasa. Gaul nasi dan biar hingga nasi kering sedikit. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hias dengan hirisan daun bawang dan cili merah sebelum dihidangkan.
10 Comments
sedapppppppp..memang menyesal..haha..malam ni mesti x bole tido teringat nasi goreng ni..huwaaa
ReplyDeletelawaaa sngtt
ReplyDeletenk makan nyum2
haah..menyesal...buat saya lapar di malam hari
ReplyDeletehehehhee seb baik jap lg baru nk makan malam...
ReplyDeletenyesal masuk....kan dah lapar...dah la air xde kat umah ni...alamat la...
ReplyDeletedapnye..dah la lapor ni
ReplyDeletewahhh berselera tgk nasi goreng.. lapar la plak..huhu
ReplyDeleteassalamualaikum cikmat...sedapnye nasi goreng sardin tu ...:)
ReplyDeletemmg sedap..selalu2 kalau ada lebihan sardine tu baru buat..hehehe
ReplyDeleteMenyesal jg bkk. Heheeee. . Nasi goreng CM buat sue lapor. Sabo ja lah :)
ReplyDelete