Salam petang semua, hmm baru dapat melabuhkan punggung ni, penat...huhu. Tadi ke Tesco Kulai dan pujian mat bagi sebab mereka peka dengan isu halal dan haram. Anda semua sedia maklumkan bahawa sos HP dan Tabasco tidak halal kerana mengandungi bahan dari unsur2 yang tidak dibolehkan untuk umat Islam, kalau tak pasti boleh baca sini.. Masa mat lalu dibahagian menjual sos2, dah takde pun jenama HP dan Tabasco sejak beberapa minggu ni. Tapi tadi baru mat perasan, meraka telah meletakkannya di bahagian Non-Halal....waaaaaa, terus ambik gambar (guna HP cikai saja). Syabas Tesco Kulai...dan mungkin juga cawangan2 Tesco yang lain melakukan tindakkan yang sama Kalau kita perhatikan majoriti yang berbelanja, kebanyakkan orang Muslim, bukan nak puji, orang melayu kitalah sebenarnya yang merancakkan urusan perniagaan runcit di Malaysia ni, bukan nak bersikap perkauman, tapi anda sendiri boleh lihat mereka membeli..perghh!! boleh penggsann!!. Moga lepas ni pihak lain juga harus peka dengan isu ini. Itu saja, terima kasih yang sudi membaca....salam sayang dari DTS-MAT GEBU....