Salam malam semua, hari ni Isnin, bonda berpuasa. Dan dia pun hanya nak sesuatu yang simple dan ringan...Ok, takde masalah. Nak yang berat pun boleh, kalau yang ringan lagi lah boleh. Tapi sambal tumis ikan kembong ni mat yang nak, erkk, tetiba termengidam uuu...hadoi tak sangka, jadi menghadap sambal ikan kembong semata2 saja sudah memadai, takmo lauk lain dah, hujan pulak tu..kalau ada ubi rebus pun bes juga kan. Mat buat dalam 3 ekor ikan saja, tapi kan sambal tumis ni kira fungsi dia pelbagai, sebagai pencicah, penambag selera dan paling utama sebagai pelengkap nasi lemak...erkk lemak lagi..huhu. Setiap jenis ikan yang anda buat sambal, akan memberi rasa yang berbeza. Pada mat ikan kembong rasa dia amat sedap, memang menjadi kegemaran sejak dulu...anda bagai mana?...
BAHAN-BAHANNYA :-)
3 ekor ikan kembong saiz besar, disiang dan cuci bersih, kelar sedikit*
1/2 camca teh serbuk kunyit*
1/4 camca teh garam*(*digaul rata, perap 10 minit dan goreng embal2)
1 batang serai, dititik
1/2 inci halia, dititik
1 biji bawang besar potong bulat
1/3 cawan jus asam jawa
1 1/2 senduk nasi cili kisar
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR HALUS :-)
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci belacan
2 keping hirisan lengkuas
2 biji buah keras
CARA MEMBUATNYA :-)
- Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar, kacau dan masak hingga garing dan terbit minyak, guna api perlahan dan kacau sekali sekala.
- Tuang jus asam jawa, masukkan sedikit garam dan gula. Kacau dan biar mendidih. Masukkan ikan dan hirisan bawang, kacau perlahan2. Biar hingga sambal pekat, rasa dan jika perlu tambah sedikit garam. Masak sekejap lagi, dan boleh angkat. Hidangkan.
6 Comments
sedapnye!! dah lama x makan masak mcm nie ....
ReplyDeletetime ujan ginikan cik mat..
ReplyDeletemakan ngan nasi panas2 pasti sedap lagilah ikan kembong..
fuuhhhhhhhhhhhhhhhh
pandai awak goncangkan iman kita dengan lauk cam ni. hujan2 ni...adoiiii
ReplyDeletelauk simple tapi sedap...sukax3:)
ReplyDeleteDalam rumah kak chik kan cik mat .. lauk2 camni yang paling 'laju'
ReplyDeletetima kasih untuk resipi menarik..
ReplyDelete