Lepat pisang sahaja, itu pun bonda yang buat. Mat cuma culik dan masukkan ke blog. Air tangan ibu kita sebenarnya paling sedap. Waima ikan goreng sekali pun kalau bonda yang masak, rasa dia amat lain. Bila ibu2 zaman sekarang, mereka sibuk bekerja dan urusan rumah tangga diberi pada pembantu rumah, dan air tangan pembantu rumah menjadi santapan anak2. Maka anak2 pun yang ada tu "sayang" kan main pada pembantu rumah. Tapi kadang2 benda macam ni tak boleh nak dielakkan, bercakap mudah, tapi mereka yang menghadapi situasi yang sebenarnya sahaja akan faham. Apa2 pun masaklah yang mudah untuk santapan keluarga anda, kerana dalam setiap masakan, kasih sayang dan keikhlasan itu lebih penting. Terima kasih mat pada bonda sebab izinkan kueh lepat pisang beliau mat guna sebagai entri di blog DTS.....
BAHAN-BAHANNYA :-)
700 gram pisang emas, buang kulitnya
70 gram gula melaka, hiris halus
1 cawan kelapa parut putih (pilih kelapa berkulit basah)
3/4 camca teh baking powder
1 cawan + 2 camca besar tepung gandum
Secubit garam
Daun pisang secukupnya, dilayur dan potong pada saiz yang sesuai
CARA MEMBUATNYA :-)
- Lecek pisang tadi bersama gula melaka, sedikit garam dan baking powder hingga halus. Masukkan kelapa dan gaul rata. Tambah tepung sedikit demi sedikit sambil digaul hingga rata dan tepung habis. Ketepikan sebentar.
- Panaskan kukusan. Ambil sehelai daun pisang yang telah disiapkan awal tadi. Letak 2 camca besar adunan di tengah2 daun pisang dan ratakan. Bungkus seperti biasa anda membentuk lepat pisang. Buat hingga siap dan kukus atas air menggelegak selama 20 minit. Sejukkan sebelum dihidangkan. Menghasilkan 16 - 18 biji kuih bergantung pada saiz.
6 Comments
Wahhh...!!! Sedapnyer...ptg2 makan lepat best nih...... Macam senang je nk buat..... ^_^
ReplyDeleteSegment menarik kt cni: http://geez-tupperware.blogspot.com/
sedapppnye...kalau dapat ni..mesti 5-6 keping sekali hadap..
ReplyDeletesedapnyaaaa..kuih kegemaran akak ni..makyah, nak rasa air tangan makyah lah....terliur je tngk...
ReplyDeletekirim salam pade bonda ye pcm
ReplyDeletebilelah nk g sne lg nihhh
salam cik mat...bestnye bonda cik mat watkan lepat pisang...
ReplyDeletesini nak cr lepat pisang pun menggagau...hehe..
Sangat setuju.. Air tangan bonda sememangnya yang paling sedap..
ReplyDeleteRindu masakan bonda..