Assalammualaikum, selamat pagi Khamis. Syukur alhamdulillah. hari ni mat dah ok, bisa ulu hati tu hilang dah, cuma masih ada rasa sedikit kurang selesa, tu saja. Pagi ni sarapan apa yang ada, serba ringkas, cepat dan tak perlu kecah2 dapur bagai. Ada roti pita, jadi mat sapu dengan olive spread, tabur garlic powder (boleh beli di pasaraya) dan panggang dalam kuali hingga kuning keemasan. Hmm, cari2 dalam pantry ada mushroom soup instant jenama VONO (bukan jenama tilam yea), sesuai gak kan dengan garlic bread tu. Buat dia mudah, cuma bancuh dengan 200 ml air panas, kacau dan boleh lah nak tambah serbuk lada hitam ke atau hirisan daun bawang, terpulang. Bila semua ok, kita boleh lah sarapan. Apa lagi jommmm lahh....
BAHAN-BAHANNYA :-)
1 keping roti pita jenis lonjong, kerat 4 (atau roti biasa)
Olive spread secukupnya (boleh guna mentega atau majerin)
Serbuk bawang putih secukupnya (atau 1 ulas bawang putih, tumbuk halus)
1 paket instant mushroom soup VONO (sebarang perisa)
200 ml air panas
Hirisan daun bawang, untuk hiasan
Serbuk lada hitam, untuk hiasan
CARA MEMBUATNYA :-)
- Sapu setiap keratan roti pita dengan olive spread, tabur serbuk bawang putih atau bawang putih tumbuk tadi. Panggang dalam non-stick pan hingga harum dan keperangan, gunakan api kecil, angkat dan ketepikan.
- Untuk mushroom soup tu anda bancuh 1 paket mushroom soup dengan 200 ml air panas. Kacau rata dan biar sekejap, nanti dia jadi pekat. Tabur dengan hirisan daun bawang dan tabur serbuk lada hitam. Hidangkan bersama roti pita bawang putih tadi, selamat bersarapan semua...
3 Comments
Menu ini saya selalu sediakan untuk sarapan anak2 sebelum ke sekolah. Anak2 memang suka. Cara nak sediakannya pun sangat mudah dan cepat.
ReplyDeletesodap gak tu...jemu gak hari2 layan nasik goreng je...
ReplyDeletenak tya... olive spread ni biasa jual kat mana ye
ReplyDelete